Rangkuman Kad Ucapan Selamat Hari Ibu 2026 Terkini & Terbaik

Setiap hela nafas kehidupan, tidak ada yang mampu menandingi keikhlasan dan pengorbanan seorang ibu. Dari saat beliau mengandung, melahirkan sehinggalah anak-anak membesar dan berjaya menempuh dunia ini, peranan dan pengorbanan ibu tidak pernah mengenal erti penat lelah.

Pengorbanan Ibu

Setiap pencapaian kita raih hari ini, ada peranan ibu yang sering terlupakan atau tidak dihargai sepenuhnya. Kejayaan akademik, kerjaya cemerlang, keluarga bahagia semuanya adalah hasil daripada pengorbanan dan doa seorang ibu. Mereka adalah pendorong utama di belakang kejayaan anak-anak mereka yang sentiasa mempercayai dan menyokong tanpa mengharapkan balasan.

Namun begitu, sering kali kita lupa menunjukkan penghargaan kepada mereka. Kata-kata terima kasih, pelukan mesra atau sekadar menghabiskan masa bersama ibu sudah cukup membuatkan hati mereka bahagia. Budi dan pengorbanan ibu adalah sesuatu yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit dan ia seharusnya diakui serta dihargai setiap masa.

Mengapa Hari Ibu Perlu Disambut?

Setiap tahun, Ahad kedua bulan Mei diraikan sebagai Hari Ibu di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Ia adalah hari memperingati dan menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu. Wajarlah hari ini diraikan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang sebagai tanda penghargaan atas segala pengorbanan yang telah mereka lakukan.

Hari Ibu adalah peluang terbaik menunjukkan betapa mereka menghargai kehadiran ibu. Sama ada melalui ucapan, hadiah atau sekadar meluangkan masa bersama, semua itu mampu menjadi penawar di hati ibu yang sentiasa berkorban tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Ia adalah pengiktirafan kecil yang mampu memberi makna besar dalam kehidupan seorang ibu.

infografik selamat hari ibu

Menghargai Dan Meraikan Hari Ibu

Pasti ramai yang sedang memikirkan cara terbaik meraikan insan bergelar ibu. Memberi hadiah atau mengatur aktiviti keluarga. Lebih daripada itu, doa, ucapan dan kata-kata ikhlas dari hati adalah anugerah paling berharga yang mampu membuatkan hati ibu terasa dihargai dan disayangi.

Sesungguhnya, pengorbanan seorang ibu adalah budi yang tidak terbalas. Ia adalah lambang kasih sayang yang tulus ikhlas dan tanpa syarat. Maka, tidak salah jika setiap hari kita berusaha untuk menghargai dan menyayangi mereka, bukan hanya pada Hari Ibu sahaja tetapi setiap detik dalam kehidupan ini.

Koleksi Ucapan Selamat Hari Ibu 2026 Versi Malaysia

Selamat Hari Ibu kepada semua insan bergelar ibu. Terima kasih atas pengorbananmu yang tidak terhingga. Semoga Allah memberkati setiap langkahmu dan membalas setiap jasa dengan keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Bersempena sambutan Hari Ibu, berikut kami sertakan koleksi ucapan Selamat Hari Ibu yang ringkas tetapi penuh makna serta terkini dan terbaik yang boleh dijadikan rujukan anda. Semoga ucapan ini dapat menyentuh hati dan memberi penghormatan sewajarnya kepada insan tercinta, ibu.

kad ucapan selamat hari ibu 1

Selamat Hari Ibu. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati, memberkati dan menempatkanmu di kalangan wanita solehah di syurga nanti.

kad ucapan selamat hari ibu 2

Ibu, doa dan restu darimu adalah kekuatan utama dalam setiap langkah hidupku. Semoga Allah membalas segala pengorbananmu dengan ganjaran syurga tertinggi.

kad ucapan selamat hari ibu 3

Hari ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala cinta dan pengorbananmu, ibu. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesihatan buatmu.

kad ucapan selamat hari ibu 4

Selamat Hari Ibu. Tiada kasih yang mampu menandingi kasih seorang ibu. Semoga Allah mengampuni segala dosamu dan memelihara dirimu di dunia dan akhirat.

