Gambar Reka Bentuk MyKad Baru 2026 & Ciri Keselamatan

Kerajaan Malaysia bakal memperkenalkan MyKad baharu mulai bulan Jun 2026. Inisiatif ini adalah langkah strategik memperkukuh keselamatan dan integriti data rakyat negara ini. Peningkatan ciri keselamatan baharu, MyKad generasi terbaru ini menjadi satu inovasi yang mampu menangkis pelbagai cabaran keselamatan siber dan pemalsuan dokumen yang semakin canggih.

Ciri-ciri Keselamatan Terkini Mykad Baru

Ciri keselamatan baharu yang diperkenalkan termasuk turihan laser, ultra ungu, hologram, guilloche, teks mikro, kod respons pantas (QR) serta cip dengan tahap enkripsi yang dipertingkatkan. Kesemua ciri ini dirancang supaya MyKad lebih sukar dipalsukan dan memudahkan pengesahan identiti secara cepat dan tepat.

Turihan laser dan hologram adalah ciri-ciri yang sangat padu dalam mencegah penipuan visual manakala teks mikro dan guilloche memberikan lapisan perlindungan tambahan melalui elemen-elemen yang sukar dikesan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kod QR respons pantas pula membolehkan pihak berkuasa melakukan pengesahan maklumat secara segera sekali gus mempercepatkan proses penguatkuasaan dan pengesahan identiti. Tidak ketinggalan, cip dengan tahap enkripsi yang lebih tinggi akan memastikan data peribadi rakyat disimpan dengan selamat dari ancaman siber yang semakin canggih.

Walau bagaimanapun, MyKad baharu tidak dilengkapi dengan elemen Touch N Go bagi memastikan fokus utama kekal kepada aspek keselamatan dan pengenalan diri.

ciri keselamatan terkini mykad baru 2026

Gambar MyKad Baharu 2026

Gambar reka bentuk Mykad Baharu akan disertakan sebaik sahaja ia diperkenalkan mulai bulan Jun 2026 nanti.

Tidak Perlu Tukar Mykad Baru Secara Serentak

Rakyat Malaysia tidak perlu tergesa-gesa menukar MyKad mereka selagi masih dalam berkeadaan baik apabila MyKad baharu dilancarkan mulai 1 Jun nanti. Ini kerana, mengikut undang-undang, pemilik MyKad hanya diwajibkan memiliki dokumen tersebut apabila mencapai umur 12 tahun dan tidak ada keperluan untuk menukarnya secara serentak.

Rakyat tidak perlu beratur secara besar-besaran dan memberi masa yang mencukupi untuk proses penggantian. Langkah ini adalah bagi memastikan proses transisi berjalan lancar dan tidak memberi tekanan kepada rakyat dan pihak berkuasa.

tak perlu tukar mykad baru jika masih baik

Mykad Baru 2026 Perkembangan Teknologi Dan Cabaran Semasa

Pelancaran MyKad baharu ini merupakan manifestasi komitmen kerajaan bagi memperkasakan keselamatan dokumen pengenalan diri rakyat Malaysia. Ia selaras dengan keperluan mengadaptasi teknologi terkini dalam melindungi identiti warga negara daripada ancaman jenayah seperti penipuan identiti dan pengubahan maklumat yang boleh mencetuskan implikasi serius terhadap keselamatan nasional dan kestabilan sosial.

Pelaksanaan ini juga menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan dalam memastikan sistem pengenalan diri yang lebih mantap, berintegriti dan mampu menyokong pelbagai keperluan moden termasuk urusan imigresen, perbankan, perundangan dan perkhidmatan awam yang lain. Ia juga mencerminkan usaha kerajaan dalam mempertingkatkan kepercayaan rakyat terhadap sistem keselamatan negara.

teknologi mykad 2026

Pengenalan MyKad baharu ini merupakan langkah proaktif kerajaan dalam mengekang aktiviti jenayah siber dan meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap sistem pengenalan diri. Ia juga memberi gambaran bahawa kerajaan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran global yang semakin kompleks dan memerlukan inovasi teknologi yang berterusan.

Selain itu, pelaksanaan ini turut memberi manfaat kepada pelbagai sektor termasuk perbankan, perundangan, keselamatan dan perkhidmatan awam yang lain, yang kini dapat mengintegrasikan sistem pengesahan identiti yang lebih selamat dan efisien.

Pelbagai Lagi Kad Baharu: MyPoCA Dan MyTentera

Selain MyKad, dua dokumen identiti penting lain iaitu MyPoCA dan MyTentera turut akan menampilkan versi baharu. Perubahan ini menandakan pendekatan menyeluruh dalam memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan yang digunakan oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dan profesion.

Evolusi Kad Pengenalan Malaysia

evolusi mykad malaysia

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."