Panduan Permohonan Baru STR 2026 Dari Pengalaman Penulis

Panduan Permohonan Baru STR 2026 Dari Pengalaman Penulis. Panduan dan langkah buat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2026 & jumlah duit STR 2026 ikut kategori.

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan satu bentuk bantuan kewangan langsung yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia MADANI kepada golongan benar-benar memerlukan. Ia merupakan kesinambungan daripada inisiatif-inisiatif sebelumnya seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi dengan penambahbaikan dari segi sasaran dan pelaksanaan serta peningkatan jumlah pembayaran amaun bantuan.

STR adalah inisiatif kerajaan Malaysia MADANI untuk memberi manfaat kepada Isi Rumah, Warga emas tiada pasangan dan Individu bujang berpendapatan rendah dan sederhana yang memenuhi syarat kelayakan sepertimana ditetapkan.

Penulis antara jutaan penerima STR berterima kasih kepada kerajaan Malaysia MADANI pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang membantu menyokong kewangan isi rumah berdepan dengan cabaran kos sara hidup. Melalui pelaksanaan yang telus dan adil, STR diharapkan dapat memberi impak positif kepada taraf hidup penerima serta mengurangkan beban kewangan yang mereka tanggung.

Objektif Utama Sumbangan Tunai Rahmah 2026

Objektif utama Program Sumbangan Tunai Rahmah adalah untuk memastikan bahawa golongan paling memerlukan tidak terpinggir daripada arus pembangunan ekonomi negara. Antara objektif utama program ini termasuklah:

  • Membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam menampung kos sara hidup harian.
  • Mengurangkan kadar kemiskinan dan memastikan keseimbangan sosial dalam masyarakat.
  • Memberi rangsangan ekonomi melalui peningkatan perbelanjaan isi rumah berpendapatan rendah.

Penerangan Syarat Kelayakan STR 2026

Mengetahui kategori dan syarat kelayakan adalah perkara penting bagi memastikan permohonan anda berpeluang diluluskan tanpa sebarang masalah. Setiap kategori mempunyai kriteria tersendiri untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan benar-benar memerlukan dan layak.

syarat str 2026

Isi Rumah

Pertama sekali, kategori isi rumah merangkumi individu yang berkahwin atau mereka tergolong dalam keluarga tunggal. Contohnya, ibu atau bapa tunggal, balu, janda dan duda mempunyai anak. Untuk layak memohon, isi rumah tersebut mestilah mempunyai pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah. Ini bermakna, mereka yang berada di bawah garis pendapatan tersebut berpeluang mendapatkan manfaat daripada program ini.

Sebagai contoh, sebuah keluarga dengan pendapatan RM4,500 sebulan dan mempunyai anak-anak masih bersekolah berpeluang untuk memohon STR 2026. Ia adalah satu peluang yang amat baik untuk memastikan keluarga tersebut mendapat sokongan dan bantuan sewajarnya daripada kerajaan terutamanya dalam menghadapi kos sara hidup semakin meningkat.

Warga Emas Tiada Pasangan

Selain itu, kategori warga emas tanpa pasangan turut diberi perhatian khas. Mereka termasuk individu berumur 60 tahun ke atas berstatus bujang, ibu atau bapa tunggal, balu, janda atau duda tidak mempunyai anak. Pendapatan mereka juga perlu berada di bawah RM5,000 sebulan untuk layak.

Ini adalah usaha kerajaan untuk memastikan golongan warga emas yang hidup bersendirian mendapatkan sokongan ekonomi dan sosial. Sebagai contoh, seorang warga emas berumur 65 tahun yang hidup bersendirian dan mempunyai pendapatan RM3,500 sebulan berpeluang memohon STR 2026 untuk membantu menampung kos perubatan, makanan dan keperluan harian lain.

Bujang: Individu Belum Berkahwin

Bagi golongan belum berkahwin, kategori ini melibatkan mereka yang berumur 21 hingga 59 tahun. Bagi individu bujang termasuk mereka mempunyai status OKU berumur 19 tahun ke atas, mereka juga layak memohon dengan syarat pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500.

Namun, perlu diingat bahawa individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan sedang belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS) tidak dibenarkan memohon sebagai individu bujang. Sebaliknya, mereka akan dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan dalam permohonan isi rumah. Ini bermakna, pelajar sepenuh masa tidak boleh memohon secara individu tetapi peranan mereka diambil kira dalam kategori keluarga yang mereka tinggal bersama.

Panduan Dan Cara Permohonan STR 2026

Sekiranya anda merupakan pemohon baharu Sumbangan Tunai Rahmah dan memenuhi syarat kelayakan sepertimana yang ditetapkan anda boleh membuat permohonan STR secara dalam talian (online) mahupun secara manual (guna borang) bermula pada tarikh 13 Oktober 2025 (dibuka sepanjang tahun). Berikut kami sertakan panduan ringkas dan tepat serta langkah-langkah untuk membuat permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah secara online.

permohonan baru str

Layari Portal Rasmi

  • Langkah pertama yang perlu anda (pemohon baharu) lakukan ialah melayari portal rasmi STR 2026 di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Nota: Di laman utama portal ini, anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat lain yang berkaitan.

pengesahan permohonan baru str

Di Laman Utama MySTR 2026

  • Klik pada butang Permohonan Baharu
  • Sila klik butang Ya, Teruskan untuk meneruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID
    atau klik butang Permohonan dengan MyDigital ID untuk meneruskan permohonan menggunakan MyDigital ID.
  • a) Paparan akan ke halaman Permohonan Baru jika pemohon baru klik butang Ya, Teruskan.
  • b) Paparan kod QR MyDigital ID akan dipaparkan jika pemohon klik butang Permohonan Baru dengan MyDigital ID, di mana pemohon akan terus didaftarkan ke akaun STR.

