Siaran Langsung Live Atlet Malaysia Sukan SEA 2025 & Jadual

Sukan SEA 2025 atau Southeast Asian Games (SEA Games) yang berlangsung di Thailand dari 9 hingga 20 Disember 2025 merupakan platform utama bagi kontinjen Malaysia untuk memperlihatkan kemajuan, semangat juang dan kehebatan atlet-atlet negara di pentas Asia Tenggara.

Sukan SEA 2025 Sasaran 200 Pingat

Sasaran 200 pingat yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) adalah angka yang realistik selain optimis bahawa kontinjen negara mampu menamatkan saingan Sukan SEA Thailand 2025 dalam kedudukan negara lima terbaik.

Ia mencerminkan keyakinan tinggi terhadap pembangunan atlet, infrastruktur latihan dan program pemantauan prestasi yang telah dilaksanakan secara konsisten sepanjang tahun ini. Ia juga menunjukkan tekad Malaysia untuk memperbaiki pencapaian terdahulu.

Sasaran jumlah keseluruhan pingat yang dinyatakan juga didorong oleh peningkatan prestasi atlet Malaysia dalam pelbagai acara antarabangsa sebelum ini termasuk kejayaan mereka di kejohanan dunia, Asia dan kejohanan berprestij lain dalam acara sukan yang dipertandingkan.

Persiapan Dan Strategi Atlet Sukan SEA 2025

Persiapan rapi yang melibatkan pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan, badan sukan, jurulatih dan atlet sendiri menjadi asas utama kejayaan ini. Program latihan intensif, pemantauan prestasi secara berkala serta pemilihan atlet berbakat dari seluruh negara telah dijalankan sejak awal tahun. Selain itu, aspek psikologi turut diberi perhatian khusus bagi memastikan atlet berada dalam keadaan terbaik dari segi fizikal dan mental.

Atlet Malaysia yang menggalas cabaran negara pada Sukan SEA edisi ke-33 ini seharusnya mencatat keputusan lebih baik berbanding edisi di Kemboja, namun semuanya bergantung kepada prestasi masing-masing secara keseluruhannya.

pencapaian atlet sukan sea

Atlet-Atlet Harapan Sukan SEA 2025

Antara nama yang menjadi tumpuan ialah gandingan badminton yang telah mempamerkan prestasi cemerlang di kejohanan dunia dan Asia, atlet olahraga yang berusaha memecah rekod kebangsaan serta pelbagai atlet muda yang menunjukkan potensi besar dan semangat juang tinggi.

Harapan juga diletakkan pada sukan lain seperti pencak silat, terjun, karate, angkat berat, menembak, ekuestrian, golf, gimnastik, kriket, snuker dan e-sukan untuk menghadiahkan kilauan pingat emas kepada negara. Mereka semua menyedari bahawa kejayaan di Sukan SEA ini bukan sahaja memberi ganjaran berasaskan pingat tetapi juga membuktikan keupayaan mereka sebagai duta negara dan inspirasi kepada generasi muda.

Live Streaming Atlet Malaysia Sukan SEA 2025

RTM selaku penyiar rasmi akan menyiarkan laporan harian sukan SEA 2025 secara siaran langsung di televisyen dan juga secara live streaming di internet menerusi laman web penstriman rasmi RTMKlik melalui saluran-saluran seperti berikut:

Jadual Atlet Malaysia Sukan SEA Thailand 2025

Berikut adalah jadual harian penuh waktu Malaysia dikemaskini dari semasa ke semasa membabitkan Atlet Malaysia yang beraksi di Temasya dwitahunan Sukan SEA Thailand 2025 pada hari terakhir (Sabtu) 20 Disember 2025.

jadual sukan sea 20 disember 2025

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."