Cara Beli No Pin UPU Online 2026 Di BSN

Calon-calon atau pelajar lepasan SPM dan lepasan STPM setaraf yang berhasrat melanjutkan pengajian ke Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA)PoliteknikKolej Komuniti (KK) Dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) sesi akademik 2026/2027 perlu membuat pembelian nombor PIN UPU online melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) supaya membolehkan sistem borang permohonan dalam talian dapat diakses sepenuhnya.

Harga Dan Tarikh Pembelian No PIN UPU Online 2026-27

Tempoh pembelian nombor PIN UPU telah ditetapkan bermula dari 28 Januari 2026 sehingga 15 Mei 2026.  Bagi yang ingin mendapatkan nombor PIN UPU, Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10.60 sahaja. Harga ini adalah berpatutan berbanding dengan kemudahan disediakan untuk memudahkan proses permohonan masuk ke IPTA.

Pembelian ini boleh dirumuskan sebagai satu pelaburan kecil bagi memastikan calon-calon memperoleh peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

tarikh pembelian no unik id upu online bsn

Kaedah Pembelian No PIN Unik ID UPU Online

Terdapat tiga kaedah utama yang disediakan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi memudahkan calon-calon mendapatkan nombor PIN Unik ID UPU secara online dan fizikal melalui Bank Simpanan Nasional. Berikut adalah penjelasan terperinci mengenai setiap kaedah:

Kaedah 1: Pembelian Di Kaunter BSN

  • Calon-calon boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
  • Bawa bersama kad pengenalan diri atau MyKad serta wang tunai RM10.60 untuk proses pembayaran.
  • Setelah sampai, maklumkan pegawai kaunter bahawa ingin membeli nombor PIN UPU berdasarkan kategori permohonan masing-masing dan serahkan MyKad sebagai dokumen pengesahan.
  • Pegawai akan uruskan proses pembayaran dan mengeluarkan resit sebagai bukti pembelian. Simpan resit tersebut yang mengandungi No PIN sebagai rujukan.

Video Panduan Kaunter BSN

https://youtu.be/e8-6yiVxUH4?si=FMSjOdZLC82dWppx

contoh resit pin upu bsn

Kaedah 2: Menerusi Mesin ATM BSN

  • Masukkan kad ATM BSN ke mesin ATM dan masukkan nombor PIN ATM anda.
  • Pilih menu Beli Pin daripada pilihan yang tersedia.
  • Pilih jenis permohonan IPTA.
  • Pilih program yang sesuai seperti SPM, STPM atau lain-lain mengikut kelayakan dan keperluan.
  • Masukkan nombor kad pengenalan/MyKad pemohon untuk pengesahan identiti.
  • Semak maklumat pembelian yang dipaparkan, kemudian tekan Setuju untuk meneruskan atau Batal jika ingin membatalkan.
  • Resit akan dicetak secara automatik. Pastikan anda menyimpan resit tersebut sebagai bukti pembayaran dan nombor PIN yang sah.

Video Panduan ATM BSN

Kaedah 3: Menerusi Perbankan Internet MyBSN

  • Pastikan anda mempunyai akaun perbankan internet MyBSN.
  • Log masuk ke akaun myBSN online banking melalui peranti komputer atau telefon pintar.
  • Pilih menu Pin Purchase atau Pembelian Pin.
  • Pilih organisasi UPU sebagai destinasi pembelian PIN.
  • Pilih program pengajian yang berkaitan sama ada Lepasan SPM, Lepasan STPM/setaraf dan lain-lain.
  • Isikan maklumat peribadi yang diperlukan secara lengkap dan tepat.
  • Sahkan maklumat yang dipaparkan sebelum membuat bayaran.
  • Setelah selesai, nombor PIN disertakan bersama kandungan maklumat dalam resit pembayaran tersebut.

Video Panduan MyBSN

 

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."