Borang Permohonan Online Taska & Tabika KEMAS 2027

Program pendidikan awal kanak-kanak di bawah KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat merupakan peluang terbaik membentuk asas pendidikan dan perkembangan sosial, emosi serta fizikal anak-anak anda sejak usia dini.

Kemasukan Taska Dan Tabika KEMAS

Penekanan kepada kurikulum standard pra-sekolah sepertimana digariskan oleh Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) setiap anak menerima pendidikan berkualiti bersesuaian dengan keperluan perkembangan mereka.

Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) adalah dua kategori utama program ini:

  1. TASKA (Umur 2-4 Tahun)
    Menyediakan penjagaan dan pendidikan awal untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun termasuk pemantauan kesihatan dan imunisasi.
  2. TABIKA (Umur 4-6 Tahun)
    Mengutamakan pendidikan bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dengan keutamaan untuk mereka berumur 5 dan 6 tahun serta memenuhi syarat kewarganegaraan Malaysia.

Setiap kelas di TASKA dan TABIKA mempunyai kapasiti terhad iaitu minimum 10 dan maksimum 30 orang kanak-kanak, bergantung kepada keluasan dalaman bilik darjah disediakan (3.5 meter per anak).

Secara ideal, bilangan 25 kanak-kanak dalam satu kelas dianggap sebagai jumlah terbaik bagi memastikan suasana pembelajaran kondusif dan efektif.

umur daftar masuk taska tabika kemas

Tarikh Permohonan Taska Dan Tabika KEMAS 2027

Tarikh permohonan dibuka dan ditutup akan dinyatakan dengan tepat sebaik sahaja hebahan pendaftaran dibuat.

Tarikh Permohonan Kemasukan Taska Dan Tabika KEMAS 2027
PerkaraTarikh
Dibuka1 Mei 2026
Ditutup31 Julai 2026

Syarat Dan Cara Permohonan TASKA TABIKA KEMAS 2027

Permohonan pendaftaran ini terbuka kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia atau anak-anak mempunyai salah seorang ibu bapa berstatus warganegara.

Umur Kemasukan Sesi 2027

  • TABIKA
    Kelahiran Tahun 2021 – 2023
    Pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun.
  • TASKA
    Kelahiran Tahun 2023 – 2025
    Asuhan dan didikan awal bagi kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.
  • KEUTAMAAN
    Untuk kanak-kanak 5 & 6 tahun
    Pengambilan umur 4 tahun ke TABIKA bergantung kepada kekosongan tempat.

permohonan tabika kemasa 2027 online

Permohonan Secara Online

Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) melalui Portal Sistem Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak rasmi KEMAS EduCeria di pautan berikut:

  • Pautan: https://ceria.kemas.gov.my
  • Ibu bapa / Penjaga boleh mendapatkan maklumat serta panduan lebih lengkap menerusi Portal Sistem Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak rasmi KEMAS EduCeria.

cara daftar online taska tabika kemas

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi, sila layari judul pautan berikut:

Menerusi pautan di atas, anda boleh mendapatkan maklumat lengkap, tepat selain boleh mengelakkan sebarang kekeliruan maklumat berhubung dengan:

  • Pengenalan
  • Kumpulan Sasar
  • Waktu Operasi TASKA / TABIKA KEMAS
  • Yuran TASKA / TABIKA KEMAS
  • Syarat-Syarat KEMASUKAN TASKA / TABIKA KEMAS
  • Borang Permohonan TASKA / TABIKA KEMAS
  • Senarai ALAMAT TASKA / TABIKA KEMAS di seluruh negeri di Malaysia

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terkini, sebarang pertanyaan atau bantuan, ibu bapa dan penjaga boleh terus merujuk kepada:

baju uniform budak tabika kemas

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."