Cadangan Semua Dividen KWSP 2025-2026 Masuk Akaun 3 Relevan?

Salah satu cadangan yang sedang hangat diperkatakan mengenai hari pengumuman kadar dividen KWSP bagi tahun kewangan berakhir 2025 adalah menggesa supaya kerajaan memasukkan 100 peratus atau kesemua dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tersebut ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel).

Gesaan Semua Dividen KWSP 2025 Masuk Akaun 3

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Arau daripada Perikatan Nasional (PN) dalam satu kenyataan media dengan tegas menyatakan bahawa tuntutan ini hanya melibatkan dividen tahunan hasil pelaburan KWSP dan bukannya melibatkan caruman asal atau pengeluaran simpanan pokok pencarum.

Berkaitan perkara ini, pencarum tidak perlu risau tentang simpanan utama mereka untuk persaraan. Sebaliknya mereka hanya meminta agar keuntungan daripada pelaburan itu dikembalikan sepenuhnya ke dalam Akaun 3 mereka.

Adakah Cadangan Dividen KWSP Masuk Akaun 3 Releven?

Cadangan ini tidak menyentuh caruman pokok atau pengeluaran khas yang boleh menjejaskan masa depan kewangan pencarum. Ia sekadar meminta agar keuntungan hasil pelaburan KWSP yang diuruskan secara profesional dan telus dikembalikan 100 peratus ke Akaun 3.

Dengan langkah ini, pencarum berpeluang menggunakan dividen tersebut untuk keperluan mendesak seperti membayar hutang, membiayai pelajaran anak-anak atau menampung keperluan harian semasa musim perayaan tanpa menjejaskan simpanan utama mereka.

Kritikan Cadangan Dividen KWSP 2025 Masuk Akaun 3

Cadangan ini tidak hanya menimbulkan perdebatan hangat terhadap pencarum (ahli) dan pakar ekonomi malah turut menimbulkan persoalan besar berkenaan matlamat utama KWSP sebagai institusi simpanan jangka panjang untuk persaraan.

Persoalan utama yang perlu difikirkan adalah, adakah langkah memasukkan dividen ke dalam Akaun 3 akan menyokong atau mengancam matlamat utama simpanan persaraan?.

Ada pihak berpendapat bahawa cadangan tersebut tidak selari dengan objektif utama KWSP iaitu memastikan kestabilan dan kecukupan dana persaraan pencarum sekali gus memberi implikasi negatif terhadap jumlah simpanan jangka panjang yang sepatutnya dikumpul bagi memastikan mereka mempunyai sumber kewangan mencukupi ketika bersara kelak.

Kesan Jika 100 Peratus Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Jika kesemua dividen KWSP bagi tahun kewangan berakhir 2025 dimasukkan ke dalam Akaun 3, ia berpotensi mendorong pencarum mengeluarkan wang lebih awal kerana mereka akan berasa lebih yakin mampu mengakses dana tersebut apabila diperlukan.

Pada akhirnya, ini boleh mengurangkan jumlah simpanan persaraan keseluruhan dan menjejaskan keselamatan kewangan mereka di masa hadapan.

Dividen bertujuan memperkukuh simpanan hari tua. Jika dimasukkan ke dalam Akaun 3 yang bersifat lebih fleksibel, ia berpotensi mengurangkan dana persaraan jangka panjang dan menjejaskan kecukupan simpanan pencarum apabila mereka bersara nanti.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."