Panduan Terkini Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri menandakan berakhirnya bulan Ramadan. Salah satu amalan dilakukan pada hari istimewa ini adalah solat sunat Hari Raya yang dilaksanakan dua rakaat.

Hukum Dan Rukun Solat Hari Raya Aidilfitri

Solat Hari Raya Idulfitri adalah sunat muakkad yang membawa bermaksud ia sangat digalakkan dan lebih baik ditunaikan. Ia dilaksanakan dua rakaat dengan rukun dan syarat sama seperti solat fardu yang lima. Namun, terdapat beberapa amalan sunat tambahan perlu diperhatikan:

  1. Rakaat Pertama: Setelah takbiratul ihram, terdapat tujuh kali takbir yang dilakukan. Setiap kali takbir, jari telunjuk diangkat dan disertakan dengan lafaz tasbih.
  2. Rakaat Kedua: Pada rakaat kedua, terdapat lima kali takbir. Proses yang sama dilakukan dengan bertasbih di antara setiap takbir.
  3. Bacaan: Seperti solat fardu, selepas takbir, bacaan Al-Fatihah diikuti dengan surah pilihan dalam kedua-dua rakaat.

Khutbah Hari Raya Aidilfitri

Setelah menyempurnakan solat, khatib akan menyampaikan khutbah. Khutbah Hari Raya Idulfitri terdiri daripada dua bahagian, sama seperti khutbah Jumaat. Namun, terdapat beberapa perbezaan yang perlu diperhatikan:

  • Takbir: Khatib disunatkan memulakan khutbah pertama dengan takbir.
  • Mengingatkan: Khutbah ini biasanya mengandungi nasihat dan pengajaran untuk umat Islam, mengingatkan tentang pentingnya menjaga ukhuwah dan saling bermaafan.

Amalan Sunat Sebelum Solat

Sebelum menunaikan solat Hari Raya, umat Islam disunatkan untuk melakukan beberapa amalan berikut:

  • Mandi Sunat Hari Raya: Mandi dengan niat menyucikan diri sebelum menunaikan solat adalah amalan sunat dianjurkan. Ia bukan sahaja membersihkan tubuh tetapi juga memberi semangat baharu meraikan hari penuh keberkatan ini.
  • Memakai Pakaian Terbaik: Umat Islam digalakkan mengenakan pakaian paling baik dan bersih. Ini menunjukkan rasa syukur dan penghormatan terhadap hari yang mulia.
  • Bersedekah: Ini adalah tanda kesyukuran dan membantu mereka yang kurang bernasib baik.
  • Berziarah dan Bersalam: Setelah solat dan khutbah adalah digalakkan saling bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai.

Panduan Terkini Cara Menunaikan Sembahyang Hari Raya Aidilfitri

Berikut adalah panduan serta cara bagi menunaikan solat sunat Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri. Sebelum pergi ke masjid bagi menunaikan solat aidilfitri, umat Islam juga disunatkan mandi (mandi sunat Hari Raya Aidilfitri), membersihkan diri besertakan niat.

Lafaz Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri

نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى

  • Bahasa rumi: Nawaitul Ghusla li i’dil fitri sunnatallilahi ta’ala.
  • Maksudnya: Sahaja aku mandi sunat Aidil Fitri kerana Allah Ta’ala.

Waktu Solat Sunat Aidilfitri adalah seperti di bawah. Takbir Hari Raya adalah disunatkan dibaca mulai selepas solat fardhu isyak malam Hari Raya sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Artikel Berkaitan: Lafaz Takbir Raya Lengkap Beserta Maksud

Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (Jemaah) 

صَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ اِمَامًا / مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

  • Bahasa rumi: Usalli sunnatan li’aidil fitri rak’ataini imaman / makmuman lilla’hi ta’ala.
  • Maksudnya: Sahaja aku (sembahyang / solat) sunat Aidil Fitri dua rakaat sebagai  imam / makmum kerana Allah Ta’ala.

Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (Sendirian) 

صَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

  • Bahasa rumi: Usalli sunnatan li’aidil fitri rak’ataini lilla’hi ta’ala
  • Maksudnya: Sahaja aku (sembahyang / solat) sunat Aidil Fitri dua rakaat kerana Allah Ta’ala

kelebihan solat hari raya aidilfitri

Tatacara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Rakaat Pertama:

  1. Di mulai dengan lafaz takbir ratulihram dengan menyebut Allah hu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.
  2. Membaca doa iftitah.
  3. Lafaz takbir tujuh kali di selangselikan dengan bacaan tasbih.
  4. Membaca surah al- Fatihah.
  5. Membaca surah al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa).
  6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua:

  1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
  2. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih.
  3. Membaca surah al-Fatihah.
  4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah).
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
  6. Memberi salam.

Muat Turun Panduan Solat Sunat Aidilfitri

Untuk memuat turun, klik pada judul pautan berikut:

Video Lengkap Tatacara Dan Panduan Solat Sunat Aidilfitri

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."