Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim membentangkan Belanjawan 2026 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat sekali gus menandakan permulaan hala tuju baharu bagi pembangunan negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Belanjawan ini diharapkan dapat memacu transformasi Malaysia menuju kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim juga merangkap Menteri Kewangan pastinya merancang Bajet 2026 dengan teliti, mengambil kira pelbagai cabaran dan peluang yang dihadapi oleh negara. Salah satu fokus utama Belanjawan 2026 adalah memperkukuh ruang fiskal negara. Ini adalah langkah penting bagi memastikan Malaysia dapat menangani pelbagai cabaran ekonomi dengan lebih efektif.
Belanjawan 2026 Dan RMK13
Belanjawan 2026 merupakan belanjawan sulung yang akan menyokong pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Belanjawan ini akan menumpukan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta memperkukuh tatakelola baik dalam pentadbiran negara. Berdasarkan pendekatan strategik dan komprehensif, Belanjawan 2026 diharapkan dapat memacu kemajuan negara ke arah mencapai matlamat RMK13.
Belanjawan 2026 juga dijangka akan memberi tumpuan kepada mempelbagai serta memperkukuh saluran penyampaian perkhidmatan. Ini bertujuan untuk memastikan tiada golongan tercicir khususnya dalam sektor-sektor kritikal seperti pendidikan dan kesihatan.
Bajet 2026 Dan Ekonomi MADANI
Belanjawan 2026 meneruskan prinsip Ekonomi MADANI memperkasa rakyat serta mendukung matlamat Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sebagai teras pembangunan ekonomi Malaysia iaitu:
Menaikkan Siling Pertumbuhan Negara
- Menjana kesan berganda merentasi rantaian ekonomi melalui inisiatif strategik dan inovatif.
- Penggerak strategik untuk transformasi industri Malaysia ke arah lebih berdaya saing dan berorientasikan teknologi.
- Pengesuaian insentif bagi meningkatkan daya tarik pelaburan asing dan domestik.
Menaikkan Lantai Taraf Hidup Rakyat
- Reformasi pasaran buruh untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan.
- Memperkasa mekanisme bantuan sosioekonomi untuk kehidupan lebih sejahtera.
- Ke arah sistem penjagaan kesihatan yang saksama dan mampan.
- Reformasi sektor pendidikan untuk menjana ekonomi inklusif berdaya saing masa depan.
- Merapatkan jurang bandar-luar bandar untuk pembangunan seimbang.
- Memperkasa semua golongan untuk menyertai ekonomi yang berkembang.
Memacu Pembaharuan, Tatakelola Baik
- Memperkukuh integriti dan tadbir urus fiskal untuk meningkatkan akauntabiliti.
- Memodenkan kewangan awam melalui penggunaan teknologi.
- Mempertingkatkan GovTech & perkhidmatan rakyat yang lebih cekap dan mesra pengguna.
- Reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan kerajaan yang bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Berpandukan kepada tiga tonggak utama ini, Belanjawan 2026 diharapkan dapat memacu pembangunan seimbang, inklusif dan mampan serta meningkatkan daya saing negara selain memperkukuh kesejahteraan rakyat dan mewujudkan tadbir urus yang cekap dan berintegriti.
Senarai Ringkasan Intipati Kandungan Belanjawan 2026
Belanjawan 2026 dibentangkan pada hari Jumaat, 10 Oktober 2026 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Berikut kami sertakan ringkasan intipati (touchpoint) kandungan Bajet 2026 atau belanjawan Malaysia yang dikemaskini sepanjang ucapan pembentangan belanjawan berlangsung.
- Belanjawan
Belanjawan MADANI Ke-4 (2026) - Tema
BELANJAWAN RAKYAT - Peruntukan Bajet: RM470 Billion
RM338.2 Bilion: Perbelanjaan Mengurus
RM81 Bilion: Perbelanjaan Pembangunan
RM30 Billion: Pelaburan GLIC
RM10 Billion: Pelaburan Awam-Swasta
RM10.8 Billion: Pelaburan dam Syarikat MKD
Sila Dapatkan:
- Sumbangan khas RM500 bagi menghargai khidmat 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut dengan peruntukan RM35 juta.
- Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak, RM250 bagi pesara kerajaan akan disalurkan awal Mac 2026.
- Gaji hakim dinaikkan sehingga 30 peratus mulai 1 Januari 2026, semua anggota Jemaah Menteri terus membuat pemotongan 20 peratus gaji.
- Bantuan Insentif Berasaskan Prestasi diperluas kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam perkhidmatan awam Persekutuan.
- Bayaran khas RM500 kepada pemegang Pingat Jasa Malaysia dengan peruntukan RM60 juta.
- Kadar Bantuan Sara Hidup 4,000 pesara kontrak KEMAS dinaikkan kepada RM500 sebulan.
- Hampir RM2.2 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaiki kuarters kerajaan; had kelayakan maksimum pembiayaan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.
- Kelonggaran perolehan kepada semua kementerian dan jabatan untuk memperoleh produk merchandise dan kandungan digital.
- RM20 juta untuk menyokong Ekosistem Kreatif Digital khususnya penggiat kreatif animasi dan permainan digital tempatan.
- RM10 juta insentif penganjuran konsert artis tempatan dan antarabangsa di Malaysia bagi menarik pelancong asing bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
- RM110 juta insentif galakan kepada penerbit filem tempatan dan antarabangsa menghasilkan karya berkualiti tinggi di Malaysia.
- RM55 juta diperuntukkan khusus untuk memperbanyak program perpaduan dan identiti nasional.
- Kemudahan pengeluaran awal GCR diperluas bagi menunaikan Haji terhad kepada penebusan RM10,000 ribu dengan peruntukan RM10 juta.
- Had pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan ibadat Haji ditingkatkan kepada RM10,000.
- Syiar Islam terus syumul dan tertegak di negara ini dengan peruntukan RM2.6 bilion.
- RM250 juta untuk menanggung kos pengedaran barang asas di Sabah dan Sarawak.
- Kerajaan bersetuju meluluskan diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena hari perayaan Deepavali.
- Sempena perayaan Deepavali, bayaran STR Fasa 4 2025 bernilai RM2 bilion diawalkan dan disalurkan mulai 18 Oktober.
- Semua 9 juta penerima STR menerima SARA sehingga RM100 setiap bulan atau RM1,200 setahun; 1 juta penerima STR di bawah eKasih menerima SARA sehingga RM200 sebulan atau RM2,400.
- Kerajaan sekali lagi memberi RM100 SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas, disalur pada pertengahan Februari.
- STR SARA 2026 berjumlah RM15 bilion, peningkatan hasil penjimatan daripada penyasaran subsidi seperti diesel dan RON95.
- Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat terus disalurkan kepada lebih 560,000 penerima dengan peruntukan RM3.1 bilion; RM1 bilion bagi menangani kos sara hidup.
- RM50 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah ibadat bukan Islam berdaftar di seluruh negara.
- Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama berharga sehingga RM500,000.
- Geran padanan sehingga RM4,000 disedia untuk menggalakkan pemilik melupus kenderaan lama dan membeli kenderaan nasional baharu.
- RM2.5 bilion untuk selenggara Jalan Persekutuan termasuk menurap jalan berlubang, memasang lampu jalan di kawasan berisiko serta mengganti perabot jalan.
- Kerajaan MADANI menyediakan subsidi RAS RM209 juta ringgit untuk manfaat penduduk desa dan pedalaman Sabah Sarawak.
- Pendidikan Percuma PTPTN melibatkan 5,800 anak-anak keluarga miskin, pengecualian bayaran balik kepada mahasiswa perolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA.
- KPT menerima RM18.6 bilion ringgit, lebih RM400 juta untuk menyelenggara prasarana dan mengganti peralatan usang di universiti awam, politeknik serta kolej komuniti.
- Semua 5.2 juta murid sekolah Kerajaan akan menerima RM150 Bantuan Awal Persekolahan dengan peruntukan RM800 juta ringgit.
- RM100 juta bagi membina bilik darjah tambahan di lebih 100 sekolah berkepadatan tinggi dan RM100 juta lagi untuk bina 350 kelas prasekolah baharu.
