Pakej UNIFI 2025 (Senarai Harga Plan Internet Terbaru)

Pakej UNIFI 2025 (Senarai Harga Plan Internet Terbaru). Plan Harga Package TM Murah terkini beserta kelajuan dalam mbps 5g. Jom langgan segera.

Dalam era digital yang semakin berkembang, akses kepada internet berkualiti tinggi adalah satu keperluan asas bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Sejak pelancaran UNIFI oleh Telekom Malaysia pada tahun 2010, perkhidmatan ini telah menjadi pilihan utama untuk jalur lebar, menggantikan Streamyx yang sudah tidak relevan. Kini, pada tahun 2025, UNIFI memperkenalkan pakej-pakej terbaru dengan harga yang lebih berpatutan, sesuai dengan matlamat kerajaan untuk memastikan setiap rakyat dapat menikmati internet tanpa sempadan.

Pakej UNIFI 2025: Senarai Harga Plan Internet Terbaru

Pakej UNIFI 2025 yang diperkenalkan oleh Telekom Malaysia adalah satu langkah positif ke arah menyediakan akses internet yang lebih baik dan berpatutan untuk semua rakyat Malaysia. Dengan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP), pengguna kini mempunyai lebih banyak pilihan dan dapat menikmati perkhidmatan jalur lebar yang berkualiti tanpa membebankan kewangan mereka.

Jadi, bagi anda yang sedang mencari pakej internet yang sesuai, pertimbangkanlah Pakej UNIFI 2025 sebagai pilihan utama. Dapatkan akses internet tanpa sempadan dan nikmati pengalaman digital yang lebih baik hari ini.

Penurunan Harga Melalui MSAP

Satu perkembangan yang sangat positif bagi pengguna adalah pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2023. Dengan pelaksanaan ini, harga maksimum bagi perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dapat diturunkan sehingga 50%. Ini memberikan peluang kepada pengguna untuk memilih pakej yang lebih berbaloi dengan tahap penggunaan mereka, tanpa memberi kesan terhadap kualiti perkhidmatan.

Pakej Unifi, Plan Harga Package Internet TM 2025 (Murah)

Di bawah adalah maklumat berkaitan Pakej UNIFI 2025 (Senarai Harga Plan Internet Terbaru) yang dikemaskini pada Januari 2025. Pakej yang ditawarkan adalah mengikut kelajuan jalur lebar yang bermula 100Mbps sehingga 2Gbps tertakluk kepada capaian lokasi. Turut disertakan adalah perkhidmatan yang disediakan bersama dalam pakej yang ditawarkan

Senarai Pakej Unifi Home

1. 100Mbps – RM89

  • Internet tanpa had
  • Kontrak selama 24 bulan
  • Kelajuan muat naik 50mbps
  • Kelajuan muat turun 100mbps
  • Standard Wi-Fi 6 router
  • Jaminan Perkhidmatan Bantuan 24 Jam

2. 300Mbps – RM139

  • Internet tanpa had
  • Kontrak selama 24 bulan
  • Kelajuan muat naik 50mbps
  • Kelajuan muat turun 300mbps
  • Wi-Fi 6 router
  • Jaminan Perkhidmatan Bantuan 24 Jam
  • Netflix Basic

3. 500Mbps – RM149

  • Internet tanpa had
  • Kontrak selama 24 bulan
  • Kelajuan muat naik 100mbps
  • Kelajuan muat turun 500mbps
  • Wi-Fi 6 router
  • Jaminan Perkhidmatan Bantuan 24 Jam
  • Pemasangan dalam masa 24 jam (bergantung kepada kekosongan pegawai pemasangan)

4. 1Gbps – RM249

  • Internet tanpa had
  • Kontrak selama 24 bulan
  • Kelajuan muat naik 500mbps
  • Kelajuan muat turun 1Gbps
  • Wi-Fi 6 router
  • Panggilan percuma 600 minit
  • Jaminan Perkhidmatan Bantuan dalam masa 12 jam waktu bekerja
  • Pemasangan dalam masa 24 jam (bergantung kepada kekosongan pegawai pemasangan)

5. 2Gbps – RM319

  • Internet tanpa had
  • Kontrak selama 24 bulan
  • Kelajuan muat naik 1Gbps
  • Kelajuan muat turun 2Gbps
  • Wi-Fi 6 router
  • Jaminan Perkhidmatan Bantuan dalam masa 12 jam waktu bekerja
  • Pemasangan dalam masa 24 jam (bergantung kepada kekosongan pegawai pemasangan)

Pakej UNIFITV

Berikut pula adalah pakej yang disediakan bersama langganan seperti  UNIFI TV, Disney Hotstar dan HBO MAX. Pelanggan akan menerima UNIFI TV Box secara percuma untuk dipasang bersama televisyen masing-masing

  1. 100Mbps – RM149.00
  2. 300Mbps – RM159.00
  3. 500Mbps – RM219.00
  4. 1Gbps – RM309.00
  5. 2Gbps – RM379.00

Untuk maklumat lanjut yang lebih jelas, sila rujuk grafik berikut :-

Pakej unifi 2025

Kenapa Pilih Pakej UNIFI?

Dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan, pengguna kini boleh memilih pakej yang paling sesuai dengan keperluan mereka. Sama ada untuk tujuan kerja dari rumah, pembelajaran dalam talian, atau hiburan, UNIFI menyediakan kelajuan yang cukup untuk semua aktiviti. Dalam dunia yang semakin bergantung kepada internet, memiliki sambungan yang stabil dan pantas adalah kunci untuk produktiviti dan hiburan yang tidak terputus.

Semak Liputan UNIFI

Sebelum melanggan, orang ramai boleh menyemak liputan jalur lebar yang disediakan oleh UNIFI mempunyai capaian yang baik atau tidak di kawasan yang didiami. Langkah ini penting supaya kelajuan jalur lebar yang dilanggan dapat dicapai pada tahap maksima dan memuaskan. Untuk membuat semakan liputan UNIFI, klik pada pautan di bawah

  1. Layari :  Portal Semakan Liputan UNIFI
  2. Klik pada “Fibre Broadband”
  3. Masukkan alamat rumah seperti nama jalan atau nama bangunan dengan tepat
  4. Klik “Check Now”

Maklumat lanjut

Untuk orang ramai yang berminat untuk melanggan Pakej UNIFI 2025 (Senarai Harga Plan Internet Terbaru), sila rujuk pautan di bawah atau hubungi talian bantuan seperti berikut

Kongsi Artikel