Program Geran Padanan Ganti, Tukar Kereta Lama Usia 20 Tahun

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memperkenalkan satu inisiatif berpotensi memberi impak besar kepada rakyat dan industri automotif tempatan. Program Geran Padanan Penggantian Kenderaan Lama adalah satu langkah proaktif menggalakkan rakyat Malaysia beralih kepada kereta baharu yang lebih selamat, cekap tenaga dan mesra alam.

Program Geran Padanan Penggantian Kenderaan Lama

Kereta lama yang masih digunakan di jalan raya terutamanya berusia lebih 20 tahun seringkali dikaitkan dengan risiko kemalangan akibat kegagalan mekanikal dan kekurangan ciri keselamatan moden.

Selain itu, mereka juga menyumbang kepada pencemaran udara serta kurang cekap dari segi penggunaan bahan api. Fenomena ini bukan sahaja membahayakan nyawa pengguna jalan raya tetapi turut memberi kesan langsung kepada kesihatan awam dan alam sekitar.

Sehubungan itu, inisiatif Geran Padanan ini bertujuan mengurangkan jumlah kenderaan atau kereta uzur bergerak di jalan raya sekali gus meningkatkan keselamatan dan mengurangkan pencemaran.

Perincian Program Geran Padanan

Kerajaan melalui peruntukan sebanyak RM10 juta akan membantu kira-kira 5,000 pemilik kenderaan lama berusia lebih 20 tahun beralih kepada model baharu yang lebih selamat, cekap tenaga dan mesra alam.

Setiap pemilik yang layak akan menerima geran padanan sehingga RM2,000 daripada kerajaan. Nilai ini akan dipadankan oleh pengeluar kenderaan tempatan menjadikan jumlah insentif boleh dimiliki oleh penerima sehingga RM4,000 untuk pembelian kenderaan baharu.

Secara keseluruhannya, pemilik berpeluang menikmati manfaat insentif kewangan yang mampu meringankan beban kos pembelian kenderaan baharu selain menawarkan peluang memiliki kenderaan lebih moden dan selamat. Program ini juga secara langsung menyokong industri automotif tempatan terutamanya jenama nasional seperti Proton dan Perodua yang turut serta dalam usaha ini.

Kenyataan Media Kementerian Pengangkutan

kenyataan mot geran padanan

Syarat Kelayakan Dan Proses Pelaksanaan

Program ini khusus untuk jenama nasional yang memenuhi syarat tertentu. Proton, sebagai contoh, menawarkan hampir semua model layak menerima geran sehingga RM4,000 manakala model Proton Saga baharu dan EV e.MAS 5 layak menerima insentif sebanyak RM2,000 sahaja. Bagi Perodua, hanya model Aruz dan Ativa sahaja yang terlibat dalam program ini.

Proses pelupusan kenderaan lama dilaksanakan secara digital melalui Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Secara Dalam Talian (e-DeREG) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kenderaan lama yang diserahkan akan dilupuskan melalui Pusat Pelupusan Automotif Berlesen (AATF) bagi memastikan proses pelupusan yang selamat, mesra alam serta menghindarkan risiko kenderaan beredar secara haram.

program tukar kereta baru

Maklumat Lanjut

Pemilik kenderaan yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan digalakkan mengikuti maklumat terkini melalui portal rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia dan media sosial mereka. Maklumat lengkap berkaitan syarat, prosedur permohonan serta tarikh pelaksanaan akan dikemaskini secara berkala bagi memastikan rakyat mendapat manfaat maksimum daripada inisiatif ini.

Sebarang maklumat lebih terperinci, sila layari:

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."