kad ucapan selamat hari ibu 5

Ibu, engkaulah bidadari yang Allah pinjamkan kepadaku. Terima kasih atas segala segalanya, ibu.

kad ucapan selamat hari ibu 6

Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu. Semoga saya sentiasa menjadi anak yang tidak lalai dan terus berbakti kepadamu.

kad ucapan selamat hari ibu 7

Ibu, setiap peluh dan lelahmu tidak pernah sia-sia. Semoga Allah membalasnya dengan ganjaran syurga yang kekal abadi.

kad ucapan selamat hari ibu 8

Tiada kata yang mampu menandingi cinta dan pengorbananmu, ibu. Selamat Hari Ibu. Moga Allah sentiasa memuliakanmu.

kad ucapan selamat hari ibu 9

Doaku untukmu, ibu. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, hati yang tenang dan redha Allah sentiasa menyertai setiap langkahmu hingga akhir hayat.

kad ucapan selamat hari ibu 10

Selamat Hari Ibu. Terima kasih kerana mendidik aku menjadi insan beriman. Semoga Allah sentiasa memeliharamu.

kad ucapan selamat hari ibu 11

Ibu, semoga engkau dikurniakan pahala seperti pahala jihad atas segala susah payahmu membesarkan kami.

kad ucapan selamat hari ibu 12

Ya Allah, sayangilah ibuku sebagaimana dia menyayangiku sewaktu kecil. Selamat Hari Ibu, ibu.

kad ucapan selamat hari ibu 13

Ibu, engkaulah cahaya yang membimbingku ke jalan Allah. Terima kasih dan semoga Allah memuliakanmu selalu.

kad ucapan selamat hari ibu 14

Ibu adalah nikmat terindah dari Allah. Lindungilahilah beliau, ya Allah, dan satukan hati kami di syurga-Mu nanti.

kad ucapan selamat hari ibu 15

Selamat Hari Ibu. Tiada hadiah yang dapat menandingi doa tulus ikhlas kepada Allah agar ibuku bahagia di dunia dan akhirat.

kad ucapan selamat hari ibu 16

Ibu, terima kasih kerana menjadi madrasah pertama dalam hidupku. Semoga Allah menempatkanmu bersama wanita-wanita yang dimuliakan di sisi-Nya.

kad ucapan selamat hari ibu 17

Hanya Allah yang mampu membalas segala pengorbananmu, ibu. Aku doakan semoga engkau mendapat syurga setiap hari.

kad ucapan selamat hari ibu 18

Ibu, jasamu tak terhitung. Semoga setiap peluhmu diganti dengan pahala yang berpanjangan dan berlipat ganda.

kad ucapan selamat hari ibu 19

Cintamu adalah rahmat Allah yang tiada bandingannya. Selamat Hari Ibu. Moga hidupmu diberkati di dunia dan akhirat.

kad ucapan selamat hari ibu 20

Aku mungkin tak mampu membalas segala jasamu, ibu. Tapi aku akan sentiasa mendoakanmu agar Allah merahmati dan merahmatimu selama-lamanya.

kad ucapan selamat hari ibu 21

Terima kasih, ibu tercinta kerana menjadi cahaya yang menerangi kegelapan hidupku, kekuatan yang menyokong saat aku lemah, dan kasih sayang yang tak pernah pudar setiap langkahku. Selamat Hari Ibu, ibu yang paling istimewa.

kad ucapan selamat hari ibu 22

Ibu, engkaulah pahlawanku yang sebenar. Tiada kata yang mampu menggambarkan pengorbanan dan cinta tulusmu. Terima kasih atas segalanya, ibu dan Selamat Hari Ibu.

kad ucapan selamat hari ibu 23

Hari Ibu bukan sekadar mengucapkan terima kasih tetapi juga menghayati setiap detik indah bersamamu. Semoga cinta dan kasih sayangmu sentiasa mengalir dalam hidupku. Selamat Hari Ibu, ibu yang aku sayangi.

kad ucapan selamat hari ibu 24

Setiap doa yang kupanjatkan, namamu sentiasa di hati. Terima kasih, ibu kerana menjadi sumber inspirasi dalam setiap langkah hidupku. Selamat Hari Ibu.

