Jadual TTA PLUS 2026 Cuti Hari Raya Aidilfitri & Diskaun Tol

Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dinasihatkan merancang perjalanan mereka dengan mengikut jadual Cadangan Waktu Perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) yang dikeluarkan oleh pihak pengendali lebuh raya PLUS bagi mengelak dari terperangkap dalam kesesakan teruk apabila pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Jadual Waktu Perjalanan Lebuhraya Plus

TTA terbukti berkesan apabila membantu pengguna menikmati perjalanan selesa dan lancar untuk pulang ke kampung, kembali semula ke ibu kota serta mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

Apabila setiap pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mematuhi jadual perjalanan ini, ia sekali gus dapat mengelakkan kenderaan yang menuju pelbagai destinasi di utara dan selatan daripada bertembung di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama.

TTA juga memainkan peranan yang penting dalam membantu mengagihkan trafik di lebuh raya kerana lonjakan jumlah kenderaan di lokasi dan pada masa yang sama sering menyumbang kepada kesesakan lalulintas pada musim perayaan dan waktu-waktu puncak.

diskaun tol raya aidilfitri 2026

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Kerajaan MADANI telah bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50% sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2026.

Diskaun ini akan berkuat kuasa bermula jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 dan berakhir pada jam 11.59 malam, 19 Mac 2026. Ia meliputi semua kenderaan persendirian Kelas 1 (Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang) di semua lebuh raya utama kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Plaza Tol Tanjung Kupang dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Semoga semua pengguna lebuh raya dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat, tiba ke destinasi masing-masing. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

diskaun tol plus raya aidilfitri 2026

Aplikasi MyPLUS: TTA Hari Raya Aidilfiri

Satu ciri baharu telah diperkenalkan iaitu MyPLUS-TTA yang boleh digunakan oleh para pengguna lebuhraya merancang perjalanan semasa musim perayaan. Ciri ini menggunakan data dan analisis dikumpulkan oleh PLUS pada musim perayaan lalu dan memberikan cadangan waktu perjalanan yang sesuai kepada pengguna lebuhraya sepanjang musim perayaan berlangsung.

Oleh itu, pengguna boleh memuat turun aplikasi PLUS bagi mengikuti cadangan waktu perjalanan disediakan oleh pihak PLUS pada musim perayaan kali ini.

aplikasi tta plus raya aidilfitri

Penerangan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan PLUS

  • Dari Lembah Klang Ke Negeri Lain (Perjalanan Pulang Ke Kampung)

Pengguna dari Lembah Klang (Kuala Lumpur) ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (utara) dan Johor disaran memasuki Lebuh Raya sebelum jam 9 pagi.

Manakala bagi pengguna yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya di antara jam 12 tengah hari hingga 3 petang.

  • Perjalanan Kembali Ke Lembah Kelang

Pengguna dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (utara) dan Johor balik ke Lembah Kelang disaran memasuki Lebuh Raya sebelum jam 9 pagi

Manakala lain-lain negeri yang tidak dinyatakan balik ke Lembah Klang disaran memasuki Lebuhraya selepas 10 pagi.

Tips Keselamatan Pengguna Lebuh Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri

  1. Rancang perjalanan berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA).
  2. Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
  3. Jangan berhenti di lorong kecemasan kecuali berlaku kecemasan.
  4. Berhenti rehat di R&R atau Hentian Sebelah sekiranya anda berasa mengantuk.
  5. Pastikan kad Touch ‘n Go dan RFID anda mempunyai baki yang mencukupi untuk perjalanan anda.
  6. Jangan memandu di lorong kecemasan kecuali diarahkan oleh polis atau pihak yang terbabit.
  7. Jangan mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat.
  8. Pakai tali keledar.
  9. Patuhi had laju yang ditetapkan.
  10. Hormati had anda dan had kemampuan kenderaan anda.
  11. Pandu dengan berhemah pada setiap masa.

Maklumat Lanjut

Sebagai rujukan dan jika mempunyai sebarang persoalan atau ingin mendapatkan maklumat terkini, sila rujuk pautan berikut:

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."