Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan sebuah institusi pendidikan antara terbaik di Malaysia yang memainkan peranan penting dalam membentuk generasi pelajar berkualiti dan berpotensi. Sebagai institusi yang menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran terancang, terkawal dan sempurna, SBP bertujuan untuk memupuk serta mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh.
Dengan pendekatan holistik ini, pelajar bukan sahaja dibimbing dari aspek akademik tetapi juga dari segi pembangunan sahsiah, keperibadian dan nilai-nilai moral yang tinggi, sejajar dengan matlamat melahirkan warganegara seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
Sekolah Berasrama Penuh: Suasana Pembelajaran Terancang dan Berkualiti
SBP menawarkan satu suasana pembelajaran sistematik dan berdisiplin tinggi. Kurikulum yang dilaksanakan adalah bersepadu dan berfokus kepada pencapaian akademik cemerlang, disokong oleh fasiliti lengkap dan kondusif. Pelajar didedahkan kepada pelbagai aktiviti kokurikulum dan program pembangunan sahsiah yang bertujuan untuk memperkaya pengalaman mereka di luar bilik darjah. Pendekatan ini memastikan setiap pelajar mendapat peluang untuk membangun potensi diri secara menyeluruh, sama ada dari segi akademik, kepimpinan mahupun kemahiran insaniah.
Keberkesanan Pendekatan Holistik
Selain daripada pencapaian akademik yang tinggi, SBP juga memberi penekanan kepada pembangunan akhlak mulia dan nilai-nilai murni. Pelajar dididik agar mempunyai sifat bertanggungjawab, berdisiplin dan berintegriti. Melalui program-program dianjurkan, mereka didedahkan kepada aktiviti berperspektif keagamaan, kemasyarakatan dan kebudayaan sekali gus melahirkan modal insan berketerampilan dan berakhlak mulia. Pendekatan ini sangat penting dalam membentuk individu yang tidak hanya cemerlang dari segi akademik malah mampu menjadi warga negara bertanggungjawab dan berintegriti tinggi.
Menyediakan Modal Insan Berkualiti Tinggi
Kelebihan utama SBP adalah keupayaannya untuk melahirkan modal insan berkualiti. Pelajar mendapat pengajian di institusi ini biasanya mempunyai daya saing yang tinggi dalam pelbagai bidang sama ada akademik, sukan, seni mahupun kepimpinan. Mereka ini mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan menyumbang kepada pembangunan negara. Melalui latihan yang intensif dan bimbingan berterusan, pelajar SBP dididik untuk berfikir secara kritis, inovatif dan bertanggungjawab terhadap masyarakat serta negara.
Permohonan SBP Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Tahun 2026
Seiring dengan usaha memastikan kelangsungan kecemerlangan pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) membuka peluang kepada calon-calon cemerlang yang berminat untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 SBP bagi tahun 2026. Ini adalah peluang terbaik untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di institusi berprestasi tinggi yang mampu membentuk mereka menjadi individu berilmu, berakhlak dan berketerampilan.
Syarat Permohonan SBP Tingkatan 1 Dan 4
Syarat Umum Sekolah Berasrama Penuh (Perdana / Akademik)
- Warganegara Malaysia.
- Mencapai aras toleransi PKSK
- Berpotensi cemerlang akademik.
- Aktif dalam kegiatan Kokurikulum.
Syarat Umum Sekolah Berasrama Penuh (Agama)
- Warganegara Malaysia.
- Mencapai aras toleransi PKSK.
- Berpotensi cemerlang akademik.
- Aktif dalam kegiatan Kokurikulum.
- Syarat Khusus
Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
Syarat Umum Sekolah Berasrama Penuh (Pakej Tahfiz Model Ulul Albab)
- Warganegara Malaysia.
- Mencapai aras toleransi PKSK.
- Berpotensi cemerlang akademik.
- Aktif dalam kegiatan Kokurikulum.
- Syarat Khusus
Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). - Cemerlang dalam temu duga khas (ujian TMUA).
- Hanya calon yang disenarai pendek (berdasarkan pencapaian PKSK) akan dipanggil untuk temu duga khas (ujian TMUA).
- Sila dapatkan maklumat lengkap: Syarat Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1
- Sila dapatkan maklumat lengkap: Syarat Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4
Tarikh Bila Permohonan SBP 2026
- Dibuka: 1 Ogos 2025
- Ditutup: 7 September 2025
Tarikh permohonan dibuka dan ditutup yang dinyatakan adalah tepat berdasarkan iklan permohonan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cara Buat Permohonan Online SBP 2026 Tingkatan 1 Dan 4
Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun pengambilan 2026 boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman sistem permohonan spskt KPM yang dibuka pada tarikh yang dinyatakan di atas.
Pautan Sistem Borang Permohonan SBP Tingkatan 1 Dan 4
Sistem Permohonan SBP untuk kemasukan tahun 2026 akan dibuka dan diaktifkan bermula pada tarikh serta waktu yang akan dinyatakan.
- Permohonan Tingkatan 1:
https://spskt1.moe.gov.my - (Penting!) Sila rujuk: Panduan Permohonan
- Akses: Borang Permohonan
- Pemohon disarankan mendapatkan maklumat terperinci melalui menu-menu yang tersedia dalam laman sistem permohonan.
- Permohonan Tingkatan 4
https://spskt4.moe.gov.my - (Penting!) Sila rujuk: Panduan Permohonan
- Akses: Borang Permohonan
- Pemohon disarankan mendapatkan maklumat terperinci melalui menu-menu yang tersedia dalam laman sistem permohonan.
Peringatan Permohonan
- Pemohon disarankan memahami dan meneliti senarai panduan yang disertakan dan perlu juga merujuk kepada maklumat sistem sebelum melengkapkan butiran permohonan online.
- Ditegaskan, sila luangkan masa bagi memahami, meneliti dan membaca dahulu langkah-langkah untuk membuat permohonan.
- Saranan adalah bertujuan untuk mengelakkan pemohon daripada membuat sebarang kesilapan yang berpotensi menyebabkan permohonan akan ditolak.
- Sila ikuti arahan-arahan yang telah diberitahu dan apa tindakan selanjutnya melalui maklumat-maklumat yang disertakan dalam sistem permohonan online.
Maklumat Lanjut Tentang Permohonan
Jika anda menghadapi sebarang masalah atau mempunyai pertanyaan serta maklumat lanjut berkaitan Permohonan Kemasukan ke SBP 2026, sila layari judul pautan di bawah:
- Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
- Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia atau;
- Dapatkan maklumat hubungi dan aduan melalui laman sistem permohonan yang sama.
Secara keseluruhannya, SBP memainkan peranan penting dalam membentuk pembangunan holistik pelajar yang mampu menghadapi cabaran masa depan. Dengan suasana persekolahan terancang, terkawal dan lengkap, pelajar didedahkan kepada pengalaman pembelajaran menyeluruh dan berimbang.
Ini sejajar dengan matlamat utama pendidikan Malaysia iaitu melahirkan warga negara yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta mampu menyumbang secara positif kepada pembangunan bangsa dan negara. Oleh itu, peluang kemasukan ke SBP pada tahun 2026 merupakan satu langkah strategik yang patut diambil oleh pelajar cemerlang demi masa depan yang gemilang.