Info Malaysia Vs Filipina Sukan SEA 2025 (Siaran Langsung)

Info Malaysia Vs Filipina Sukan SEA 2025 (Siaran Langsung). Keputusan. Artikel & info live streaming Malaysia Vs Philippines 18 Disember 2025 SEA Games.

Aksi terakhir Malaysia saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2025. Skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan kini bersedia menghadapi cabaran yang akan diterima. Perlawanan Malaysia menentang Filipina (Filipina) merupakan pertembungan penentuan pingat gangsa dalam acara ini.

Pingat gangsa adalah pilihan terakhir Harimau Muda. Mereka tiada pilihan lain dan perlu berikan segalanya, jika tidak mahu pulang dengan tangan kosong.

Bagi merealisasi kemenangan Pingat Gangsa, Pasukan Malaysia harus memberikan fokus maksimum, memperkemaskan segala aspek persiapan termasuk aspek pertahanan dan kekuatan fizikal.

Cabaran Malaysia Vs Philippines

Malaysia tidak harus memandang rendah terhadap keupayaan Filipina kerana pasukan ini layak ke peringkat separuh akhir sebagai juara kumpulan C, mereka memiliki kelebihan fizikal dan taktikal yang cukup ketara.

Kelebihan dimiliki menjadikan mereka pasukan yang sukar untuk ditewaskan dan Malaysia perlu mengatasi cabaran ini dengan memanfaatkan aspek kepantasan dan strategi corak permainan paling baik. Kepantasan pemain Malaysia boleh menjadi senjata utama untuk menyaingi tempo permainan Filipina yang cenderung mengutamakan kekuatan fizikal dan serangan balas pantas.

Siaran Langsung Malaysia Vs Filipina 18 Disember 2025

Perlawanan penentuan pingat gangsa temasya Sukan SEA Thailand membabitkan Malaysia menentang Filipina berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok pada hari Khamis, 18 Disember 2025 bermula jam 4.30 petang waktu Malaysia akan disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena (801), TV Okey dan Sukan RTM bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.

Perincian Malaysia Lwn Filipina Sukan SEA 2025

Penyokong skuad Harimau Muda boleh juga menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi SEA Games 2025 RTMKlik, AstroGO dan Sooka.

  • Perlawanan Pingat Gangsa SEA Games 2025: Malaysia Vs Filipina.
  • Tarikh: 18 Disember 2025 (Khamis).
  • Venue: Stadium Rajamangala, Bangkok Thailand.
  • Sepak Mula: 4:30 petang (waktu Malaysia).
  • Siaran Langsung: Astro Arena (801) dan Sukan RTM, TV Okey.
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka, AstroGO & RTMKlik.

Keputusan Malaysia Vs Filipina

Pasukan4:30PMPasukan
MalaysiaFilipina
Penjaring GolPenjaring Gol
pingat gangsa Pingat Gangsa:

Kongsi Artikel