Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2025 (MTHQK)

Keputusan pemenang juara Tilawah Al-Quran 2025 peringkat kebangsaan. Siapakah Qari dan Qariah Johan Majlis Tilawah 2025 tahun ini

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2025 / 1446H, berlangsung bermula tarikh 27 April hingga 2 Mei 2025M di Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis. Seramai 42 qari dan 42 qariah akan mengambil bahagian pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025 kali ke 67

Pada tahun 2024, Johan Qari dari Negeri Sembilan adalah Mohamad Husaini bin Mahmur manakala Johan Qariah dari Terengganu ialah Nor Hidayah Binti Abdul Abd Rahman

Negeri Perlis telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun 2025

Majlis Tilawah Al-Quran & Hafazan Kebangsaan 2025 (MTHQK)

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan pembukaan MTHQK pada 27 April 2025. Siaran Langsung MTHQK boleh juga ditonton melalui TV Al Hijrah. Majlis Tilawah akan bersiaran bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan bersambung jam 2.30 hingga 4.30 petang. Majlis Hafazan pula akan bermula pada jam 9 hingga 11 malam

Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah pada 2 Mei 2025 disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Negeri Perlis

Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2025

Akan dikemaskini dari semasa ke semasa

QARI NAMA/ NEGERI MARKAH
JOHANAiman Ridhwan Bin Mohamad Ramlan (Perak)94.5%
KEDUAMuhammad Khairi Bin Maidin (Melaka)94%
KETIGAMuhammad ‘Ammar Mukhlis Bin Abdul Mohsin (Kedah)93%
QARIAH NAMA/ NEGERI MARKAH
JOHANWan Sofea Aini Binti Wan Mohd Zahidi (Terengganu)91.84%
KEDUANurul Husna Binti Sharif (Kedah)88.84%
KETIGAUmmi Radhwa Binti Mohd Zulkifli (Johor)88.51%
HAFAZAN HAFIZ HAFIZAH
Tahap 1-30 JuzukMuhammad Adib Bin Ahmad Rozaini (Perak)Putri Auni Khadijah Binti Mohd Hanif (Kelantan)
Tahap 1-20 JuzukMuhammad Imran Bin Hussin (Selangor)Siti Khadijah Binti Anuar (Selangor)
Tahap 1-10 JuzukMohammad Khayruddin Zakwan Bin Jaimis (Sabah)Shashahani Irdina Binti Shamsul Rizal (Selangor)
JUARA KESELURUHAN NEGERI
Tilawah & Menghafaz Al-QuranKedah Darul Aman (21 mata)

Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024

QARI NAMA/ NEGERI MARKAH
JOHANMohamad Husaini bin Mahmur / Negeri Sembilan89%
KEDUAAbdul Hadi Bin Che Ab Halim / Terengganu88.67%
KETIGAMohamad Syahees Bin Sabri/ Pahang86.67%
QARIAH NAMA/ NEGERI MARKAH
JOHANNor Hidayah binti Abd Rahman (Johan Menunggu)/ Terengganu85.66%
KEDUANadrah binti Ahmad Marzuki / Negeri Sembilan85%
KETIGANor Jannah binti Ab Rahman / Terengganu83.67%
HAFAZAN HAFIZ HAFIZAH
Tahap 1-30 JuzukMuhammad Rifae’i Bin Mat Zuki (Kedah)Putri Aminah Binti Mohd Hanif (Kelantan)
Tahap 1-20 JuzukMuhammad Asyraf Bin Amir (Johor)Fatihatul Badriyah Binti Mohd Abd Latif Hilmi (Selangor)
Tahap 1-10 JuzukAbdullah Afif Bin Mohd Ariffin (Melaka)Aisyah Nabihah Binti Noor Hisham (Negeri Sembilan)
JUARA KESELURUHAN NEGERI
Tilawah & Menghafaz Al-QuranNegeri Sembilan

Hadiah

Sebagai pemenang Johan qari dan qariah, wang tunai RM20,000, wang tunai tambahan RM10,000 bagi menunaikan ibadah haji, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan akan diberikan

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023

QARI NAMA/ NEGERI MARKAH
JOHANMuhamad Qayyim Nizar Bin Sarimi / Kelantan92.67%
KEDUAAiman Ridhwan Bin Mohamad Ramlan (Johan Menunggu) / Perak89.33%
KETIGAMohamad Husaini Bin Mahmur / Negeri Sembilan88.99%
QARIAH NAMA/ NEGERI MARKAH
JOHANNor Hidayah Binti Abdul Abd Rahman / Terengganu85%
KEDUANor Ruzana Natiah Binti Jaafar / Selangor84.33%
KETIGANurul Nadiah Binti Hashim / Johor84%
JUARA KESELURUHAN NEGERI
Tilawah & Menghafaz Al-QuranNegeri Sembilan

