Semakan PLKN 2026: Panggilan Terpilih PLKN 3.0 Kemasukan Siri 2

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berobjektif membentuk individu berdisiplin dan patriotik serta melahirkan generasi muda penuh keyakinan, semangat perpaduan dan kesukarelawanan.

Dasar Pelaksanaan PLKN

Program Latihan Khidmat Negara dikemas kini ke dalam konsep PLKN 3.0 ini adalah satu usaha kerajaan bagi memperkasakan modal insan negara.

Berdasarkan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 [Akta 628], serta Proklamasi (P.U. (A) 126/2025) dan Perintah Latihan Khidmat Negara (Orang Yang Dikehendaki Menjalani Latihan Khidmat Negara) 2025 (P.U. (A) 129/2025), setiap rakyat Malaysia yang memenuhi syarat tertentu diwajibkan menghadiri PLKN mengikut tempoh ditetapkan.

Akta Latihan Khidmat Negara
Bil.Pautan Rujukan
1.Akta Latihan Khidmat Negara 2023
2.Akta Khidmat Negara 1952

Pada 27 Jun 2024, mesyuarat rasmi telah bersetuju melaksanakan semula PLKN dengan konsep dan format baharu yang lebih baik dan sesuai dengan kehendak masa depan.

Konsep PLKN 3.0 ini dibangunkan berasaskan beberapa dokumen utama seperti Akta Latihan Khidmat Negara (Akta 628), Dasar Keselamatan Negara (DKN), Kertas Putih Pertahanan (KPP) serta dasar-dasar lain yang relevan.

PLKN 3.0: Transformasi Melalui Konsep Baharu

PLKN 3.0 memperkukuhkan lagi keberkesanan latihan dan pembangunan sahsiah peserta. Konsep ini menggabungkan dua komponen utama iaitu Komponen Utama Latihan Khidmat Negara dan Komponen Keberhasilan Latihan Khidmat Negara melibatkan empat fasa utama.

Pendekatan ini tidak hanya memberi penekanan kepada aspek disiplin dan patriotisme malah menekankan pembangunan kemahiran insaniah dan keupayaan kendiri yang relevan dalam menghadapi cabaran dunia moden.

aktiviti pelatih plkn 3.0

Seiring dengan perkembangan semasa, konsep baharu ini berorientasikan pembangunan modal insan secara holistik dan transformatif. Ia dirancang melahirkan individu yang mampu beradaptasi dengan perubahan, memiliki semangat kerjasama dan berupaya menyumbang secara aktif kepada masyarakat dan negara.

Semakan Terpilih Pelatih PLKN 3.0: E-PLKN

Semakan kemasukan peserta atau pelatih Program Latihan Khidmat Negara boleh dilakukan dengan mudah melalui Sistem PLKN 3.0 (Semakan E-PLKN 3.0) yang menyediakan maklumat terkini dan memudahkan urusan peserta.

kenyataan media plkn 2026 siri 2

Berikut adalah rumusan panduan membuat semakan bagi mengetahui sama ada anda terpilih sebagai peserta untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara siri 2/2026 kelahiran tahun 2008 semakan bermula pada tarikh 20 Februari 2026.

  1. Sila layari laman web rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia untuk mengakses sistem semakan E-PLKN 3.0 di pautan: https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
  2. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan dalam ruangan yang diperlukan.
  3. Seterusnya, klik pada butang Semak dan paparan keputusan (tawaran) akan terpapar sama ada anda terpilih atau tidak terpilih.
  4. Sebarang maklumat lanjut, sila layari halaman utama Portal Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di pautan: https://jlkn.mod.gov.my ataupun mengikuti laman rasmi sosial media Jabatan Latihan Khidmat Negara.
  5. Maklumat Tambahan: Senarai Barang Keperluan Dan Kelengkapan Yang Perlu Dibawa Oleh Pelatih.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2026 dijadualkan berlangsung selama 45 hari bermula 25 April hingga 8 Jun 2026 di dua kem Rejimen Askar Wataniah, iaitu Kem Rejimen 515 di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 di Pekan, Pahang.

Calon-calon disarankan melayari laman sosial media rasmi Facebook Program Latihan Khidmat Negara 3.0 supaya tidak terlepas sebarang maklumat terkini dan kemaskini penting berkaitan perkara ini.

Siapa Layak Menyertai PLKN 3.0

  • Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap, individu kelahiran tahun 2007 atau berumur antara 16 hingga 35 tahun, bergantung kepada kategori program seperti Pra PLKN, Latihan Asas atau Khidmat Negara.
  • Keadaan fizikal dan mental yang sihat, mampu mengikuti aktiviti yang telah dirancang sepanjang program.
  • Melalui proses pemilihan sistematik atau mendaftar secara sukarela, bagi memastikan peserta yang terpilih benar-benar berminat dan bersedia mengikuti latihan.
  • Dipilih secara rawak melalui sistem PLKN 3.0.

objektif plkn 3.0

Objektif dan Matlamat PLKN 3.0

  • Membentuk generasi muda berkeyakinan dan mempunyai semangat patriotisme.
  • Menggalakkan semangat perpaduan dan kesukarelawanan dalam kalangan peserta dari latar belakang berbeza.
  • Melengkapkan peserta dengan kemahiran insaniah dan kemahiran praktikal yang relevan untuk masa depan.
  • Melahirkan individu yang mampu berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif.
  • Menanam nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, tolong-menolong dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

faedah plkn

Manfaat Pelatih dalam PLKN 3.0

  • Peningkatan keyakinan diri dan keberanian menghadapi cabaran.
  • Pengukuhan semangat perpaduan melalui interaksi dengan rakan sebaya dari latar belakang berbeza.
  • Pembangunan kemahiran kepimpinan dan kerjasama berpasukan.
  • Pemupukan nilai-nilai murni dan sikap bertanggungjawab terhadap masyarakat.
  • Peluang untuk menambah pengalaman dan kemahiran berguna dalam kerjaya masa depan.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."