Calon-calon yang telah membuat permohonan, Kementerian Pendidikan Bahagian Matrikulasi akan mengaktifkan sistem Semakan Keputusan Calon Jaya Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2026-2027 secara dalam talian (online).
Keputusan Tawaran Matrikulasi 2026-2027
Semakan keputusan dan tawaran calon jaya Program Matrikulasi KPM sesi 2026/2027 boleh dilakukan bermula pada tarikh sepertimana ditetapkan.
Calon-calon atau pemohon dinasihatkan supaya tidak terlepas tarikh semakan bermula kerana apabila mengetahui status permohonan lebih awal bakal memudahkan mereka membuat perancangan seterusnya.
Berikut adalah rumusan maklumat berhubung dengan semakan keputusan calon jaya kemasukan Program Matrikulasi KPM.

Tarikh Semakan Keputusan Matrikulasi Calon Jaya
Semakan status permohonan dan tawaran calon jaya Program Matrikulasi KPM sesi 2026/2027 boleh dilakukan mulai ketetapan tarikh seperti berikut:
| Perkara | Butiran |
|---|---|
| Semakan Tawaran Matrikulasi | 27 April 2026 |
| Hari | Isnin |
| Masa | Mulai jam 2 petang |
Cara Semakan Keputusan Matrikulasi KPM
Calon-calon yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi sesi 2026/2027 boleh membuat semakan keputusan serta tawaran secara online melalui Sistem Permohonan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut adalah maklumat berkaitan.
| Perkara | Pautan |
|---|---|
| Halaman Utama | https://matrikulasi.moe.gov.my |
| Semakan Tawaran Dan Penempatan | https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/logmasuk.cfm |
| Info Berkaitan | Soalan Lazim + Jawapan Mengenai Program Matrikulasi |

Senarai Kolej Jurusan Matrikulasi

Permohonan Rayuan Calon Tidak Berjaya
Permohonan rayuan kemasukan turut dibuka kepada bagi pemohon yang tidak berjaya bagi pertimbangan ambilan seterusnya.
Ini adalah peluang kedua bagi calon yang tidak berjaya dalam pengambilan pertama. Rayuan ini boleh dibuat menerusi Sistem Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi yang sama.
| Perkara | Tarikh |
|---|---|
| Rayuan Calon Tidak Berjaya | 27 April 2026 hingga 6 Jun 2026 |
Maklumat Lanjut
Maklumat lengkap mengenai proses semakan, rayuan dan sebarang pertanyaan lain, pemohon diingatkan agar merujuk brosur dan Soalan Lazim (FAQ) yang disediakan. Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, anda boleh menghubungi pihak Bahagian Matrikulasi KPM melalui beberapa kaedah berikut:
- Emel: mohon.matrik@moe.gov.my
- Telefon: 03-8884 4083 / 4042 / 4041 / 4031
- Telegram: https://t.me/jommasukmatrikulasikpm
KPM turut menggalakkan semua calon-calon mengikuti media sosial rasmi Program Matrikulasi KPM bagi mendapatkan maklumat dan hebahan terkini. Berikut adalah platform media sosial rasmi yang boleh diikuti:
- Facebook Program Matrikulasi KPM
- X (Twitter): Program Matrikulasi KPM
- YouTube: Program Matrikulasi KPM
- Instagram: Program Matrikulasi KPM
- TikTok: Program Matrikulasi KPM
Senarai Dan Alamat Terkini Kolej Matrikulasi Setiap Negeri
Kolej matrikulasi seperti dalam senarai yang berikut:
Perlis
- Kolej Matrikulasi Perlis
Kementerian Pendidikan Malaysia,
02600 Arau, Perlis.
Tel: 04-9868613
Laman Sesawang: http://www.kmp.matrik.edu.my
Kedah
- Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia,
06010 Changloon, Kedah.
Tel: 04-9286100
Laman Sesawang: http://www.kmk.matrik.edu.my - Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.
Tel: 04-4682508
Laman Sesawang: http://www.kmkk.matrik.edu.my - Kolej MARA Kuala Nerang
Lot 556, Daerah Padang Terap,
06300 Kuala Nerang, Kedah.
Tel: 04-7867250
Laman Sesawang: http://www.kmkn.edu.my - Kolej MARA Kulim
Jalan Junjong,
09000 Kulim, Kedah.
Tel: 04-4906422
Laman Sesawang: http://www.kmkulim.edu.my
Pulau Pinang
- Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tel: 04-5756090
Laman Sesawang: http://www.kmpp.matrik.edu.my
Perak
- Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia,
31600 Gopeng, Perak.
Tel: 05-3594449
Laman Sesawang: http://www.kmpk.matrik.edu.my
Kelantan
- Kolej Matrikulasi Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Beg Berkunci No. 3,
16810 Selising, Kelantan.
Tel: 09-7808000
Laman Sesawang: http://www.kmkt.matrik.edu.my
Pahang
- Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
26300 Gambang, Pahang.
Tel: 09-5495000
Laman Sesawang: http://www.kmph.matrik.edu.my - Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
26400 Bandar Jengka, Pahang.
Tel: 09-4677103
Laman Sesawang: http://www.kmkph.matrik.edu.my
Selangor
- Kolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kathong Mukim Jugra,
42700 Banting, Selangor.
Tel: 03-31201410
Laman Sesawang: http://www.kms.matrik.edu.my
Negeri Sembilan
- Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel: 06-4841825
Laman Sesawang: http://www.kmns.matrik.edu.my
Melaka
- Kolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia,
78300 Masjid Tanah, Melaka.
Tel: 06-3832000
Laman Sesawang: http://www.kmm.matrik.edu.my
Johor
- Kolej Matrikulasi Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jalan Payamas,
84900 Tangkak, Ledang, Johor.
Tel: 06-9781613
Laman Sesawang: http://www.kmj.matrik.edu.my - Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
KM 5, Jalan Kukup, Mukim Rimba Terjun,
82000 Pontian, Johor.
Tel: 07-6881629
Laman Sesawang: http://www.kmkj.matrik.edu.my
Wilayah Persekutuan Labuan
- Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Peti Surat 81735, Jalan OKK Daud, Merinding,
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel: 087-465311
Laman Sesawang: http://www.kml.matrik.edu.my
Sarawak
- Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Lot 216, Fasa II, Taman Perindustrian Sejingkat,
93457 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-439100
Laman Sesawang: http://www.kmsw.matrik.edu.my


