Jadual Siaran Langsung Badminton Piala Thomas 2026

Kejohanan Badminton Piala Thomas dan Piala Uber yang diadakan setiap dua tahun sekali, kini sudah memasuki edisi ke-34 bagi tahun 2026 terus menjadi medan persaingan utama bagi negara-negara terbaik dunia dalam arena sukan badminton.

Pasukan Badminton Lelaki Malaysia

Piala Thomas bakal memperlihatkan cabaran hebat dari pasukan-pasukan elit dunia termasuk pasukan Malaysia yang tidak pernah berhenti berjuang mencipta kejayaan bagi mengukuhkan kedudukan mereka di persada badminton antarabangsa.

Kejohanan Piala Thomas 2026 menyaksikan pasukan badminton lelaki Malaysia sekali lagi tampil bersemangat tinggi untuk mempertahankan maruah negara. Sebagai rekod pencapaian, Malaysia telah merangkul lima kejuaraan Piala Thomas sepanjang pembabitannya.

Kejayaan terakhir Malaysia dalam kejohanan ini adalah pada tahun 1992, satu pencapaian gemilang yang sentiasa menjadi inspirasi pasukan dan peminat sukan badminton tanah air.

kumpulan badminton piala thomas 2026

Saingan Malaysia Kumpulan B

Dalam edisi kali ini, skuad badminton lelaki Malaysia telah di undi berada dalam Kumpulan B bersama pasukan dari Jepun, England dan Finland. Saingan peringkat kumpulan ini akan menentukan nasib mereka untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir, pasukan Malaysia perlu menamatkan saingan di kedudukan pertama atau kedua dalam kumpulan. Bagi merealisasikan, ia menuntut aksi cemerlang dan strategi mantap dari barisan pemain terbaik negara agar setiap mata yang diperoleh mampu memastikan mereka terus melangkah ke peringkat seterusnya.

pemain badminton malaysia piala thomas 2026

Senarai Pemain Malaysia Piala Thomas 2026

Berikut adalah senarai skuad badminton lelaki yang mewakili Malaysia pada kejohanan edisi kali ini sepertimana diumumkan oleh Badminton Association of Malaysia (BAM).

Senarai Penuh Pemain Lelaki Malaysia Kejohanan Badminton Piala Thomas 2026
Kategori/AcaraNama Pemain
PerseoranganLee Zii Jia
Leong Jun Hao
Justin Hoh
Aidil Sholeh Ali Sadikin
BereguAaron Chia – Soh Wooi Yik
Goh Sze Fei – Nur Izzuddin Rumsani
Man Wei Chong – Tee Kai Wun

Piala Thomas 2026 Edisi Ke-34

Kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber 2026 ini diadakan di bandar Horsens Denmark, bermula dari 24 April hingga 3 Mei 2026. Pada edisi kali ini, pasukan Malaysia bakal berdepan dengan cabaran besar untuk menunjukkan kekuatan mereka di gelanggang berprestij ini dalam usaha mengharumkan nama negara.

Info Badminton Piala Thomas 2026
PerkaraButiran
Badminton Piala Thomas 202624 April – 3 Mei 2026
Edisi34
PeringkatAntarabangsa
Jumlah Negara Bertanding16
VenueForum Horsens
Tuan RumahHorsens, Denmark
Laman Web Rasmibwfthomasubercups.com

Jadual Siaran Langsung Dan Live Streaming Malaysia Piala Thomas 2026

Bagi peminat badminton tanah air yang ingin menyaksikan setiap detik aksi pasukan Malaysia, siaran langsung dan live streaming dijangka disediakan melalui pelbagai saluran media tempatan dan berbayar. RTM Sport, RTM TV1, RTM TV2, RTM TV Okey serta Astro Arena dan SuperSport bakal menayangkan setiap perlawanan secara langsung memastikan peminat tidak ketinggalan menyaksikan kehebatan pemain negara di gelanggang.

Perlawanan dari peringkat kumpulan, suku akhir, separuh akhir sehingga ke peringkat akhir akan disiarkan secara langsung sekali gus membolehkan peminat sukan badminton negara mengikuti perkembangan semasa kejohanan ini dari awal hingga ke akhir.

Jadual perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan diharapkan pasukan Malaysia mampu memberi persembahan terbaik serta meraih kejayaan yang membanggakan.

Jadual Siaran Langsung TV Dan Live Streaming Badminton Piala Thomas 2026 Waktu Malaysia
Tarikh MasaPasukanLive TVPasukan
Perlawanan Peringkat Kumpulan
25 April: Sabtu
MalaysiaEngland
27 April: Isnin
MalaysiaFinland
29 April: Rabu
JapanMalaysia

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."