Pantun & Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 2026

Menjelang Hari Raya Haji, Aidiladha atau Hari Raya Qurban setiap insan pasti akan mengambil kesempatan ini dengan menyampaikan ucapan maaf bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Haji atau Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban, memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. Ia mengingatkan kita tentang pentingnya pengorbanan ikhlas demi mencapai keredaan Allah SWT.

Pengorbanan ini bukan sahaja bentuk ibadah korban malah dalam setiap aspek kehidupan termasuklah pengorbanan masa, tenaga dan harta demi kebaikan masyarakat dan agama.

Aidiladha adalah masa yang sesuai untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri. Ia adalah peluang menanam azam dan tekad agar kita menjadi insan yang lebih baik, lebih penyayang dan lebih bertanggungjawab terhadap agama dan masyarakat.

Rangkuman Ucapan Selamat Hari Raya Haji 2026

Tidak lengkap sambutan Aidiladha tanpa ucapan dan salam. Sebarkanlah salam dan kata-kata doa kepada keluarga, sahabat dan sesiapa sahaja yang berkenaan. Ucapan seperti “Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir Dan Batin,” atau “Semoga pengorbanan kita diterima dan diberkati Allah” mampu menyentuh hati dan mempererat ukhuwah.

Koleksi Ucapan Terkini Dan Terbaik

Ucapan ini boleh didedikasikan melalui aplikasi komunikasi WhatsApp atau di Facebook, Twitter (X) dan Instagram mahupun di laman jaringan sosial yang lain.

kad ucapan selamat hari raya aidiladha 1

Malam Menjelma, Esok Menanti Cahaya,
Bersama doa dan harapan penuh ikhlas,
Sambutlah Aidiladha bersama keluarga tercinta.
Izinkan kami memohon maaf atas segala khilaf dan salah,
Maaf zahir dan batin dari hati kami sekeluarga.

kad ucapan selamat hari raya aidiladha 2

Mata sering tersilap menatap,
Mulut kadang terleka berucap,
Hati mudah berprasangka.
Dengan niat yang suci dan tulus, saya memohon maaf zahir dan batin.

kad ucapan selamat hari raya aidiladha 3

Merdu zikir menghiasi waktu,
Sebagai penyejuk jiwa di kala sepi,
Aidilfitri merayakan kemenangan,
Aidiladha melengkapi pengorbanan penuh makna.

kad ucapan selamat hari raya aidiladha 4

Mawar harum mewangi,
Aromanya menyapa di mana sahaja,
Ucapan ini sebagai pengganti diri,
Selamat Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan.

kad ucapan selamat hari raya aidiladha 5

Aku tidak meminta kamu menjadi awan,
Kerana takut kamu akan mendung,
Aku tidak minta kamu jadi bunga,
Kerana takut kamu akan layu.
Cuma satu yang aku pinta: maafkan aku dengan sepenuh hati.
Selamat Hari Raya Aidiladha, mohon maaf zahir dan batin.

kad ucapan selamat hari raya aidiladha 6

Harta paling berharga ialah kesabaran,
Rakan setia adalah amal soleh,
Ibadah terindah adalah keikhlasan,
Iman adalah identiti tertinggi,
Memaafkan adalah tugas terberat.
Mohon maaf zahir dan batin, selamat Hari Raya Aidiladha.

kad ucapan selamat hari raya aidiladha 7

Langit indah dihiasi awan,
Samudera biru menawan hati,
Aidilfitri penuh kemaafan,
Aidiladha penuh pengorbanan.
Selamat Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan.

kad ucapan selamat hari raya aidiladha 8

Tiada kata seindah kata maaf,
Tiada perbuatan semulia memaafkan,
Kini hati bersih dari noda dan dosa,
Selamat Hari Raya Aidiladha. Mohon maaf zahir dan batin.

kad ucapan selamat hari raya aidiladha 9

Tangan dihulur, maaf dipinta,
Eratkan hubungan yang terjalin,
Semoga bahagia menyertai hari penuh keberkatan ini,
Salah dan silap diharap dimaafkan.
Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin.

kad ucapan selamat hari raya aidiladha 10

Yang Jauh itu waktu,
Yang Dekat itu mati,
Yang Besar itu nafsu,
Yang Berat itu amanah,
Yang Mudah itu berbuat dosa,
Yang Panjang itu amal soleh,
Yang Indah itu saling memaafkan.
Salam Aidiladha, maaf zahir dan batin.

