Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) akan membuka permohonan UPU kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Setaraf untuk memohon Kemasukan Pelajar bagi Program Sijil/ Asasi/ Diploma & Ijazah Sarjana Muda ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) & MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).
Tarikh Penting UPU Sesi Akademik 2026
Pemohon proaktif sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh penting serta maklumat yang dikeluarkan oleh pihak UPU dalam proses permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Sistem UPU Online dibangunkan bagi memudahkan calon-calon membuat permohonan kemasukan ke UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK , KOLEJ KOMUNITI (KK) DAN MARA BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI (MARA BPT) secara dalam talian.
Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian oleh semua pemohon yang ingin membuat permohonan melalui sistem UPU Online sesi akademik 2026/2027:
| Tarikh | Perkara |
|---|---|
| 28 Januari 2026 – 15 Mei 2026 | Pembelian No unik ID BSN mula dijual dan dibuka. |
| 29 Januari 2026 – 23 Mac 2026 | Permohonan UPU Online Lepasan SPM |
| 29 Januari 2026 – 23 Mac 2026 | Permohonan UPU Online Lepasan STPM Setaraf Fasa 1 |
| 13 April 2026 – 15 Mei 2026 | Permohonan UPU Online Lepasan STPM Setaraf Fasa 2 |
| Fasa Semakan | |
| Semakan panggilan temuduga lepasan SPM | |
| Temuduga dan Ujian lepasan SPM | |
| Panggilan ujian Medsi lepasan STPM setaraf | |
| Ujian Medsi dimulakan | |
| Semakan Panggilan Temu Duga/ Ujian Khas Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf | |
| Temuduga dan Ujian lepasan STPM setaraf | |
| Pembukaan semula UPUOnline untuk lepasan SPM ditutup | |
| Semakan Panggilan Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf | |
| Hebahan status tawaran untuk lepasan SPM dan rayuan ke UA dan politeknik premier dibuka | |
| Rayuan lepasan SPM ditutup (Dalam tempoh 10 hari daripada hebahan keputusan diumumkan) | |
| Kemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar | |
| Kemaskini Maklumat Akademik (Lepasan STPM/STAM) & Muat Naik Dokumen (Diploma/ Setaraf) untuk program pengajian tanpa temuduga/ujian Dibuka | |
| Hebahan keputusan bagi rayuan lepasan SPM | |
| Hebahan kedua keputusan bagi rayuan lepasan SPM | |
| Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) Dibuka | |
| Kemaskini Pilihan Program Pengajian berdasarkan keputusan sebenar (Lepasan STPM/Diploma/ Setaraf) | |
| Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) Ditutup | |
| Kemaskini Dokumen (Diploma/ Setaraf) Ditutup | |
| Hebahan tawaran bagi lepasan STPM dan setaraf dan rayuan STPM dan setaraf | |
| UPUOnline Rayuan STPM / Setaraf Ditutup | |
| Hebahan Keputusan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf | |
| Hebahan tawaran Lepasan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 1 ditutup | |
| Hebahan tawaran Lepasan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 2 | |
Maklumat Lanjut
Pemohon disarankan sentiasa mengikuti laman web dan media sosial UPU untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai permohonan, tawaran, dan lain-lain info penting. BKPA, JPT juga akan menghebahkan maklumat-maklumat berkaitan melalui laman sesawang mereka.
Selain itu, menghadiri karnival pendidikan adalah satu cara yang baik untuk mendapatkan maklumat langsung dari wakil Institusi Pengajian Tinggi dan juga untuk bertanya soalan yang mungkin timbul.


