Siaran Langsung Muzikal Lawak Superstar 5 / 2025 & Peserta

Siaran Langsung Muzikal Lawak Superstar 5 / 2025 & Peserta. Info live streaming Muzikal Lawak Superstar 5 serta senarai penuh kumpulan peserta, format dan juri.

Program realiti komedi merupakan satu genre sentiasa dinanti-nantikan oleh penonton kerana program ini mampu menceriakan suasana selain menjadi medium untuk menyampaikan mesej penting secara santai dan menghiburkan. Kali ini, Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim kelima kembali menghiburkan peminat mahupun penonton bermula pada 11 Oktober 2025 di Astro Prima (Saluran 105).

Tema Muzikal Lawak Superstar 2025: Clash of Empire

Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim kelima tampil dengan tema Clash of Empire. Tema ini bakal membawa penonton menyelami kisah kehebatan pahlawan legenda dunia yang diadaptasi ke dalam dunia lawak. MLS musim ini tidak terhad kepada jenaka sahaja tetapi juga menuntut peserta menggabungkan elemen muzikal dan lakonan kreatif dalam setiap cabaran mingguan.

Ia menampilkan konsep berbeza berbanding musim-musim sebelumnya, di mana setiap peserta diibaratkan sebagai pahlawan dari pelbagai empire dunia, berentap dalam perjuangan menegakkan maruah dan kehebatan mereka di atas pentas persaingan.

astro muzikal lawak superstar 5

Format Dan Cabaran Muzikal Lawak Superstar 5

MLS5 dengan tagline Arena Pahlawak Terbahak Kau Kaw menguji keupayaan peserta apabila menggabungkan elemen muzik dan lakonan kreatif dalam setiap cabaran mingguan. Setiap minggu, peserta akan berdepan dengan tema dan cabaran berbeza yang memerlukan mereka menampilkan kreativiti dalam melaksanakan tugasan.

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2025

MLS musim ini mempertemukan 10 kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang peserta dari latar belakang berbeza iaitu pelakon, penyanyi, pelawak dan pempengaruh media sosial. Kehadiran nama baharu seperti Maryam Kimchi, Aishah Azman, Waarn, Norreen, Zul Huzaimy dan Naqiu menambahkan lagi warna baharu dalam dunia komedi tempatan. Berikut adalah senarai nama kumpulan dan peserta Muzikal Lawak Superstar musim ke-5.

  1. Saiko (Dinasti Ming): Amma, Azhar Jalil, Aishah Azman
  2. Nanas (Dinasti Ottoman): Achey, Shashic, Namie
  3. Fiona (Ayutthaya): Chiwan, Man, Farid Along
  4. Roda (Roman): Naqiu, Sharif, Fad
  5. Jozon (Kedah Tua): Joey Daud, Norreen Iman, Zul Huzaimy
  6. Genzi (Mongol): Aziz M Osman, Ilham, Acong
  7. Kimbab (Joseon): Zulin Aziz, Maryam Kimchi, Nasz Sally
  8. Puteh (Mughal): Ali Puteh, Mamak Puteh, Ieda Moin
  9. Bahyim (Egypt): Nizam Jentik Jentik, Ayim Razak, Zahid
  10. Lompat (British): Mark Warn, Ayan Rahman, Danny Aidid

senarai peserta muzikal lawak superstar 2025

MLS5 turut menampilkan barisan bintang seperti Fad dan Achey Bocey, Man Raja Lawak, Ali Puteh, Chiwan, Shashic serta ramai lagi. Kehadiran mereka pastinya memberi saingan kepada peserta baharu. Lebih menarik lagi, kehadiran otai-otai legenda seperti Joey Daud dan Aziz M. Osman dijangka akan memeriahkan lagi pentas persaingan.

Pengacara Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 5

Program ini dikendalikan oleh Dato’ AC Mizal manakala barisan juri baharu yang lebih segar dan relevan dengan penonton masa kini turut menambah daya tarik program ini. Gandingan tiga wajah ikonik yang akan menilai kreativiti peserta termasuklah Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), pelawak terkenal Zizan Razak serta penyanyi dan pelakon popular Bella Astillah. Gabungan pengalaman dan gaya mereka dijangka akan menghasilkan penilaian yang adil.

Live Streaming Muzikal Lawak Superstar 2025

Muzikal Lawak Superstar musim kelima bersiaran secara siaran langsung dari Royal Theater, Shah Alam. Penonton boleh menonton secara penstriman internet melalui live streaming di Astro GO dan sooka. Terdapat juga program tambahan di sebalik tabir seperti kapsul Muzikal Lawak Superstar 5, Diari Muzikal Lawak Superstar dan Muzikal Lawak Superstar Live+ akan memberi peluang kepada penonton mengetahui persiapan peserta mengharungi cabaran secara lebih dekat.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Muzikal Lawak Superstar 2025 mulai 11 Oktober 2025, setiap Sabtu malam, hanya di Astro Prima dan platform digital Astro GO dan sooka.

Maklumat Siaran Langsung Muzikal Lawak Superstar 5

  • Muzikal Lawak Superstar Musim Ke-5 (2025).
  • Tempat: Royal Theater, Shah Alam.
  • Hari & Masa: Mulai 11 Oktober 2025, Setiap Sabtu, Jam 9:00 Malam.
  • Siaran Langsung: Astro Prima (saluran 105).
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka.my dan AstroGO.

Kongsi Artikel