halaman permohonan baharu str

Halaman Permohonan Baru

Maklumat Pemohon

  • Isikan nombor MyKad (12 digit) dan klik Semak.
  • Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data daripada JPN dan tidak boleh dipinda.
  • Jika data tidak wujud, hadir ke cawangan LHDNM berhampiran.
  • Sekiranya permohonan sebelum ini wujud dalam pangkalan data STR 2025, paparan maklumat akan dipaparkan.
  • Isikan nombor telefon rumah dan nombor telefon bimbit.
  • Pilih pekerjaan.
  • Pilih pendapatan kasar bulanan isi rumah (termasuk pemohon dan pasangan). Medan ini akan dipaparkan selepas anda pilih status perkahwinan.
  • Pilih status perkahwinan: Kahwin, Cerai, Kematian Pasangan atau Bujang.
  • Jika pilihan adalah Kahwin, Cerai atau Kematian Pasangan, isikan tarikh yang sesuai.
  • Isikan alamat surat-menyurat dan poskod.
  • Maklumat bandar dan negeri akan dipaparkan secara automatik berdasarkan poskod yang dimasukkan.
  • Pilih nama bank dan nombor akaun yang aktif.
  • Masukkan alamat emel.
  • Klik Teruskan untuk ke halaman seterusnya.
  • Jika tiada pasangan, halaman berikutnya adalah Maklumat Waris; jika ada pasangan, halaman berikutnya adalah Maklumat Pasangan.

maklumat pasangan str

Maklumat Pasangan

(jika status perkahwinan adalah Kahwin)

  • Pilih jenis pengenalan pasangan (No. MyKad, MyPR, MyKAS, Sijil Lahir, No. Pasport).
  • Isikan nombor pengenalan pasangan dan klik Semak.
  • Jika data wujud di JPN, maklumat Nama dan Jantina akan dipaparkan secara automatik.
  • Jika tidak, isikan secara manual.
  • Jika pengenalan pasangan adalah Sijil Lahir atau No. Pasport, salinan dokumen perlu dikemukakan ke LHDNM.
  • Jika maklumat pasangan sudah wujud dalam permohonan lain, permohonan tidak dapat diteruskan dan perlu rujuk LHDNM.
  • Seterusnya, lengkapkan maklumat dalam semua ruangan yang diperlukan.

maklumat anak str

Maklumat Anak

  • Masukkan nombor pengenalan anak (MyKad/MyKid sahaja).
  • Jika data wujud di JPN, maklumat Nama dan Umur akan dipaparkan.
  • Jika tidak, isi secara manual.
  • Pilih status anak: Anak Kandung atau Anak Angkat.
  • Batas maksimum 5 anak.
  • Klik Teruskan.

dokumen sokongan str terkini

Dokumen Sokongan

  • Pilih jenis dokumen berdasarkan status perkahwinan.
  • Muat naik dokumen dalam format PDF, JPG, JPEG, PNG (saiz kurang dari 3MB).
  • Fail yang berjaya diupload akan dipaparkan.
  • Boleh padam dokumen jika perlu.
  • Klik Teruskan.

maklumat waris str

Maklumat Waris

  • Pilih sama ada ada waris atau tiada waris dan sama ada maklumat waris adalah sama dengan maklumat pasangan.
  • Pilih hubungan waris: Pasangan, Ibu/Bapa, Anak, Adik Beradik, Cucu.
  • Jika sama dengan maklumat pasangan, maklumat akan diisi secara automatik dan tidak boleh dipinda.
  • Pilih jenis pengenalan waris dan isi nombor pengenalan serta nama waris.
  • Jika data wujud di JPN, maklumat nama waris akan dipaparkan automatik; jika tidak, isi secara manual.
  • Isikan nombor telefon waris.
  • Klik Teruskan.

pengesahan str

Pengesahan

  • Masukkan kod Captcha yang dipaparkan.
  • Jika salah, boleh reset Captcha dan masukkan semula.
  • Jika betul, klik Hantar.

permohonan str 2026 berjaya

Setelah permohonan dihantar berjaya, paparan berikut akan muncul:

  • Untuk mendaftar akaun MySTR, tekan Ya.
  • Untuk cetak maklumat permohonan, tekan Cetak.

Sila dapatkan infografik panduan lengkap pengguna: Cara Buat Permohonan Baru STR 2026 Secara Online

Jumlah Amaun Keseluruhan Pembayaran STR 2026

Berikut adalah lampuran jumlah amaun keseluruhan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026 berdasarkan kategori dan pendapatan isi rumah merangkumi jumlah anak.

jumlah amaun duit str 2026

Penafian: Maklumat dinyatakan pada artikel ini adalah berdasarkan rujukan penulis terhadap kenyataan rasmi yang dilaporkan oleh media arus perdana, maklumat dalam portal rasmi STR serta dari pengalaman dan pengetahuan penulis sendiri. Anda dinasihatkan membuat pertimbangan sewajarnya.

Pada masa yang sama, kami ingin menasihati anda, jangan sesekali memberikan maklumat butiran penting peribadi anda kepada individu atau pihak meragukan selain pastikan dan buat semakan semula pautan (link) atau url tersebut adalah capaian ke portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah yang sebenarnya iaitu: https://bantuantunai.hasil.gov.my

Semoga urusan dan proses permohonan baharu STR 2026 anda berjalan lancar serta dipermudahkan.

berhati-hati

Kongsi Artikel