Info JDT Vs Selangor Liga Super 2026 (Siaran Langsung)

Minggu ini menyaksikan satu lagi aksi menarik saingan Liga Super Malaysia, pastinya dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak tempatan. Fokus utama terarah kepada perlawanan membabitkan Selangor FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pasukan Pilihan JDT Vs Selangor Liga Super 2026

Analisis awal, JDT dilihat sebagai pasukan pilihan utama meraih tiga mata penuh di tempat lawan. Rekod tanpa kalah mereka pada saingan liga setakat ini menunjukkan betapa konsistennya skuad Harimau Selatan.

Namun, sebagai pasukan tuan rumah, Selangor FC sudah tentu sedaya upaya mahu meleburkan rekod tanpa kalah JDT. Skuad Red Giants bertekad berjuang habis-habisan di hadapan penyokong sendiri kerana ia mampu memberi suntikan semangat tambahan bagi mencipta kemenangan selain mengembalikan fokus pasukan selepas mengharungi beberapa perlawanan dengan prestasi tidak menentu.

Selangor Dan JDT Memburu Tiga Mata Berharga

Selangor FC amat memerlukan tiga mata berharga agar kekal bersaing rapat dalam perebutan tempat kedua. Persaingan sengit di antara pasukan-pasukan teratas kini menyaksikan setiap mata begitu berharga.

Kekurangan mata bakal membuka ruang kepada pihak lawan memisahkan jurang di antara mereka sekali gus menjejaskan peluang meraih kedudukan lebih baik di akhir musim.

Bagi JDT pula, mereka berhasrat meneruskan rekod tanpa kalah dan mempertahankan prestasi cemerlang. Kemenangan ke atas Selangor kali ini akan mengukuhkan lagi kedudukan di puncak liga selain membuktikan bahawa mereka masih kekal sebagai pasukan yang sukar ditandingi.

Siaran Langsung JDT Vs Selangor FC 4 Januari 2026

Perlawanan minggu ke-14 saingan Liga Super 2025/26 membabitkan pertembungan Selangor FC menentang JDT berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada hari Ahad, 4 Januari 2026 bermula jam 8.15 akan disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena (803) bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.

Perincian JDT Lwn Selangor Liga Super

Penyokong kedua-dua pasukan boleh juga menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi Sooka dan AstroGO.

  • Perlawanan ke-14 Liga Super: Selangor Vs JDT.
  • Tarikh: 4 Januari 2026 (Ahad).
  • Venue: Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
  • Sepak Mula: 8:15 malam.
  • Siaran Langsung: Astro Arena (803).
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka & AstroGO

Keputusan JDT Vs Selangor

Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Selangor02JDT
Penjaring GolPenjaring Gol
Nacho Méndez 7′
90+2′

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."