Setiap kali mendengar laungan azan berkumandang, kita merasakan suatu panggilan menyentuh hati yang mengajak kita menunaikan solat dan kembali kepada Allah SWT. Namun, tidak ramai menyedari bahawa selepas azan terdapat doa dianjurkan untuk dibaca.
Laungan Azan
Azan, secara bahasa bermaksud pemberitahuan atau seruan. Azan adalah seruan mengandungi kalimat-kalimat yang menandakan bahawa waktu solat fardhu telah tiba. Ia berfungsi sebagai panggilan kepada semua umat Islam menunaikan solat.
Iqamat pula adalah lafaz yang menunjukkan bahawa jemaah sudah bersedia melaksanakan solat.
Azan yang baik adalah azan disampaikan oleh seseorang mempunyai suara merdu dan jelas. Lafaznya haruslah dilakukan dengan penuh penghayatan tanpa berlagu berlebihan yang boleh mengubah makna asal kalimat-kalimat azan tersebut.
Doa Selepas Azan
Setelah azan selesai, kita disunatkan membaca doa sebagai tanda penghormatan kepada Nabi Muhammad SAW. Bacaan doa selepas azan adalah seperti berikut:
Bacaan Dalam Rumi
Allahumma rab’baha zihid da’ watitta’mah.
Wassola’til qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.
Innaka laatukhliful mi’ad.
Bacaan Dalam Arab

Maksud Doa
Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
Manfaat Membaca Doa Selepas Azan
Membaca doa selepas azan mempunyai banyak manfaat atau kelebihan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda bahawa barang siapa yang mendengar azan dan kemudian membaca doa selepasnya, dia akan memperoleh syafaat dari Baginda.
Ini menunjukkan betapa pentingnya amalan ini dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang Muslim.

Masa Mustajab Berdoa
Waktu selepas azan merupakan masa mustajab berdoa. Ini adalah waktu yang sangat baik buat kita memohon kepada Allah SWT agar doa-doa kita diperkenankan.
Oleh itu, adalah lebih afdhal jika kita menambahkan doa-doa lain selepas membaca doa azan seperti mengingatkan diri kita berdoa untuk ibu bapa, keluarga dan umat Islam seluruhnya.


