Info Live Streaming JDT Vs Kuching FC Final Piala Malaysia 2026

TM Stadium Nasional Bukit Jalil bakal menyaksikan satu lagi detik pertembungan merebut kejuaraan berprestij dalam arena bola sepak Malaysia apabila dua gergasi tempatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC (KCFC) akan berentap pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2025-2026 edisi ke-99.

JDT Vs Kuching City FC Final Piala Malaysia 2026

Pertemuan antara JDT dan KCFC kali ini amat signifikan kerana ia menyatukan dua pasukan terbaik saingan Liga Super musim ini. JDT, sebagai juara bertahan dan pasukan yang tidak pernah berhenti mengekalkan reputasi, mereka sekali lagi muncul sebagai pilihan utama menambah koleksi trofi kejuaraan.

Mereka berusaha merealisasikan sasaran kemenangan keempat berturut-turut kejohanan utama musim ini. Prestasi cemerlang skuad Harimau Selatan menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja berazam mengekalkan kejuaraan tetapi juga ingin meninggalkan legacy tersendiri.

Sebaliknya, KCFC menjadi pakej kejutan musim ini mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila berjaya menembusi ke final buat kali pertama sejarah mereka.

Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan kekuatan pasukan dari Borneo itu tetapi juga menunjukkan bahawa kejayaan bola sepak adalah kepada semangat, strategi dan keberanian mencuba sesuatu yang baru.

jdt vs kuching fc final piala malaysia 2026

Perjalanan JDT Dan Kuching City FC Mara Final

JDT melangkah ke final selepas menewaskan KL City dengan agregat 8-1 sekali gus memperlihatkan dominasi mereka pada saingan Piala Malaysia musim ini.

Sementara itu, Kuching City FC pula berjaya menundukkan Selangor 2-1 dengan menampilkan kehebatan mereka sebagai pasukan yang mampu memberi tentangan sengit.

Perjalanan kedua-dua pasukan ini penuh cabaran dan kejutan tetapi mereka menunjukkan bahawa dengan tekad dan strategi yang betul, apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.

Kejuaraan Kekal Atau Sejarah Baharu Tercipta

Satu perkara yang pasti adalah kehangatan dan debaran bakal dirasakan oleh semua pihak. Sama ada JDT beraspirasi mengekalkan kejuaraan ataupun Kuching City FC berhasrat mencipta sejarah baharu.

Sebagai pasukan meraih pelbagai kejayaan domestik, JDT tidak asing lagi dalam arena bola sepak Malaysia. Berbekalkan reputasi sebagai pasukan yang sentiasa berusaha, JDT memburu satu lagi trofi Piala Malaysia bagi menambah koleksi kejayaan mereka.

Prestasi konsisten ditunjukkan oleh skuad Harimau Selatan ini, ditambah dengan keazaman mempertahankan kejuaraan, menjadikan mereka pilihan utama pada perlawanan akhir kali ini.

Kuching City FC membawa misi bersemangat dan tidak gentar menghadapi cabaran besar ini. Mereka percaya bahawa peluang menulis sejarah baharu di arena bola sepak Malaysia adalah sesuatu sangat berharga dan tidak boleh disia-siakan.

Berbekalkan taktikal dan semangat juang yang tinggi, pasukan ini berpotensi memberi kejutan besar kepada pasukan lawan bagi mengukir nama mereka sebagai juara.

bakal juara piala malaysia 2026

Siaran Langsung JDT Vs Kuching City FC 23 Mei 2026

Aksi Final Piala Malaysia 2025/26 membabitkan JDT menentang Kuching City FC berlangsung di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil pada hari Sabtu, 23 Mei 2026 bermula jam 9 malam.

Pertembungan akhir ini turut disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena (Bola) saluran 803, TV Okey dan Sukan RTM bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.

Perincian JDT Lwn Kuching City FC

Penyokong setia kedua-dua pasukan boleh juga menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman Astro GO, Sooka dan RTMklik.

  • Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025/26: JDT Vs Kuching City FC.
  • Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu).
  • Venue: TM Stadium Nasional, Bukit Jalil.
  • Sepak Mula: 9:00 malam.
  • Siaran Langsung: Astro Arena Bola (CH803), TV Okey dan Sukan RTM.
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka dan AstroGO atau Sukan RTM

Keputusan JDT Vs Kuching City FC

PasukanMasa PenuhPasukan
JDT30Kuching FC
Penjaring GolPenjaring Gol
80′ Marcos Guilherme
90+1′ Arif Aiman
90+5′ Stuart Wilkin

juara piala malaysia milik siapa

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."