Apa Itu B40 M40 & T20 Maksud Golongan Isi Rumah Pendapatan

Setiap kali pembentangan bajet atau belanjawan tahunan negara diumumkan pasti menyaksikan pelbagai inisiatif atau bantuan diumumkan daripada pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia. Bantuan sebegini lazimnya dikhususkan buat golongan berpendapatan rendah atau dikenali sebagai B40. Apakah sebenarnya dimaksudkan dengan golongan B40 dan siapa pula yang tergolong dalam kumpulan M40 serta T20?

Takrifan B40, M40 Dan T20

B40, M40 dan T20 adalah takrifan digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia atau Department of Statistics, Malaysia bertanggungjawab menjalankan kajian terhadap julat pendapatan dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Melalui laporan tersebut, kerajaan dapat mengenalpasti dengan lebih tepat julat pendapatan diperoleh bagi setiap rakyat Malaysia yang bekerja. Melalui laporan ini kerajaan dapat merangka dan merancang jenis bantuan dan subsidi yang perlu disalurkan kepada masyarakat khususnya bagi mereka yang memerlukan. Pendapatan ini dilihat secara seisi rumah dan bukan secara pendapatan gaji individu.

Setiap tahun telah menunjukkan peningkatan terhadap pendapatan diterima oleh ketiga-tiga golongan. Ini telah menunjukkan indikator kepada berlakunya perkembangan ekonomi. Walau bagaimanapun, sekiranya gaji pendapatan isi rumah meningkat tetapi kos sara hidup turut meningkat ia memberikan tekanan terhadap golongan tidak berkemampuan atau berpendapatan rendah.

jumlah pendapat isi rumah b40 m40 t20

Maksud Golongan B40, M40 Dan T20 Isi Rumah Mengikut Jumlah Pendapatan

Berikut kami sertakan makna sebenar serta ciri-ciri yang dimaksudkan dengan istilah atau takrifan B40, M40 dan T20. Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (2020) pengelasan baharu isi rumah adalah:

Pengelasan Baharu Isi Rumah B40, M40 & T20
KumpulanMedianPurataHad Pendapatan
B40B1RM1,929RM1,849Kurang daripada RM2,500
B2RM2,786RM2,803RM2,501 – RM3,170
B3RM3,556RM3,561RM3,171 – RM3,970
B4RM4,387RM4,395RM3,971 – RM4,850
M40M1RM5,336RM5,346RM4,851 – RM5,880
M2RM6,421RM6,477RM5,881 – RM7,100
M3RM7,828RM7,841RM7,101 – RM8,700
M4RM9,695RM9,730RM8,701 – RM10,970
T20T1RM12,586RM12,720RM10,971 – RM15,040
T2RM19,781RM24,293RM15,041 dan lebih

Tafsiran B40, M40 Dan T20

Terdapat tiga (3) jenis kategori golongan pendapatan mengikut isi rumah di Malaysia iaitu:

B40

  • Dikenali sebagai Bottom 40 adalah kumpulan isi rumah terendah.
  • Penduduk Malaysia adalah 40% terdiri daripada golongan ini.
  • Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan di bawah RM4,850.

M40

  1. Dikenali sebagai Middle 40 adalah kumpulan isi rumah pertengahan
  2. Penduduk Malaysia adalah 40% terdiri daripada golongan ini
  3. Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan antara RM4,851 hingga RM10,970

T20

  • Dikenali sebagai Top 20 adalah kumpulan isi rumah tertinggi
  • Penduduk Malaysia adalah 20% terdiri daripada golongan ini
  • Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan RM10,971 dan ke atas

Kumpulan isi rumah miskin iaitu berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) di mana nilai PGK nasional sekarang adalah RM2,208 sebulan.

Kongsi Artikel

Sarah Hakim

Sarah Hakim

Penulis kedua laman web mysumber berpengalaman lebih 4 tahun ditugaskan mengemas kini artikel berdasarkan maklumat sahih, relevan dan terkini supaya pembaca terus mendapat info yang tepat.

"Hobi termasuk menulis, edit ayat yang sama 20 kali dan akhirnya guna ayat pertama."