Bulan Ramadan hampir menjelang, saat ini pastinya diisi dengan pelbagai persiapan. Bulan penuh keberkatan dan kemuliaan ini memberi peluang kepada umat Islam menunaikan ibadah puasa serta waktu memperbaharui hubungan.
Ucapan Selamat Berpuasa Ramadan
Memohon maaf sebelum menyambut bulan Ramadan adalah sesuatu amalan mulia. Ia membolehkan kita membersihkan hati dan menjalin kembali hubungan yang mungkin telah renggang. Kadangkala kita terlupa mengungkapkan rasa hormat dan kasih sayang kepada rakan-rakan serta keluarga.
Oleh itu, menjelang Ramadhan marilah kita mengambil masa merenung dan memperbaiki hubungan dengan orang di sekeliling kita.
Marilah kita memanfaatkan bulan keberkatan ini bagi mengukuhkan silaturahim. Ucapan memohon maaf dan selamat berpuasa adalah langkah kecil yang boleh memberikan impak besar memperbaiki hubungan kita. Semoga Ramadhan Al-Mubarak ini membawa sinar baru dalam hidup kita semua dan menjadi titik tolak kepada kita menjadi insan yang lebih baik. Selamat menjalankan ibadah puasa.
Contoh Ucapan Selamat Dan Memaafkan
Berikut adalah beberapa contoh ucapan yang boleh anda kongsikan kepada rakan-rakan dan saudara mara melalui pelbagai aplikasi komunikasi.
| Contoh |
|---|
| Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga bulan ini membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua. Maafkan segala kesalahan yang pernah dilakukan. |
| Ramadhan tiba lagi. Mari kita sambut dengan hati yang bersih dan penuh keikhlasan. Mohon maaf atas segala salah dan silap. |
| Semoga puasa kita diterima dan amalan kita diberkati. Selamat menjalani ibadah puasa. Maafkan saya jika ada yang terkhilaf. |
| Bulan Ramadhan adalah waktu lebih beribadah dan memperbaiki diri. Semoga kita semua diberikan kekuatan menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran. Maafkan segala kesalahan saya. |
Ucapan-ucapan ini boleh disesuaikan mengikut kesesuaian dan hubungan anda dengan penerima. Anda juga boleh menambah elemen peribadi seperti kenangan bersama atau harapan khusus kepada penerima ucapan.
Koleksi Kad Ucapan & Pantun Selamat Berpuasa Bulan Ramadan 2026
Ramai antara kita mengambil kesempatan menyampaikan ucapan memohon maaf dan selamat menjalani ibadah puasa sama ada secara langsung atau melalui platform komunikasi digital seperti WhatsApp, Facebook, Twitter (X), TikTok dan Instagram.
Berikut kami sertakan koleksi penuh kad Ucapan Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan tahun 2026 bersamaan 1447 Hijrah.

Apabila dalam kata dan perbuatan terukir salah dan khilaf,
Yakni dengan segala kerendahan hati kecil ini ingin terucap mohon maaf setulus-tulusnya.
Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan.

Ya Allah, muliakan dan sayangilah saudaraku ini,
Bahagiakan keluarganya limpahkan rezekinya,
Kuatkan Imannya,
Berikanlah kenikmatan ibadahnya, jauhkan dari segala fitnah. Amin. “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN”.

Marhaban ya Ramadhan,
Pucuk selasih bertunas menjulang,
Dahannya patah tolong betulkan,
Puasa Ramadhan kembali menjelang,
Salah dan khilaf mohon dimaafkan,
Selamat Menunaikan Ibadah puasa.

Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAKWA dan TAUBAT lah UBATnya.
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.

Mengharap padi dalam lesung,
Yang ada cuma rumpun jerami,
Harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang ucapan ini.
Sebelum cahaya padam, Sebelum hidup berakhir.
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang.
Saya mohon maaf zahir dan batin.

Kerana Gelap malamMU ku terjaga,
KeranaMU ku bergerak melangkah menuju mentariMU,
Kusambut pemberianMU, dengan harapan kudapat kerinduanMu.
Selamat menunaikan Ibadah Puasa.

Manusia tak pernah lari dari salah dan khilaf,
Kerana manusia bukan makhluk yang sempurna,
Di bulan yang suci ini mari kita bermaafan,
Agar tiada dendam dan hasad dengki,
Marhaban ya Ramadhan,
Mohon maaf zahir batin.

Perkataan yang indah adalah ALLAH,
Lagu yangg merdu adalah AZAN,
Media yang terbaik adalah AL-QURAN,
Senam yang sihat adalah SOLAT,
Diet yang sempurna adalah PUASA,
Kebersihan yang menyegarkan adalah WUDHU,
Perjalanan yang indah adalah HAJI,
Khayalan yang baik adalah ingat akan DOSA dan TAUBAT,
Mudah-mudahan di bulan yg suci ini hadir membawa iman dan takwa. AMIN.

Dahulunya ingin sekali ku memohon maaf padamu,
Oleh kerana diriku terlalu malu ku pendamkan hasrat itu,
Hari ini ku beranikan diri pinta sesuatu darimu,
Menjelang puasa Ramadhan ini, ku harap kau berikan maafmu.

Setitik tinta jadi noda,
Setitik salah jadi dosa,
Bulan penuh berkat segera tiba,
Mari tekun ibadah di bulan puasa,
Marhaban ya Ramadan, sambutlah dengan senyuman.

CINTA datang dan pergi tanpa di duga,
KASIH SAYANG datangnya tanpa terasa,
HATI berkata tanpa dusta,
Datangnya bulan RAMADHAN adalah RAHMAT, marilah kita menyambut BULAN ini dengan CINTA dan KASIH SAYANG.

Indah malam kerana bintang,
Indah taman kerana bunga,
Indah cinta kerana kasih sayang,
Indah hidup kerana silaturahim,
Oleh itu mari indahkan bulan Ramadhan dengan ibadah.


