Bantuan Lesen Motosikal Percuma 2026: MyLesen B2 Johor

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka permohonan kepada yang berminat mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2. Program MyLesen B2 peringkat negeri Johor 2026 adalah inisiatif menawarkan pembiayaan penuh bagi latihan dan ujian menunggang motosikal berkapasiti tidak melebihi 250 cc.

Program MyLesen B2 Motosikal Tahun 2026

Program ini adalah satu inisiatif berobjektif membantu golongan B40 dan tanggungan mereka (penerima STR) memperoleh lesen memandu motosikal secara percuma. Pelaksanaan program ini memberi manfaat besar kepada golongan memerlukan dengan menyediakan latihan dan ujian memandu secara percuma. Ia juga mampu mempercepatkan proses mendapatkan lesen.

Sepertimana diumumkan, permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2026 kini dibuka kepada orang ramai di Negeri Johor dan tertakluk kepada syarat-syarat asas ditetapkan. Namun, perlu diingatkan bahawa bilangan peserta yang diterima adalah terhad. Oleh itu, adalah penting untuk mereka yang berminat segera hadir ke cawangan JPJ Negeri Johor bagi mengemukakan permohonan sebelum kuota penuh diisi.

mylesen b2 johor 2026

Syarat Permohonan Program MyLesen B2 Johor 2026

Bagi yang berminat, berikut adalah syarat-syarat asas untuk memohon Program MyLesen B2 Tahun 2026 peringkat negeri Johor:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 16 tahun ke atas.
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan (penerima STR).
  • Sihat dari segi fizikal dan mental.
  • Belum memiliki sebarang Lesen Memandu.
  • Bebas daripada senarai hitam mahkamah, JPJ dan PDRM.
  • Keutamaan diberikan kepada kadet JPJ, pelajar sekolah dan pelajar IPT.

Cara Permohonan Dan Tempat Pengambilan Borang

Permohonan boleh dibuat di Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Johor dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Borang permohonan boleh didapatkan di cawangan JPJ Negeri Johor atau di JPJ cawangan berhampiran sebelum tarikh tutup pada 13 Februari 2026. Pastikan membawa dokumen sokongan seperti kad pengenalan dan dokumen yang berkaitan.

Sebarang pertanyaan berkenaan program ini boleh diajukan kepada Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Johor di talian 07-3606060. Pasukan JPJ Johor juga sentiasa bersedia membantu dan memberi panduan kepada pemohon yang memerlukan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terkini mengenai Program MyLesen B2 dan program-program lain di bawah JPJ, rakyat Johor dan seluruh rakyat Malaysia boleh mengikuti media sosial rasmi JPJ Negeri Johor.

Sumber: Facebook Rasmi JPJ Johor

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."