- KPM menerima RM66.2 bilion, hampir RM2 bilion bagi menaik taraf lebih 520 sekolah daif khususnya di Sabah Sarawak, 38 sekolah baharu akan dibina.
- Kadar duti eksais bagi produk minuman keras dinaikkan sebanyak 10 peratus mulai 1 November 2025.
- Kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) yang tidak dikaji sejak 2011 dinaikkan sekitar 40 peratus berkuat kuasa 1 Okt.
- Kerajaan meluluskan seramai 4,500 doktor kontrak dan 935 graduan Institut Latihan KKM ditawar jawatan tetap tahun hadapan.
- Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ringgit bagi bayaran premium insurans nyawa atau sumbangan takaful nyawa.
- Bagi mengurangkan kebergantungan kepada hospital awam, peranan klinik kesihatan turut diperkasa untuk menyediakan perkhidmatan pakar kepada komuniti dengan peruntukan RM30 juta.
- Belanjawan 2026 memperuntukkan RM46.5 bilion kepada Kementerian Kesihatan.
- Umur kelayakan i-Suri dinaikkan kepada 60 tahun selari usia persaraan minimum; peruntukan kebajikan warga emas ditingkatkan kepada RM1.26 bilion melibatkan 180,000 warga emas.
- Skim i-Saraan diteruskan untuk pekerja informal atau bekerja sendiri dengan caruman padanan sehingga RM500 setahun;
- Pekerja gig, e-hailing dan p-hailing akan diberi insentif caruman padanan KWSP sehingga RM600 setahun atau RM6,000 seumur hidup di bawah skim i-Saraan Plus.
- RM15 juta untuk memperkasa Program Peluang Kedua, RM10 juta bagi melaksanakan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian.
- Bantuan hampir RM1.4 bilion akan disalurkan untuk OKU kronik terlantar, OKU tiada upaya bekerja dan Elaun Pekerja OKU.
- Premis tabika dinaik taraf di semua Kampung Orang Asli dengan kos hampir RM13 juta.
- Kerajaan akan membentangkan pindaan Akta Orang Asli 1954, jalan-jalan di Kampung Orang Asli ditambah baik dengan kos RM155 juta.
- Peruntukan RM412 juta bagi memperkasa Orang Asli secara menyeluruh, tidak termasuk peruntukan di bawah Bumiputera.
- Rakan Muda disediakan RM40 juta; kerajaan terus menanggung bayaran mendapatkan lesen motosikal kelas B2.
- RM250 juta untuk memulakan PLKN secara rintis di peringat pendidikan tinggi sebelum pelaksanaan penuh pada 2027.
- Bermula tahun hadapan, had umur belia ditetapkan kepada 15 hingga 30 tahun.
- Kerajaan akan membela nasib 5,000 ibu tunggal miskin yang memerlukan bantuan guaman bagi penyelesaian kes-kes mahkamah.
- Pelepasan cukai pendapatan individu RM3,000 bagi yuran taska atau tadika kanak-kanak berumur sehingga 6 tahun diperluas kepada pusat jagaan harian atau pusat transit berdaftar.
- Peluang pendidikan Bumiputera diberi keutamaan dengan peruntukan keseluruhan MARA, Yayasan Peneraju dan UiTM RM6 bilion.
- Liputan jalur lebar diperluas melalui projek JENDELA 2 ke 2,700 lokasi baharu dengan peruntukan RM780 juta.
- RM770 untuk melaksana baki Point of Presence (PoP) Fasa 2 berhampiran kawasan perindustrian dan sekolah terpilih di desa dan pedalaman.
- RM400 juta untuk pembinaan empangan bawah tanah, telaga tiub dan struktur takungan di Padang Matsirat, Langkawi; lebih 820km paip usang akan diganti.
- Pengurusan Aset Air Berhad melaksanakan pelaburan sehingga RM13 bilion untuk lima tahun bagi capaian bekalan air bersih seluruh negara.
- RM300 juta untuk merawat, menyelenggara dan membersih sungai; RM3.3 bilion untuk projek prasarana asas desa.