Hadiah

Sebagai pemenang Johan qari dan qariah, wang tunai RM20,000, RM10,000 wang tunai bagi menunaikan ibadah haji, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan telah diberikan

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak

Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022

Kejayaan sebagai Johan Qari dan Qariah melayakkan mereka mewakili Malaysia pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa. Pada tahun ini ianya akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 22 Oktober 2022

QARI NAMA/ NEGERI MARKAH
JOHANAiman Ridhwan Bin Mohamad Ramlan (Perak)89.34%
KEDUAMuhammad Umar Syazuli Bin Mohd Tahir (Pulau Pinang)89.00%
KETIGAAzraie Bin Abdul Hak (Melaka)86.67%
QARIAH NAMA/ NEGERI MARKAH
JOHANSofizah Binti Mousin (Selangor)85.00%
KEDUASarrul-Munirah Binti Haris (Melaka)84.33%
KETIGANurul Syafiqah Binti Nardi (Perak)82.34%
JUARA KESELURUHAN NEGERI
Tilawah & Menghafaz Al-QuranJohor

Hadiah

Johan qari dan qariah akan menerima wang tunai RM15,000, RM10,000 wang tunai bagi menunaikan ibadah haji, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Pemangku Raja Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim

Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2020

Kejayaan sebagai Johan Qari dan Qariah melayakkan mereka mewakili Malaysia pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa. Pada tahun ini ianya akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang dijadualkan berlangsung pada bulan April 2020 (ditangguhkan ke satu tarikh yang diumumkan kelak berikutan situasi semasa wabak COVID-19)

QARI NAMA/ NEGERI MARKAH
JOHANMuhammad Qayyim Nizar Bin Sarimi (Kelantan)90.66%
KEDUAMohamad Syaheed Bin Sabri (Pahang)89.34%
KETIGAMohamad Husaini Bin Mahmur (Negeri Sembilan)86.34%
QARIAH NAMA/ NEGERI MARKAH
JOHANPuteri Kalimatul Azzua Binti Hamid (Perak)88.34%
KEDUANurul Nadiah Binti Hashim (Johor)85.34%
KETIGANor Jannah Binti Abd Rahman (Terengganu)85.00%
JUARA KESELURUHAN NEGERI
Tilawah & Menghafaz Al-Quran Kelantan

Hadiah

Johan qari dan qariah akan menerima wang tunai RM17,000, tambahan tunai RM10,000 untuk menunaikan ibadah haji, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin

Gambar : Dari kiri – Johan Qari, Muhammad Qayyim Nizar Bin Sarimi yang cacat penglihatan dan kanan, Johan Qariah, Puteri Kalimatul Azzua Binti Hamid

Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2019

QARI NAMA/ NEGERI MARKAH
JOHANAbdul Khair Jalil (Selangor)89.68%
KEDUAMuhammad Qayyim Nizar Sarimi (Kelantan)87.66%
KETIGAWan Fakhrul Razi Wan Mohamad (WP)87.33%
QARIAH NAMA/ NEGERI MARKAH
JOHANNor Farhatul Fairuzah Binti Panut (Negeri Sembilan)86.67%
KEDUANor Faizah Binti Panut (Selangor)86.34%
KETIGAAwatif Binti Abdul Latif (Pulau Pinang)82.33%
JUARA KESELURUHAN NEGERI
Tilawah Al-Quran Selangor
Menghafaz Al-Quran Negeri Sembilan

Hadiah

Johan qari dan qariah akan menerima wang tunai RM15,000, tambahan tunai RM10,000 untuk menunaikan ibadah haji, simpanan emas RM1,400, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir

Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2018

QARI NAMA/ NEGERI MARKAH
JOHANAbdullah Fahmi Che Nor @ Shukri (Kelantan)87.50%
KEDUAHaji Azraie Dato’ Abdul Hak (Melaka)86.67%
KETIGADr Anuar Hasin (Perak)86.66%
QARIAH NAMA/ NEGERI MARKAH
JOHANSuhailah Zulkifly (Melaka)84.34%
KEDUANor Ruzan Natiah Jaafar (Selangor)84%
KETIGANorhidayah Abd Rahman (Terengganu)83.66%

 

JUARA KESELURUHAN NEGERI
Tilawah Al-Quran Kelantan
Menghafaz Al-Quran Johor

Hadiah

Johan qari dan qariah akan menerima wang tunai RM15,000, tambahan tunai RM10,000 untuk menunaikan ibadah haji, piala iringan dan sebuah kereta Proton Ertiga

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Kongsi Artikel