kad ucapan selamat hari raya aidiladha 11

10 Zulhijjah menjelang tiba,
Takbir bergema menyentuh jiwa,
Kalau ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia ini,
Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin.

kad ucapan selamat hari raya aidiladha 12

Sungai mengalir setiap hari,
Dalam gelap mencari ikan,
Kami menyusun tangan memohon maaf,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Selamat Hari Raya Aidiladha.

kad ucapan selamat hari raya aidiladha 13

Salam dihulur sebagai tanda ingatan,
Semoga ukhuwah kekal berpanjangan,
Kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha,
Kepada keluarga dan sahabat handai.
Salam Aidiladha…

kad ucapan selamat hari raya aidiladha 14

Tangan dihulur, maaf dipohon ikhlas,
Membersihkan hati dari noda,
Salah dan silap diharap diampuni,
Semoga bahagia di Aidiladha ini,
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha,
Maaf zahir dan batin.
Dari hati tulus ikhlas kami sekeluarga.

kad ucapan selamat hari raya aidiladha 15

Dalam kerendahan hati tersembunyi kemuliaan,
Dalam kekurangan harta terdapat kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah, kadang tersilap kata,
Dalam gurauan, pasti ada khilaf dan dosa.
Mohon ampun zahir dan batin, dan selamat Hari Raya Aidiladha.

kad ucapan selamat hari raya aidiladha 16

Dalam gurauan ada senda,
Dalam senyum ada tawa,
Dalam suka dan duka,
Itulah hakikat diri kita.
Jangan biar hati terluka,
Jangan salahkan sesiapa,
Jangan ungkit dosa dan pahala,
Anggaplah setiap pertemuan sebagai ruang bertukar kata,
Kata sekadar penghibur hati,
Moga silaturahim kekal ceria,
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin.

Koleksi Pantun Menarik Dan Lawak

Semoga pantun-pantun ini dapat memberi kegembiraan dan menambah keceriab dalam sambutan Hari Raya Aidiladha anda.

pantun selamat hari raya haji 1

Beli tepung gandum di kedai Isabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patut la lembu ngan kerbau cuak gila,
Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha!

pantun selamat hari raya haji 2

Pergi ke masjid bersama bapa,
Diajak bersama rakan dan taulan,
Selamat hari raya Aidil Adha,
Salah dan silap harap dimaafkan.

pantun selamat hari raya haji 3

Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada semua Muslimin dan Muslimat.

pantun selamat hari raya haji 4

Muzik berkumandang rentak a go go,
Nona manis berbaju kebayo,
Korban harta mahupun tenago,
Taknak korban dah jangan beghayo!

pantun selamat hari raya haji 5

Cari pengat sampai ke Sarawak,
Pengat dicari di kawasan pokan,
Den bizi masak ekau jangan nak melawak,
Kang kobau tak tumbang ekau den korbankan!

pantun selamat hari raya haji 6

Mata kadang salah melihat.
Mulut kadang salah berucap.
Hati kadang salah menduga.
Maafkan segala kekhilafan.
Mohon maaf zahir dan batin.
Selamat Hari Raya Aidiladha

pantun selamat hari raya haji 7

Sukaria di Hari Raya,
Orang Tua Jangan dilupa,
Jasa mereka sangat berharga,
Kalaulah tiada mereka siapalah kita…

pantun selamat hari raya haji 8

Andai jemari tak sempat berjabat.
Jika raga tak bisa bersua.
Bila Ada kata membekas luka.
Semoga pintu maaf masih terbuka.

pantun selamat hari raya haji 9

Apabila terjaga di pagi hari,
Lihat semua berlawa sakan,
Aidil adha berkunjung lagi,
Marilah sama kita raikan.

pantun selamat hari raya haji 10

Janganlah dikau terus berangan,
Marilah kita bersembahyang raya,
Ketupat rendang menjadi hidangan,
Jamuan untuk tetamu yang mulia.

pantun selamat hari raya haji 11

Itulah sebab tak ambik perkembangan,
Sampai tak perasan bila hari raya,
Semuanya tersenyum keriangan,
Ada yang memberi ada yang menerima.

pantun selamat hari raya haji 12

Jangan engkau termenung sahaja,
Cepatlah siap untuk beraya,
Ingin Achik ucapkan buat semua,
Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."