- RM80 juta untuk 2,500 renjer komuniti melindungi hutan; kepakaran lebih 1,000 Orang Asli dan hampir 700 veteran akan dimanfaat.
- Lebih RM260 juta bagi mencegah, menyelenggara dan membaiki cerun seluruh negara, RM55 juta untuk membersih dan menaik taraf longkang dan parit di semua PBT.
- RM2.2 bilion disediakan bagi meneruskan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).
- MCMC menyediakan RM210 juta untuk membangunkan Sistem Amaran Awal (EWS).
- Semua kerajaan negeri dibenarkan guna dana MARRIS bagi memperoleh Jambatan Panel Keluli Bermodular (Bailey Bridge).
- Dana RM460 juta untuk NADMA bersiap sedia menghadapi bencana.
- RM39 juta projek tebatan banjir fasa kedua dan membina semula satu blok sekolah yang terkesan banjir di Inanam, Sabah.
- RM220 juta untuk membangun semula bangunan IPG Kampus Gaya, Sabah yang rosak dan daif.
- RM12 juta diperuntukkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) tangani jenayah penipuan dalam talian dan ancaman siber, RM 20 juta bagi memodenkan sistem dan kepakaran forensik digital.
- Rang Undang-undang Jenayah Siber akan digubal bagi menangani jenayah siber dengan lebih menyeluruh.
- Kementerian Komunikasi melaksanakan Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan tahap kesedaran siber dalam kalangan murid sekolah.
- Mengekang gejala buli – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bangunkan Kerangka Antibuli Sekolah (SAFE), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tambah CCTV.
- RM45 juta disediakan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia.
- Pelantar Laut Tun Sharifah Rodziah yang akan tamat tempoh pengoperasian pada Jun 2026 akan digantikan dengan sebuah Multi Purpose Command Platform baharu.
- Lebih RM1.5 bilion untuk membina dan menaik taraf fasiliti baharu badan beruniform.
- RM6 bilion untuk menyelenggara dan membeli aset pertahanan, RM1 bilion untuk menyelenggara dan membeli aset PDRM serta badan beruniform di bawah KDN.
- Kementerian Pertahanan terima peruntukan RM21.7 bilion, Kementerian Dalam Negeri (KDN) RM21.2 bilion untuk tingkat tahap kesiapsiagaan negara.
- RM55 juta disediakan bagi menyokong pengusaha buah-buahan tempatan.
- Untuk golongan nelayan, RM160 juta diperuntukan bagi elaun sara hidup, diesel bersubsidi RM1.65 seliter dikekalkan, RM20 juta untuk menaik taraf vesel.
- Setiap pesawah dianggar terima bantuan kira-kira RM4,300 sehektar berbanding RM3,790 sehektar bagi setiap musim.
- RM2.62 bilion untuk pelbagai subsidi dan bantuan kepada pesawah serta insentif pengeluaran padi.
- Agrobank sedia RM1.1 bilion untuk usahawan mengembangkan perniagaan, menyokong automasi dan mekanisasi dalam projek pertanian.
- RM300 juta untuk menyokong tanaman jagung bijian, ternakan akuakultur serta aktiviti tanaman padi di Sabah dan Sarawak.
- 6,400 pesawah dibekalkan dengan baja foliar untuk nutrien padi dan bahan kesuburan tanah sawah dengan peruntukan RM20 juta.
- Tanah-tanah sawah bermasalah akan dipulihkan, prasarana ditambah baik dengan dana RM100 juta.
- Projek Pemindahan Air Jeniang mula dilaksanakan tahun depan dengan kos RM1.28 bilion.
- RM50 juta kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk pembiayaan menyokong perusahaan badan-badan koperasi seluruh negara.
- Lebih RM2.5 bilion pinjaman mikro disediakan antaranya di bawah BSN dan TEKUN.
- RM15 juta untuk membudayakan sains, teknologi dan daya cipta dalam kalangan belia.
- RM50 juta untuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) menaik taraf 363 premis perniagaan MARA seluruh negara bagi manfaat 7,300 usahawan.
