Tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 sudah dilalui, perhatian kini tertumpu kepada pengumuman kadar peratus dividen KWSP bagi tahun tersebut yang dijadual diumumkan pada pertengahan hingga akhir bulan Februari 2026 atau selewat-lewatnya pada awal bulan Mac 2026.
Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sentiasa berusaha memastikan pulangan baik melalui pelaburan strategik. Ini adalah salah satu faktor utama membolehkan KWSP mengisytiharkan dividen memuaskan kepada pencarum. Beberapa tahun kebelakangan ini, KWSP telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk diversifikasi pelaburan mereka termasuk pelaburan pasaran saham, hartanah dan pelbagai instrumen kewangan lain. Kejayaan pelaburan ini akan memberi impak positif terhadap kadar dividen bakal diumumkan.
Suasana ekonomi kian mencabar, di mana kos sara hidup terus meningkat, pencarum KWSP terutamanya dari sektor swasta semakin berharap agar dividen diisytiharkan bagi tahun berakhir 31 Disember 2025 lebih tinggi. Kenaikan kos hidup ini telah memberi tekanan kepada kemampuan mereka menyimpan daripada gaji bulanan.
Bagi ramai pencarum, KWSP adalah satu-satunya sumber simpanan hari tua mereka. Justeru, mereka mengharapkan kadar agihan dividen lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Setiap sen diterima dalam bentuk dividen adalah sangat berharga dan boleh membantu mereka merancang kehidupan selepas bersara.
Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2025
Bagi tahun kewangan berakhir 2025, pengumuman kadar dividen dijadualkan pada awal suku pertama tahun 2026, lebih tepat lagi dalam lingkungan pertengahan hingga penghujung bulan Februari atau awal bulan Mac.
KWSP sentiasa komited memastikan semua ahlinya mendapat maklumat terkini mengenai pengumuman dividen. Semua ahli akan dimaklumkan melalui pelbagai saluran media termasuk media massa dan media sosial rasmi KWSP seperti Facebook dan Twitter (X).
Hari Pengumuman Dividen KWSP 2025
- Tarikh: menanti pengumuman
- Hari: akan dikemaskini
Kadar Dividen KWSP 2025 Terkini
- Konvensional: ?%
- Shariah: ?%
| Tahun | Konvensional | Shariah |
|---|---|---|
| 2025 | ?% | ?% |
Info Konvensional Dan Shariah
Bermula pada 1 Januari 2017, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melangkah ke arah lebih inovatif memperkenalkan pilihan simpanan persaraan berteraskan konsep syariah dikenali sebagai Simpanan Shariah. Inisiatif ini memberikan peluang kepada para pencarum meraih keuntungan yang mematuhi prinsip-prinsip syariah.
KWSP kini menawarkan dua skim simpanan yang berbeza iaitu skim Konvensional dan skim Shariah. Ini membolehkan para pencarum membuat pilihan paling sesuai berdasarkan keperluan serta nilai-nilai peribadi mereka.
Maklumat Pengagihan Dividen KWSP
| Tahun | Konvensional | Shariah |
|---|---|---|
| 2024 | 6.30% | 6.30% |
| 2023 | 5.50% | 5.40% |
| 2022 | 5.35% | 4.75% |
| 2021 | 6.10% | 5.65% |
| 2020 | 5.20% | 4.90% |
| 2019 | 5.45% | 5.00% |
| 2018 | 6.15% | 5.90% |
| 2017 | 6.90% | 6.40% |
| 2016 | 5.70% | |
| 2015 | 6.40% | |
| 2014 | 6.75% | |
| 2013 | 6.35% | |
| 2012 | 6.15% | |
| 2011 | 6.00% | |
| 2010 | 5.80% | |
| 2009 | 5.65% | |
| 2008 | 4.50% | |
| 2007 | 5.80% | |
| 2006 | 5.15% | |
| 2005 | 5.00% | |
| 2004 | 4.75% | |
| 2003 | 4.50% | |
| 2002 | 4.25% | |
| 2001 | 5.00% | |
| 2000 | 6.00% | |
| 1999 | 6.84% | |
| 1998 | 6.70% | |
| 1997 | 6.70% | |
| 1996 | 7.70% | |
| 1995 | 7.50% | |
| 1994 – 1988 | 8.00% | |
| 1987 – 1983 | 8.50% | |
| 1982 – 1980 | 8.00% | |
| 1979 | 7.25% | |
| 1978 – 1976 | 7.00% | |
| 1975 – 1974 | 6.60% | |
| 1973 – 1972 | 5.85% | |
| 1971 | 5.80% | |
| 1970 – 1968 | 5.75% | |
| 1967 – 1965 | 5.50% | |
| 1964 | 5.25% | |
| 1963 | 5.00% | |
| 1962 – 1960 | 4.00% | |
| 1959 – 1952 | 2.50% | |


