Setelah berehat seketika, Rancangan realiti nyanyian nombor satu tanah air, Gegar Vaganza (GV) kembali menemui penonton. Musim ke-12 memperkenalkan konsep inovatif dinamakan GV-Verse sebuah dimensi unik yang diinspirasi daripada keunikan dan aura tersendiri setiap bintang yang menyinar di pentas Gegar Vaganza 12 (GV12).
Konsep eksklusif GV-Verse tidak hanya menonjolkan kehebatan seni dan keperibadian peserta malah memperlihatkan usaha pihak produksi dalam memberi kelainan dan pengalaman baharu kepada penonton setia Gegar Vaganza. GV12 dijadualkan memulakan siarannya secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula pada 2 November 2025 setiap Ahad dan akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria.
Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-12 (GV12)
Gegar Vaganza musim ke-12 menyaksikan 13 barisan peserta dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Mereka adalah individu dan kumpulan yang mempunyai kehebatan vokal serta mempunyai keunikan tersendiri yang mampu menghidupkan kembali pesona pentas.
Gegar Vaganza 12, kembali dengan aura baharu untuk menghidupkan kembali kenangan manis dan melakar sejarah baharu dalam dunia muzik tanah air dan serantau.

Peserta Malaysia
- Dato’ Elaine Kang
- Krisya
- Mell Sakura
- Korie
- Rahmat Ekamatra
- Mark Adam
- Nubhan
- Ejie dan Shima (Freshies)
- SHY8 (Usop Wilcha)

Peserta Indonesia
- Shae
- Ruri Repvblik
- Pungky, Sasha dan Diana (Mendua)

Peserta Singapura
- Iskandar Ismail
Video Pengumuman Peserta
Pengacara Gegar Vaganza 12
Seiring dengan kehangatan musim baharu ini, Gegar Vaganza turut menampilkan gandingan pengacara yang cukup terkenal dan berpengalaman. Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad dipilih untuk mengendalikan program ini membawa gabungan ceria, profesional dan mampu menarik perhatian penonton.
Juri Gegar Vaganza 12
Gegar Vaganza musim ke-12 masih mengekalkan Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap yang akan menilai persembahan peserta.


