Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang membuka permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2026. Program ini menawarkan bantuan kepada golongan B40, penerima STR dan tanggungan mereka memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2, khususnya untuk motosikal berkapasiti tidak melebihi 250cc.
Program MyLesen B2 Motosikal Tahun 2026
Program ini memberi peluang kepada mereka dari kalangan B40, penerima STR dan tanggungan mereka memperoleh lesen motosikal secara sah. Selain itu, program ini juga menekankan aspek keselamatan dan tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya.
Program MyLesen B2 turut membantu mengurangkan beban kos latihan dan ujian yang biasanya melibatkan perbelanjaan ratusan ringgit. Ia seiring dengan usaha kerajaan memperkasakan rakyat terutama dari golongan B40 memiliki kemahiran memandu yang sah serta mematuhi peraturan jalan raya.

Syarat Kelayakan Program MyLesen B2 Pulau Pinang 2026
Bagi berminat menyertai program ini, terdapat beberapa syarat utama permohonan yang perlu dipenuhi iaitu:
- Warganegara Malaysia.
- Golongan B40 dan tanggungan.
- Belum memiliki sebarang Lesen Memandu.
- Berumur sekurang – kurangnya 16 tahun 1 Januari 2026.
- Sihat fizikal dan mental.
- Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM.
- Keutamaan kepada ahli Kadet JPJ, pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian.
Borang Dan Cara Permohonan Program MyLesen B2
Permohonan boleh dibuat secara langsung di cawangan JPJ Negeri Pulau Pinang atau melalui talian telefon di 04-3927777 / 04-3927657 / 04-3927687. Calon juga digalakkan membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 3 Mac 2026.
Oleh kerana bilangan peserta adalah terhad kepada 2,300 orang sahaja, pihak JPJ Pulau Pinang menasihatkan agar permohonan dibuat secepat mungkin agar tidak terlepas peluang menjadi peserta Program MyLesen.
Keutamaan dan Kelebihan Program
Program MyLesen B2 Tahun 2026 menyediakan latihan teori dan praktikal secara percuma termasuk ujian lesen motosikal kelas B2. Semua kursus dan ujian akan dijalankan oleh institusi latihan memandu yang diiktiraf oleh JPJ. Peserta tidak perlu risau tentang kos kerana segala perbelanjaan latihan, bahan pembelajaran dan ujian akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui program ini.
Setelah berjaya menamatkan latihan dan lulus ujian, peserta akan diberikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 yang sah sekali gus mereka dapat menunggang motosikal berkapasiti tidak melebihi 250cc secara sah dan bertanggungjawab.
Maklumat Lanjut
Bagi yang berminat atau memerlukan maklumat lebih terperinci, pihak JPJ Pulau Pinang menyediakan saluran komunikasi melalui talian di atas. Selain itu, maklumat terkini berkenaan program dan aktiviti JPJ boleh diikuti melalui platform media sosial rasmi mereka.