- RM300 juta bagi menyelenggara bangunan, sistem pendawaian dan kemudahan jalan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
- RM60 juta untuk membina gerai dan membaiki pasar awam di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Institusi TVET KPM disediakan RM1.3 bilion untuk mendidik 79,000 penuntut TVET.
- Majlis TVET Negara terima RM45 juta untuk terap ilmu teknologi digital dan AI kepada 10,000 pelajar tahfiz dan pondok melalui Program IPT@Komuniti.
- Peruntukan TVET naik kepada RM7.9 bilion.
- RM20 juta untuk menambah tapak dan ruang niaga kepada peniaga kecil Tamu Desa di Sabah dan Sarawak.
- RM2 bilion untuk bangunkan Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) sepanjang 3,190 kilometer, pastikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung menikmati manfaat digital sebaiknya.
- Kesemua projek lebuh raya di Sabah dan Sarawak melibatkan kos mencecah RM48 bilion.
- Sarawak-Sabah Link Road Fasa (SSLR) 1 dijangka siap November 2026, SSLR 2 sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pertengahan 2029.
- RM1.67 bilion untuk Pan Borneo Sabah dilaksana mengikut jadual.
- Kerajaan Persekutuan menyediakan pembiayaan RM765 juta bagi Projek Talian Penghantaran Southern Link, tangani gangguan bekalan elektrik di Sabah.
- Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion, Sarawak meningkat kepada RM6 bilion.
- RM110 juta untuk Ikhtiar Perkhidmatan Bergerak MADANI bagi memastikan masyarakat desa dan pedalaman mendapat perkhidmatan kerajaan secara terus.
- Syarikat dan individu berpendapatan perniagaan yang menyumbang untuk program Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI, Sejahtera MADANI layak diberi potongan cukai pendapatan.
- Solar MADANI diperluas ke kampung-kampung seluruh negara.
- Sasaran Kampung Angkat MADANI ditingkatkan kepada 500 kampung dan Sekolah Angkat MADANI ditingkatkan kepada 1,500 sekolah termasuk penglibatan oleh badan swasta.
- Sejati MADANI diperluas dengan melibatkan anak-anak muda menambah pendapatan komuniti.
- RM1 bilion disediakan bagi memperhebat Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat.
- Keseluruhan penyasaran subsidi menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun.
- Pangkalan data 16.5 juta warganegara yang layak BUDI95 sedang dikemas kini untuk sedia kuota tambahan kepada 23,000 pemilik perahu berdaftar dan lebih 52,000 pemandu e-hailing aktif.
- Kerajaan akan meminda Akta Perlindungan Pengguna, masukkan elemen Lemon Law bagi melindungi hak pengguna yang sering tertindas.
- Pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya kini diperingkat libat urus bersama semua pihak berkepentingan.
- RM15 juta untuk perluas liputan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM).
- RM220 juta untuk perkasa peranan Institusi Parlimen, RM5 juta bagi memperkasa fungsi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara dan Dewan Rakyat .
- RM31.5 juta disediakan untuk menyelenggara dan mengganti aset-aset kedutaan yang rosak.
- RM76.6 juta disediakan bagi meningkatkan mutu prasarana UTC agar lebih mesra rakyat dan mudah diakses.
- MyDigital ID sasar 15 juta pengguna menjelang akhir 2025, diperluas ke sektor utama seperti kewangan, telekomunikasi, e-dagang dan kesihatan.
- Pasukan STAR terima RM25 juta untuk usaha pendigitalan menyeluruh urusan rakyat, percepat pembangunan infrastruktur dan inovasi baharu.
- Agenda Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) jimat kos pematuhan sehingga RM1.1 bilion, bantu Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam Indeks Daya Saing Dunia.
- Penyumbang tunai program pencegahan rasuah layak mendapat potongan cukai pendapatan.
- JKDM akan memperkenalkan setem cukai digital, bendung pemalsuan serta ketirisan di pintu masuk negara melalui Centralised Screening Complex CCTV.
- Lebih RM700 juta diperuntuk untuk tingkat keupayaan badan penguatkuasa SPRM, PDRM, KPDN, JKDM dan MyCC melalui Latihan serta perolehan asset.