Info Live Streaming JDT Vs Al-Ahli Saudi FC ACLE 2026

Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di landasan penting dalam usaha mereka menembusi pusingan seterusnya Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE). Perlawanan suku akhir menentang juara bertahan, Al-Ahli Saudi FC bakal menentukan nasib skuad Harimau Selatan sama ada mampu melangkah ke peringkat separuh akhir.

Cabaran JDT Vs Al-Ahli Saudi FC Suku Akhir ACL Elite 2026

Perlawanan menentang Al-Ahli Saudi FC menjadi cabaran JDT yang turun selaku pasukan berstatus ‘underdog’ berikutan pasukan lawan memiliki barisan pemain bertaraf dunia dan berkualiti serta mengaplikasikan kemahiran permainan moden.

Al-Ahli sudah tentu tidak akan memberi peluang mudah kepada JDT apatah lagi mereka semestinya mahu mempertahankan kejuaraan yang dimiliki pada musim lalu. Xisco Munoz perlu menurunkan kesebelasan terbaik agar mampu mengimbangi kekuatan pasukan lawan.

Selain itu, barisan pemain JDT yang diturunkan perlu tampil bersama mentaliti kemenangan, berani menghadapi tekanan dan bermain dengan corak permainan berintensiti tinggi.

Kelebihan JDT Sebagai Pasukan Underdog

Biasanya, pasukan yang menjadi ‘underdog’ tidak mempunyai bebanan mental dalam usaha mendapatkan kemenangan kerana mereka dilihat sebagai pasukan yang lebih lemah. Sebaliknya, ia memberi kelebihan kepada JDT untuk beraksi tanpa tekanan dan lebih berani mencuba strategi yang berbeza. Kalau kita lihat, tekanan sebenar kini lebih kepada Al Ahli selaku juara bertahan.

JDT perlu mengekalkan disiplin dan mengatur strategi dengan rapi. JDT harus kurangkan kesilapan, manfaatkan setiap peluang yang ada dan memastikan bahagian tengah serta pertahanan mereka lebih rapat dan bekerjasama. Jika mampu melakukannya, peluang mencipta kejutan tidak mustahil direalisasikan.

jdt vs al ahli

Siaran Langsung JDT Vs Al-Ahli 17 April 2026

Aksi suku akhir saingan Liga Juara-Juara Asia 2025/26 membabitkan JDT menentang Al-Ahli Saudi FC berlangsung di Stadium King Abdullah Sport City, Jeddah pada hari Jumaat, 17 April 2026 bermula jam 10:45 malam waktu Malaysia.

Pertembungan ini turut disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena (Bola) saluran 803 bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.

Perincian JDT Lwn Al-Ahli ACLE

Penyokong setia dan peminat skuad Harimau Selatan boleh juga menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman Astro GO dan Sooka.

  • Perlawanan SukuAkhir ACL Elite 2025/26: JDT Vs Al-Ahli Saudi FC.
  • Tarikh: 17 April 2026 (Khamis).
  • Venue: Stadium King Abdullah Sport City, Jeddah.
  • Sepak Mula: 10:45PM (Waktu Malaysia).
  • Siaran Langsung: Astro Arena Bola (CH803) dan AstroGo.
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka dan AstroGO atau saluran penyiaran Arab Saudi.

Keputusan JDT Vs Al-Ahli Saudi FC

Pasukan10:45PMPasukan
Al-AhliJDT
Penjaring GolPenjaring Gol

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."