Siaran Langsung AJL 40 Final Anugerah Juara Lagu 2026

Anugerah Juara Lagu (AJL) ialah acara kemuncak tahunan pertandingan nyanyian yang mengiktiraf lagu terbaik ciptaan komposer, penulis lirik dan penyanyi tempatan. Malam kemuncak AJL40 pasti menarik perhatian ramai apabila bakal menampilkan pelbagai persembahan hebat serta penampilan luar biasa daripada finalis yang bertanding.

Anugerah Juara Lagu

Sejak diperkenalkan pada tahun 1986, AJL telah menjadi acara ikonik yang mengumpulkan peminat muzik dari pelbagai lapisan masyarakat. Setiap tahun, AJL memberi peluang kepada para penggiat muzik untuk menampilkan karya terbaik mereka.

Selain menampilkan bakat-bakat baru dan lama, AJL juga merupakan platform memartabatkan industri muzik tempatan. Ia adalah ruang di mana pencipta lagu, penyanyi dan pemuzik meraikan kejayaan dan mendapat pengiktirafan karya seni yang mereka hasilkan.

anugerah juara lagu 40

Tema Dan Pengacara AJL 40

Bersempena dengan ulang tahun ke-40 penganjurannya, AJL40 tampil dengan tema Meraikan 4 Dekad: Evolusi dan Masa Depan Muzik Malaysia yang merealisasikan mesej Love Your Legacy, Elevate Your Future. Tema ini mencerminkan perjalanan gemilang AJL sebagai cerminan evolusi muzik Malaysia.

AJL 40 turut menyaksikan Sissy Iman, Naz Rahman diberi kepercayaan bagi mengendalikan anugerah berprestij ini. Manakala Hos Karpet Merah dikendalikan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy.

Kategori Pemenang Anugerah Juara Lagu

Setiap tahun, AJL menobatkan pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua, dan Juara Lagu. Para pemenang bagi setiap kategori akan dianugerahi trofi AJL berserta hadiah wang tunai.

Trofi AJL adalah tanda pengiktirafan kepada kerja keras para komposer dan penulis lirik yang telah mencurahkan jiwa dan raga mereka dalam mencipta lagu-lagu yang memberi kesan kepada pendengar.

Live Streaming AJL 2026 Anugerah Juara Lagu 40

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-40 dijadual berlangsung pada 15 Ogos 2026 bermula jam 9 malam di Unifi Arena, Bukit Jalil. Selain itu, AJL40 turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming menerusi laman web penstriman rasmi Tonton.

Perincian Siaran AJL Ke-39

  • Anugerah Juara Lagu 40.
  • Tempat: Unifi Arena, Bukit Jalil.
  • Tarikh, Hari & Masa: 15 Ogos 2025 (Sabtu) Jam 9:00 Malam.
  • Siaran Langsung: TV3.
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Tonton (https://watch.tonton.com.my/#/live/tv3).

lagu finalis ajl40

Senarai Finalis AJL40

Berikut merupakan senarai penyanyi bersama 10 buah lagu finalis yang akan berentap di malam kemuncak pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-40.

  1. Tiwikarma – K.O.I
    Komposer: Zai Hamzah, Hemo Globin
    Penulis lirik: Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana, Sapik Sam
  2. Lumangad Oku Dika – Ryenald Guntabid
    Komposer: Ryenald Guntabid
    Penulis lirik: Ryenald Guntabid
  3. Kamu – Aina Abdul
    Komposer: Aina Abdul
    Penulis lirik: Aina Abdul
  4. Cak Cak Cekuk – Wani Kayrie
    Komposer: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh
    Penulis lirik: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh
  5. Ke Mana Ni – Luca Sickta, Kmy Kmo, Salammusik
    Komposer: Kmy Kmo, Luca Sickta
    Penulis lirik: Kmy Kmo, Luca Sickta, Salam
  6. Tak Adil – Aisha Retno
    Komposer: Aisha Retno, Radi
    Penulis lirik: Aisha Retno
  7. Nurcinta – Amir Masdi
    Komposer: Amir Masdi, Edry Abd. Halim
    Penulis lirik: Amir Masdi, Edry Abd. Halim
  8. Lemah – Dayang Nurfaizah
    Komposer: Hael Husaini
    Penulis lirik: Hael Husaini
  9. Tangisan Seorang Pendosa – Marsha Milan
    Komposer: Marsha MilanPenulis lirik: Hazama
  10. Semacam Pandora – Hazama
    Komposer: Hazama, Zimi, Genervie Kam, Ritz Metalasia
    Penulis lirik: Zel Hadauan

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."