kad ucapan selamat hari ibu 25

Ibu, dalam setiap langkahku, engkau sentiasa bersamaku. Pengorbananmu tiada bandingnya dan kasih sayangmu tak bertepi. Selamat Hari Ibu, ibu yang paling hebat di dunia.

kad ucapan selamat hari ibu 26

Pada Hari Ibu ini, aku ingin menyampaikan rasa terima kasih yang tak terhingga. Engkau adalah teladan utama tentang kasih sayang dan pengorbanan. Selamat Hari Ibu, ibu tersayang.

kad ucapan selamat hari ibu 27

Pengorbananmu tak ternilai, kasih sayangmu tak berbelah bahagi. Selamat Hari Ibu kepada wanita penuh kekuatan dan cinta sejati.

kad ucapan selamat hari ibu 28

Kasih sayang seorang ibu adalah ladang yang penuh subur untuk menanam cinta sejati. Terima kasih atas segala yang engkau berikan. Selamat Hari Ibu.

kad ucapan selamat hari ibu 29

Hari ini, aku luahkan rasa terima kasih atas segala ajaran dan pengorbananmu yang mengajar aku erti cinta yang sebenar. Selamat Hari Ibu, buat ibuku yang tercinta.

kad ucapan selamat hari ibu 30

Ibu, engkau adalah contoh kekuatan dan ketabahan yang sebenar. Terima kasih atas segala sokongan dan kasih sayangmu. Selamat Hari Ibu.

kad ucapan selamat hari ibu 31

Pada Hari Ibu ini, aku ingin menyampaikan penghargaan yang tak terhingga kepada ibu yang sentiasa menjadi benteng dan pelindung dalam hidupku. Semoga bahagia selalu di sisi-Nya. Selamat Hari Ibu.

kad ucapan selamat hari ibu 32

Ibu, dengan kelembutan dan kekuatanmu, engkaulah yang selalu memberi sinar dalam gelapku. Terima kasih atas cinta dan pengorbananmu yang tiada ternilai. Selamat Hari Ibu.

kad ucapan selamat hari ibu 33

Kepada ibu tercinta, terima kasih atas segala detik lucu dan kenangan manis yang telah kita lalui bersama. Semoga ibu sentiasa dipenuhi keceriaan dan tawa bahagia.

kad ucapan selamat hari ibu 34

Ibu, dengan setiap tawamu, engkau mengisi hidupku dengan kebahagiaan. Terima kasih atas segala cahaya dan kebahagiaan yang engkau bawa ke dalam hidupku. Selamat Hari Ibu.

kad ucapan selamat hari ibu 35

Selamat Hari Ibu, ibu. Sayang ibu dunia akhirat. Halalkan makan minum dan segala kasih sayang yang ibu berikan. Kami berjanji akan terus berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa mengingati pesanan ibu.

kad ucapan selamat hari ibu 36

Ibu, setiap detik tanpa kehadiranmu adalah luka yang dalam di hati. Aku merindui dan mengasihi mu lebih dari kata-kata mampu ungkapkan. Semoga bahagia di sana, di sisi Tuhan, ibu tercinta.

kad ucapan selamat hari ibu 37

Ibu, setiap tahun yang berlalu membuatkan rasa rindu ini semakin mendalam. Terima kasih atas cinta dan pengorbananmu yang tak ternilai. Selamat Hari Ibu di syurga, ibu yang aku rindui.

kad ucapan selamat hari ibu 38

Ibu, tiada kata yang mampu menggambarkan betapa aku merindui dan menghargai segala pengorbananmu. Terima kasih dan Selamat Hari Ibu, ibu yang ku sayangi.

kad ucapan selamat hari ibu 39

Kehilanganmu meninggalkan luka yang sukar diubati. Aku merindui dan mengingati mu setiap hari. Selamat Hari Ibu, ibu. Along sentiasa menyayangi dan mengingati mu.

kad ucapan selamat hari ibu 40

Kepada ibu yang jauh di mata tetapi dekat di hati, Selamat Hari Ibu. Tanpa ibu, siapalah kami. Semoga Allah membalas setiap pengorbanan dan lelah ibu dengan pahala yang berlipat ganda. Amin.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."