Pingat Sukan SEA 2025 Malaysia Kedudukan Pungutan Terkini

Sukan SEA 2025 atau Southeast Asian Games (SEA Games) edisi ke-33 diadakan di Thailand sambil memperlihatkan Kontinjen negara kini sudah bersedia menghadapi cabaran dalam acara sukan dwi-tahunan ini bagi mencapai objektif sasaran jumlah kutipan pingat sepertimana yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

tuan rumah sukan sea 2025 thailand

Thailand Negara Tuan Rumah Sukan SEA 2025

Thailand terpilih sebagai tuan rumah Sukan SEA 2025 buat kali keenam. Sebagai info, Thailand bukanlah kali pertama menjadi tuan rumah Sukan SEA. Ia pernah menjadi lokasi penganjuran pada tahun 1959, 1967, 1975 dan 1985 di Bangkok, menjadikan edisi 2025 sebagai yang ketujuh di negara ini dan kelima di Bangkok.

Melalui penganjuran temasya sukan ini di Bangkok dan Chonburi, Thailand turut mempunyai objektif lain iaitu mempromosikan kepelbagaian budaya dan keindahan alam yang dimiliki sekaligus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi sukan dan pelancongan utama di Asia Tenggara. Komitmen Thailand dalam menyambut temasya ini mencerminkan semangat persaudaraan ASEAN yang kukuh.

Jumlah Atlet Dan Sukan Temasya Sukan SEA 2025

Kira-kira 10,543 atlet dari 11 negara anggota ASEAN akan berentap dalam 574 acara pingat yang merangkumi 50 jenis sukan berbeza. Dari sukan olimpik seperti atletik, renang, badminton dan bola sepak hinggalah ke sukan tradisional Asia Tenggara seperti sepak takraw dan pencak silat.

Selain sukan utama, terdapat juga acara baharu yang akan dipertandingkan buat pertama kali seperti Teqball, sukan yang menggabungkan unsur tenis dan bola sepak ini dijangka mendapat perhatian peminat sukan.

Maskot Sukan SEA Thailand 2025

Logo dan maskot rasmi temasya ini telah dilancarkan sebagai simbol semangat dan identiti Sukan SEA 2025.

maskot sukan sea 2025

Tarikh Penting SEA Games 2025 Thailand

Tarikh rasmi Sukan SEA 2025 adalah dari 9 hingga 20 Disember 2025. Upacara pembukaan akan berlangsung di Stadium Rajamangala pada 9 Disember diikuti dengan pertandingan yang akan berlangsung selama 12 hari di dua lokasi utama. Upacara penutupan dirancang di Bangkok pada hari terakhir temasya ini, menandakan berakhirnya edisi ke-33.

Berikut adalah ringkasan mengenai tarikh penting sukan SEA 2025 di Thailand.

  • Tuan Rumah: Bangkok dan Chonburi, Thailand
  • Tema: Ever Forward
  • Bilangan Negara: 11
  • Bilangan Atlet: 10,543
  • Bilangan Acara: 574 dalam 50 sukan
  • Tarikh Pembukaan: 9 Disember 2025
  • Tarikh Penutupan: 20 Disember 2025
  • Stadium Utama: Stadium Rajamangala
  • Laman Web Rasmi : seagames2025.org

Sasaran Malaysia Pingat Sukan SEA 2025

Kontinjen Malaysia dengan penyertaan 236 atlet menetapkan sasaran 200 pingat secara keseluruhannya pada Sukan SEA 2025 di Thailand. Pengumuman sasaran 200 pingat ini dibuat selepas satu analisis menyeluruh terhadap prestasi atlet Malaysia sepanjang beberapa tahun terakhir.

Data prestasi semasa dan rekod pencapaian sebelum ini telah diambil kira bagi memastikan sasaran tersebut realistik dan mampu dicapai.

pencapaian atlet sukan sea

Carta Jumlah Pungutan Pingat Emas Perak Gangsa Malaysia Sukan SEA 2025

Berikut adalah senarai acara sukan disertai oleh barisan Atlet Malaysia dengan jumlah pungutan / kutipan pingat emas, perak dan gangsa yang berjaya diraih pada Sukan SEA 2025.

Statistik Pungutan Pingat Terkini Atlet Malaysia SEA Games 2025
Sukanpingat emaspingat perakpingat gangsaJumlah
Olahraga55616
Gimnastik43310
Skuasy4206
Menembak41813
Berbasikal – Trek4105
Muay Thai33410
Pencak Silat3216
Wushu3159
Renang23510
Karate21710
Boling2147
Kriket2114
Biliard/Snuker2057
Sepak Takraw2024
Terjun2013
Hoki Padang2002
Memanah1427
Badminton1269
Taekwondo1146
Kabbadi1146
Equestrian1113
E-Sukan1102
Hoki 5s1102
Polo1012
Judo1012
Luncur Ais1001
Bola Jaring1001
Pelayaran0527
Angkat Berat0325
Ping Pong0257
Berbasikal – Road0213
Lawan Pedang0202
Hoki Dewan0202
Jiujitsu0112
Water Ski & Wake Board0112
Catur0112
Berbasikal – MTB0101
Ragbi0101
Renang Artistik0101
Teqball0055
Petanque0044
Woodball0044
Kanu0033
Bola Keranjang 3×30022
Tenis0033
Kickboxing0022
Tinju0022
Besbol0011
Aquathlon0011
Triathlon0011
Duathlon0011
Windsurfer0011
Bola Sepak0011
Futsal0011
Floorball0011
Jumlah Keseluruhan Pingat5757117231

Jumlah Pungutan Pingat Sukan SEA 2025 Keseluruhan Negara

Carta Kedudukan Terkini Jumlah Pungutan Pingat SEA Games 2025 Keseluruhan Negara
No.Negarapingat emaspingat perakpingat gangsaJumlah
1Thailand233154112499
2Indonesia91111131333
3Vietnam8781110278
4Malaysia5757117231
5Singapore526189202
6Philippines5073154277
7Myanmar3214973
8Laos292839
9Brunei1359
10Timor Leste0178

Kemaskini Lengkap – 20 Disember 2025 (Sabtu) Jam 11:15PM.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."