Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKNJ) telah membuat pengumuman berhubung dengan permohonan kemasukan murid Darjah 1 dan Tadika Agama Johor (TAJ) bagi sesi persekolahan tahun 2026.
Ini adalah peluang buat ibu bapa atau penjaga di negeri Johor untuk memastikan anak-anak dan jagaan masing-masing mendapat pendidikan agama yang berkualiti dan berterusan sejak usia dini, demi mempersiapkan mereka menjadi individu yang berilmu, berakhlak mulia dan beramal soleh.
Memiliki anak celik agama dan berakhlak mulia adalah impian setiap ibu bapa. Melalui pendaftaran ke SAKJ dan TAJ, ibu bapa berpeluang memberi pendidikan agama yang holistik dan berkesan kepada anak-anak mereka sejak awal lagi. Ia adalah langkah awal yang penting dalam membentuk akhlak mulia, menanam rasa kasih sayang kepada agama dan melahirkan generasi yang mampu memikul amanah agama di masa hadapan.
Permohonan Sekolah Agama Johor Dan Tadika Agama Johor
Tempoh permohonan kemasukan untuk sesi persekolahan tahun 2026 akan berlangsung selama empat bulan, bermula dari 01 Julai 2025 hingga 31 Oktober 2025 (sila rujuk lampiran iklan permohonan di atas). Oleh itu, ibu bapa dan penjaga disarankan agar mengambil peluang ini untuk membuat permohonan awal agar proses pendaftaran berjalan lancar dan teratur.
- Tempoh Permohonan
1 Julai 2025 hingga 31 Oktober 2025
Borang Permohonan SAKNJ Dan TAJ 2026
Permohonan Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKNJ) Dan Tadika Agama Johor (TAJ) hendaklah menggunakan borang permohonan. Oleh itu, Ibu bapa atau penjaga perlu hadir secara langsung ke sekolah agama pilihan masing-masing dalam tempoh yang telah ditetapkan. Ini bertujuan memastikan proses pendaftaran berjalan lancar dan memberi peluang kepada ibu bapa berinteraksi secara langsung dengan pihak sekolah.
Borang permohonan kemasukan boleh diperoleh di lokasi berikut;
- Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.
Sila rujuk: Senarai Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor - Tadika Agama Johor (TAJ) pastikan untuk memilih sekolah yang berdekatan dan sesuai dengan lokasi kediaman demi kemudahan anak-anak.
Sila rujuk: Senarai Tadika Agama Johor ( TAJ ) Negeri Johor
Setiap borang permohonan hendaklah diisi dengan maklumat yang tepat dan lengkap. Pastikan semua dokumen sokongan disertakan seperti sijil kelahiran, kad pengenalan ibu bapa/penjaga, dan dokumen lain yang berkaitan mengikut keperluan sekolah.
Siapakah Yang Layak Mendaftar?
- SAKJ Darjah 1: Kanak-kanak yang akan memasuki Tahun 1 di sekolah rendah pada tahun 2026 atau lahir pada tahun 2019. Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor memfokuskan pendidikan agama yang holistik, disusun khas untuk membentuk generasi yang celik agama dan berakhlak mulia.
- TAJ: Kanak-kanak berumur 6 tahun pada tahun 2026. Tadika Agama Johor berobjektif memastikan mereka memulakan pendidikan awal agama pada usia yang sesuai sekaligus membina asas keimanan dan akhlak sejak di usia muda.
Dokumen Yang Perlu Disediakan
Untuk memudahkan proses permohonan, ibu bapa atau penjaga perlu membawa dokumen-dokumen berikut:
- Salinan MyKid / MyKad anak.
- Salinan sijil lahir anak.
- Salinan MyKad ibu bapa / penjaga.
- Slip gaji ibu bapa / penjaga.
- Bil api atau air kediaman.
- Empat keping gambar berukuran pasport anak atau;
- Sebarang dokumen sokongan lain jika perlu.
Dengan penyediaan dokumen lengkap ini, proses pendaftaran permohonan dapat berjalan dengan lebih lancar dan efisien.
Maklumat Lanjut
Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan, ibu bapa atau penjaga boleh menghubungi pihak sekolah agama terdekat atau Pejabat Agama Daerah masing-masing. Mereka sedia membantu dan memberikan panduan lengkap berkaitan proses pendaftaran dan maklumat berkaitan.
Berikut pada serta pautan info berkaitan dengan permohonan ini yang mungkin dapat membantu anda mendapatkan maklumat dan pertanyaan lebih lanjut.
- Facebook Rasmi Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor
- Facebook Rasmi Tadika Agama Johor
Melalui kemasukan ke Tadika Agama Johor dan Darjah 1, anak-anak akan berpeluang menimba ilmu agama secara sistematik dan bersepadu. Pendidikan agama di peringkat awal adalah asas utama untuk membentuk sahsiah dan akhlak mulia, selain daripada memberi pendedahan kepada mereka tentang tauhid, akhlak, bacaan al-Quran, dan amalan-amalan sunnah yang dapat membentuk jati diri dan keperibadian unggul.