Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan satu bentuk bantuan kewangan langsung bertujuan memberi manfaat kepada golongan benar-benar memerlukan khususnya isi rumah, warga emas tanpa pasangan dan individu bujang yang berpendapatan rendah dan sederhana serta memenuhi syarat kelayakan sepertimana ditetapkan.
STR dilancarkan bagi meneruskan dan memperbaiki usaha-usaha bantuan kewangan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Walaupun mempunyai matlamat serupa, STR menampilkan penambahbaikan dari segi sasaran dan pelaksanaan termasuk peningkatan jumlah bantuan diberikan. Ini menunjukkan komitmen kerajaan Malaysia MADANI bagi memastikan setiap rakyat yang memerlukan tidak tercicir daripada menerima manfaat ini.
Sasaran Sumbangan Tunai Rahmah 2026
Program STR menyasarkan isi rumah, warga emas tanpa pasangan dan individu bujang yang memenuhi syarat kelayakan dan kriteria ditetapkan. Penekanan utama adalah kepada mereka yang benar-benar memerlukan supaya mereka tidak terpinggir daripada manfaat pembangunan ekonomi negara. Melalui inisiatif ini, kerajaan berharap dapat memastikan keseimbangan sosial dan mengurangkan jurang pendapatan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Bagaimana Semakan Status STR?
Bagi mereka yang telah membuat permohonan baharu atau kemas kini adalah penting untuk mengetahui status permohonan masing-masing. Semakan status boleh dilakukan dengan mudah melalui beberapa mekanisme atau kaedah yang disediakan iaitu:
Melalui Portal Rasmi STR
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik butang Log Masuk untuk mengakses akaun MySTR masing-masing sepertimana anda membuat permohonan atau kemas kini sebelum ini.
- Pemohon perlu memasukkan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Setelah mengakses Dashboard MySTR, klik pada menu Semakan Permohonan.
- Paparan maklumat Status Permohonan akan dipaparkan.
Melalui Hotline
- Hubungi talian Hotline BKK di 1-800-88-2747 atau;
- MOF di 03-8882 4565 / 4566.
- Waktu operasi 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Hadir Ke Pejabat HASiL LHDNM
- Pemohon juga boleh mengunjungi pejabat HASiL Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat terkini tentang status terkini permohonan.
Penerangan Ringkas Status Permohonan STR 2026
Status permohonan yang dipaparkan memberi gambaran tentang perjalanan proses permohonan tersebut:
- Permohonan Diterima
Permohonan telah diterima dan sedang menjalani proses verifikasi. - Dalam Proses
Permohonan sedang disemak untuk kelayakan. - Lulus
Permohonan diluluskan selepas semakan kelayakan. - Tidak Lulus
Permohonan tidak memenuhi syarat kelayakan selepas proses semakan.
Rayuan STR 2026
Bagi mereka yang berstatus Tidak Lulus, disarankan untuk merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat rayuan. Selain itu, pemohon tidak boleh mengemas kini maklumat semasa status permohonan masih dalam proses. Tindakan kemas kini hanya boleh dilakukan selepas keputusan rasmi dipaparkan.
Jumlah Keseluruhan Pembayaran STR 2026
Berikut adalah lampuran jumlah amaun keseluruhan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026 berdasarkan kategori dan pendapatan isi rumah merangkumi jumlah anak.
Penafian: Maklumat dinyatakan pada artikel ini adalah berdasarkan rujukan penulis terhadap kenyataan rasmi yang dilaporkan oleh media arus perdana, maklumat dalam portal rasmi STR serta dari pengalaman dan pengetahuan penulis sendiri. Anda dinasihatkan membuat pertimbangan sewajarnya.
Pada masa yang sama, kami ingin menasihati anda, jangan sesekali memberikan maklumat butiran penting peribadi anda kepada individu atau pihak meragukan selain pastikan dan buat semakan semula pautan (link) atau url tersebut adalah capaian ke portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah yang sebenarnya iaitu: https://bantuantunai.hasil.gov.my