Siaran Langsung Malaysia Vs China 14/11/2026 Persahabatan

Aksi Perlawanan persahabatan Antarabangsa Tier 1 pastinya mendapat perhatian daripada penyokong skuad Harimau Malaya apabila Malaysia menentang pasukan China di Zhaoqing New District Sports Centre pada 14 November 2026 (Sabtu).

Malaysia Vs China Aksi Persahabatan

Aksi persahabatan antarabangsa ini dilihat sebagai misi menamatkan kemarau 46 tahun tanpa kemenangan ke atas pasukan China. Sejak kemenangan bersejarah 3-1 pada tahun 1980, Malaysia tidak lagi mampu menewaskan musuh tradisi ini.

Berdasarkan perkembangan terkini, barisan skuad Harimau Malaya sudah pasti dapat menyesuaikan strategi bagi menghadapi pelbagai situasi permainan. China mungkin mengambil pendekatan menyerang, tetapi sekiranya Malaysia berjaya menjaringkan gol awal, momentum permainan mungkin akan berubah.

Di bawah kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe, Harimau Malaysa harus tampil dengan pendekatan taktikal dan disiplin. Ia penting agar barisan pemain yang diturunkan dapat mengawal permainan dari awal hingga ke penghujung.

Oleh itu, Malaysia perlu meminimalkan sebarang kesilapan yang boleh memberi peluang kepada China melakukan serangan balas atau kehilangan fokus di bahagian pertahanan boleh menjejaskan peluang melakar kemenangan di gelanggang lawan.

Cabaran Malaysia Vs China

Namun, dalam merealisasikan misi penting ini, Harimau Malaya terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran. Kehilangan beberapa pemain utama dari Johor Darul Ta’zim dan pemain Selangor yang terpaksa menarik diri akibat kecederaan menjadikan keadaan skuad negara semakin genting.

Meskipun demikian, Tan Cheng Hoe tiada pilihan selain meneruskan misi ini dengan menggabungkan pemain-pemain yang ada dan memanfaatkan kesempatan yang sedia ada.

siaran langsung malaysia vs china friendly match 2026

Live Streaming Malaysia Vs China 14 November 2026

Aksi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 membabitkan Malaysia menentang China berlangsung di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre pada hari Sabtu, 14 November 2026 bermula jam 8 malam turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Sukan+ RTM bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.

Ringkasan Perlawanan Malaysia Lwn China

Penyokong skuad Harimau Malaya turut boleh menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi di Malaysia atau saluran luar negara.

  • Perlawanan persahabatan Antarabangsa Tier 1: Malaysia Vs China
  • Tarikh: 14 November 2026 (Sabtu).
  • Venue: Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, China.
  • Sepak Mula: 8:00 Malam.
  • Siaran Langsung TV Malaysia: Sukan+ RTM.
  • Tontonan Secara Online: RTMklik atau Saluran Penyiaran China.

Keputusan Malaysia Vs China

Keputusan Malaysia Lwn China 2026 Friendly Match
Tuan Rumah8:00PMPelawat
ChinaMalaysia
Penjaring GolPenjaring Gol

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."