Tema Hari Guru Tahun 2026 ‘Guru Bitara Nadi Negara’

16 Mei setiap tahun dipilih sebagai hari istimewa bagi merayakan dan menghargai jasa serta pengorbanan guru di seluruh negeri di Malaysia. Hari Guru merupakan penghormatan dan pengiktirafan terhadap golongan pendidik yang bertungkus-lumus mendidik anak bangsa ke arah pencapaian kecemerlangan dan kejayaan.

Sejarah Hari Guru Di Malaysia

Sejarah penetapan Tarikh 16 Mei sebagai Hari Guru di Malaysia bermula dari usaha masyarakat dan kerajaan untuk memberi penghormatan, menghargai jasa dan bakti guru dalam membentuk generasi serta memacu kecemerlangan bangsa.

sejarah hari guru malaysia

Di Malaysia, hari guru menjadi platform mengiktiraf komitmen dan dedikasi guru yang tidak berbelah bahagi mendidik anak bangsa termasuklah menghadapi cabaran zaman serba pantas dan teknologi semakin canggih.

Perubahan Zaman Namun Tugas Guru Tetap Utuh

Peredaran zaman dan kemajuan teknologi tidak pernah mengubah tugas utama guru iaitu mendidik dan membekalkan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Bahkan, era digital ini tanggungjawab guru semakin kompleks dan mencabar.

Guru tidak lagi sekadar pengajar di dalam kelas tetapi juga sebagai pembimbing, mentor dan rakan berkongsi cerita. Mereka perlu menguasai pelbagai kemahiran baharu, termasuk penggunaan teknologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Selain itu, guru perlu sentiasa kreatif dan inovatif merancang aktiviti pengajaran supaya pelajar tidak mudah jemu dan dapat memahami konsep dengan lebih berkesan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menekankan pentingnya inovasi dan penggunaan teknologi bagi meningkatkan kualiti pendidikan.

peranan tugas guru malaysia

Peranan Guru Dari Perspektif Pelajar

Dari sudut pandangan pelajar, guru lebih daripada sekadar pendidik. Mereka adalah rakan dan teman berbincang dan meluahkan perasaan. Guru memainkan peranan penting membentuk perkembangan emosi dan sahsiah pelajar.

Mereka mampu menjadi tempat pelajar mencari sokongan dan panduan menghadapi cabaran kehidupan, baik dari segi akademik mahupun peribadi.

Kajian menunjukkan bahawa hubungan yang baik antara guru dan pelajar mampu meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, guru harus mampu membina hubungan yang berasaskan kepercayaan dan saling hormat-menghormati agar suasana pembelajaran menjadi lebih kondusif.

Guru Bitara Nadi Negara

Bagi sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan tahun 2026, tema yang dipilih iaitu Guru Bitara Nadi Negara mencerminkan pengiktirafan terhadap peranan penting golongan pendidik sebagai agen perubahan dalam masyarakat.

tema hari guru 2026

Tema ini menegaskan bahawa guru bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu tetapi juga sebagai pemimpin perubahan yang mampu memperkenalkan inovasi dan memperkasakan pendidikan demi mencapai matlamat nasional.

Dalam Perkara ini, guru diharap dapat menjadi pemangkin kepada revolusi pendidikan yang lebih inklusif, berdaya saing dan relevan dengan keperluan zaman. Mereka harus sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan serta bersedia menerima cabaran baharu demi memastikan pelajar mendapat pendidikan terbaik.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 Tahun 2026

Hari Guru adalah hari untuk menghormati dan mengucapkan terima kasih kepada semua pendidik yang telah berkorban dan berbakti tanpa jemu. Mereka adalah tulang belakang pembangunan bangsa dan negara.

Semoga sambutan Hari Guru 2026 ini menjadi medan mengukuhkan lagi semangat kebersamaan dan komitmen memperjuangkan pendidikan berkualiti. Marilah kita bersama-sama menghargai jasa dan pengorbanan golongan pendidik, kerana mereka adalah sebenarnya pemacu utama transformasi dan kemajuan negara ke arah masa depan yang lebih cerah.

Sehubungan itu, bagi menggambarkan pengiktirafan kepada jasa guru, pada 16 Mei setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan sambutan Hari Guru dengan melengkapkan pelbagai program yang menjurus kepada penghargaan kepada guru.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2026
PerkaraButiran
Tarikh15 hingga 16 Mei 2026
LokasiPerak

Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat dianjurkan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-56 Tahun 2026 yang akan berlangsung dari 15 hingga 16 Mei 2026 di negeri Perak antaranya seperti lampiran di bawah (akan dikemaskini).

Senarai Tema Sambutan Hari Guru Setiap Tahun

Senarai Tema Sambutan Hari Guru Di Malaysia Setiap Tahun
TahunTema
2025Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
2024Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani
2023Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
2022Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
2021Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu
2020Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu
2019Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
2018Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
2017Guru Pembina Negara Bangsa
2016Guru Pembina Negara Bangsa
2015Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2014Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda
2012Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010Guru Pembina Negara Bangsa
2009Guru Pembina Negara Bangsa
2008Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2006Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2000Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997Guru Bestari Sekolah Bestari
1996Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989Guru Pembina Budaya Ilmu
1988Guru Pengasas Budaya Membaca
1987Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986Pendidikan Teras Nasionalisme
1985Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979Murid Sejahtera Negara Jaya
1978Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975Guru dan Pembangunan Negara
1974Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."