Musim bola sepak 2025/26 menjanjikan sebuah persaingan mendebarkan di pentas Liga Malaysia (Liga-M) dan kejohanan bola sepak berprestij lainnya. Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi mewarnai dunia bola sepak tempatan dengan limpahan pemain terbaik, baik dari dalam negara mahupun luar negara. Ini bukan satu kebetulan tetapi hasil daripada kesungguhan dan komitmen ditunjukkan oleh pemilik pasukan, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Kekuatan Skuad Harimau Selatan: Johor Darul Ta’zim
Dengan sejarah kejayaan cemerlang, JDT bukan hanya sebuah pasukan bola sepak tetapi simbol kebanggaan negeri Johor dan Malaysia keseluruhannya. Dalam usaha untuk mengekalkan dominasi mereka, Pengurusan JDT telah melaburkan sumber penting untuk membawa masuk pemain-pemain berkualiti yang mampu memberi impak besar dalam setiap perlawanan. Dengan kehadiran pemain tempatan berbakat dan import berpengalaman, skuad ini bersedia untuk mengharungi musim mencabar.
Kehadiran pemain-pemain baru dalam skuad Harimau Selatan pastinya menambah variasi dan strategi permainan. Pemain import mempunyai pengalaman beraksi di liga-liga ternama dunia tidak hanya membawa kemahiran teknikal tetapi juga mentaliti kemenangan diperlukan untuk mencapai kejayaan.
Jurulatih JDT Yang Berpengalaman
Selain itu, kehadiran jurulatih berpengalaman Xisco Munoz merupakan satu langkah strategik yang tepat. Pengalaman beliau dalam mengendalikan pasukan di liga-liga antarabangsa memberi harapan kepada peminat untuk melihat JDT beraksi dengan lebih agresif dan berstrategi. Xisco Munoz dikenali dengan pendekatan taktikal inovatif dijangka mampu menyerlah potensi setiap pemain menjadikan skuad Harimau Selatan lebih kompetitif di setiap perlawanan.
Misi Kejuaraan Berganda
Objektif utama pasukan untuk musim 2025/26 adalah untuk memburu kejuaraan berganda. Dengan barisan pemain mantap dan jurulatih berpengalaman, misi ini bukanlah sesuatu mustahil. Setiap kejohanan disertai oleh JDT dari Liga-M hingga ke kejohanan Asia Tenggara menjadi pentas untuk menunjukkan kehebatan dan keupayaan pasukan.
Peminat bola sepak di Malaysia pastinya menantikan aksi-aksi menarik daripada Harimau Selatan dengan harapan agar pasukan sokongan mereka dapat mengukir nama di pentas bola sepak Asia. JDT telah membuktikan bahawa mereka bukan sahaja mampu meraih kejayaan di peringkat domestik tetapi juga berpotensi untuk bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik di Asia.
Senarai Terkini Pemain Johor Darul Ta’zim Musim 2025/26
Musim 2025/26 menjanjikan cabaran menarik bagi Johor Darul Ta’zim. Dengan barisan pemain terdiri daripada kombinasi pengalaman dan bakat muda, pasukan ini berhasrat untuk meneruskan legasi kejayaan mereka di pentas liga domestik dan juga di peringkat Asia. Setiap pemain mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri dalam memastikan pasukan terus relevan. Semoga JDT dapat mencapai kejayaan diimpikan dan terus menjadi kebanggaan peminat bola sepak di Malaysia.
Dengan semangat juang tinggi dan sokongan padu dari penyokong, JDT bertekad untuk meneruskan legasi kejayaan yang telah dibina sejak sekian lama. Semua ini menjadikan Skuad Harimau Selatan sebagai pasukan yang tidak boleh dipandang remeh dalam arena bola sepak tempatan dan antarabangsa. Musim ini, mereka bukan sahaja bermain untuk kemenangan tetapi juga untuk mengukir sejarah yang akan dikenang oleh generasi akan datang.
Berikut merupakan senarai penuh nama-nama pemain bola sepak yang mewakili pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim ini mengikut kedudukan atau posisi terkini.
Nama Pemain | Umur | Warganegara |
---|---|---|
Penjaga Gol | ||
Christian Abad Amat | 19 | Malaysia Spain |
Syihan Hazmi | 29 | Malaysia |
Andoni Zubiaurre | 28 | Spain |
Zulhilmi Sharani | 21 | Malaysia |
Pertahanan | ||
Matthew Davies | 30 | Malaysia Australia |
Shahrul Saad | 32 | Malaysia |
Antonio Glauder | 29 | Spain |
Park Jun-heong | 32 | South Korea |
Shane Lowry | 36 | Australia Ireland |
Feroz Baharudin | 25 | Malaysia |
Jon Irazabal | 28 | Malaysia Spain |
La’Vere Corbin-Ong | 34 | Malaysia Canada |
Jonathan Silva | 31 | Argentina Italy |
Raúl Parra | 25 | Spain |
Junior Eldstål | 34 | Malaysia England Sweden |
Syahmi Safari | 27 | Malaysia |
Tengah | ||
Afiq Fazail | 30 | Malaysia |
Hong Wan | 25 | Malaysia England |
Enzo Lombardo | 28 | France |
Hector Hevel | 29 | Malaysia Netherlands |
Iker Undabarrena | 30 | Spain |
Teto | 24 | Spain |
Nazmi Faiz | 31 | Malaysia |
Eddy Israfilov | 33 | Azerbaijan Spain |
Mohamadou Sumareh | 30 | Malaysia Gambia |
Ibrahim Manusi | 23 | Malaysia |
Nacho Méndez | 27 | Malaysia Spain |
Naxto Insa | 39 | Malaysia Spain |
Aysar Hadi | 22 | Malaysia |
Ager Aketxe | 31 | Spain |
Daryl Sham | 22 | Malaysia Philippines |
Penyerang | ||
Bergson da Silva | 34 | Brazil |
Jairo | 33 | Brazil |
Romel Morales | 28 | Malaysia Colombia |
Óscar Arribas | 26 | Philippines Spain |
João Figueiredo | 29 | Malaysia Brazil |
Heberty | 37 | Brazil |
Arif Aiman Hanapi | 23 | Malaysia |
Miguel Cuesta | 24 | Spain |
Samu Castillejo | 30 | Spain |
Celso Bermejo | 20 | Spain Malaysia |
Manuel Hidalgo | 26 | Argentina |
Moussa Sidibe | 30 | Mali Spain |
Ardaitz Villorejo | 19 | Colombia |