Setiap minggu, pengguna akan menerima pengumuman mengenai kemas kini harga Petrol RON95, RON97 dan Diesel sama ada naik atau turun ataupun tiada perubahan sepertimana diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
Faktor Perubahan Turun, Naik Harga Minyak
Perubahan harga mingguan RON95, RON97 dan Diesel berlaku dari pelbagai faktor saling berkaitan. Harga minyak mentah dunia, kadar pertukaran mata wang, kos pengeluaran, pengedaran dan polisi kerajaan serta permintaan dan trend penggunaan. Semua ini memainkan peranan penting menentukan harga bahan bakar tersebut.
Selain itu, sentimen terhadap perubahan harga minyak turut memberi pelbagai kesan sama ada positif mahupun negatif kepada rakyat. Oleh itu, adalah penting kepada anda mendapatkan maklumat daripada sumber sahih dan berfakta seperti portal berita Malaysia Tribune bagi memastikan maklumat tersebut tepat serta boleh dipercayai.
Antara faktor-faktor utama mempengaruhi penetapan harga RON95, RON97 dan Diesel adalah seperti berikut:
Harga Minyak Mentah Global
Harga minyak mentah di pasaran antarabangsa salah satu faktor utama mempengaruhi harga minyak di dalam negara. Sebarang kenaikan atau penurunan harga minyak mentah memberi kesan langsung kepada harga runcit di stesen minyak.
Kadar Pertukaran Mata Wang
Kadar nilai ringgit Malaysia terhadap dolar AS juga memainkan peranan penting. Jika ringgit lemah berbanding dolar, kos import minyak akan meningkat seterusnya menyebabkan harga minyak naik dan begitulah sebaliknya.
Permintaan dan Penawaran
Permintaan global terhadap minyak juga dapat mempengaruhi harga. Situasi di mana permintaan melebihi penawaran, harga minyak cenderung meningkat.
Dasar Kerajaan
Kerajaan juga memainkan peranan menetapkan harga runcit melalui subsidi dan cukai. Perubahan dasar ini boleh menyebabkan harga minyak boleh berubah secara mendadak sama ada turun atau sebaliknya.
Penyasaran Subsidi Diesel
Kerajaan mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, dilihat memberi impak besar kepada rakyat dan ekonomi negara. Bermula pada 10 Jun 2024, penetapan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dibuat berdasarkan harga pasaran. Langkah ini diambil bertujuan memastikan keadilan dan ketelusan dalam pengagihan subsidi serta memberikan sokongan kepada golongan benar-benar memerlukan.

Apa Itu Penyasaran Subsidi Diesel?
Penyasaran subsidi diesel adalah satu mekanisme yang membolehkan harga runcit diesel ditentukan berdasarkan harga pasaran semasa. Ini bermakna, harga diesel tidak lagi ditetapkan secara tetap tetapi mengikuti perubahan harga di pasaran global. Ini merupakan satu langkah drastik diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan beban kewangan ditanggung akibat subsidi semakin meningkat.
Kerajaan juga menekankan bahawa sistem kawalan diesel bersubsidi masih dilaksanakan kepada pemilik kenderaan diesel individu/pasangan dan Agri-Komoditi serta sektor-sektor layak seperti sektor pengangkutan logistik, pengangkutan awam dan pertanian. Ini bermakna, mereka berada dalam sektor-sektor ini terus menerima sokongan diperlukan bagi menjalankan operasi mereka dengan lebih efisien.
Harga Diesel Di Sabah, Sarawak Dan Labuan Kekal
Satu lagi perkara penting diumumkan adalah harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sedar keperluan khusus wilayah-wilayah ini dan berusaha memastikan bahawa mereka tidak terjejas oleh perubahan berlaku di Semenanjung Malaysia.
Budi Madani Bantuan Tunai Golongan Berkelayakan

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, kerajaan memperkenalkan program Budi Madani, bertujuan memberikan bantuan tunai kepada mereka berkelayakan. Program ini diharapkan dapat meringankan beban golongan terjejas oleh perubahan harga diesel. Bantuan tunai ini disasarkan kepada mereka berpendapatan rendah dan sederhana (Budi Individu).
Terkini Harga RON95 Turun Ke RM1.99 Seliter

Harga RON95 akan ditetapkan kepada RM1.99 seliter sebaik sahaja pelaksanaan penyasaran semula subsidi di bawah program bantuan subsidi MADANI (BUDI MADANI RON95) secara menyeluruh bermula pada 30 September 2025.
Sila rujuk: Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95)
Penetapan Kadar Harga Petrol, Diesel APM 2026
Setiap minggu, harga runcit produk petroleum ditetapkan berdasarkan mekanisme dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism (APM). APM adalah formula digunakan oleh kerajaan bagi menetapkan harga bahan bakar secara automatik berdasarkan harga pasaran minyak mentah global.
Pengemaskinian terkini harga minyak mingguan dibuat pada setiap hari Rabu petang berdasarkan maklumat dari Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia. Berikut adalah penetapan harga minyak secara mingguan dalam bulan ini.
Perincian Harga Minyak 29 Januari Hingga 4 Februari 2026
- Harga Petrol RON95: BUDI95
Kekal Pada Paras RM1.99 Seliter; (Subsidi) - Harga Petrol RON95: Tanpa Subsidi
Kekal Paras RM2.54 Seliter; (Tiada Perubahan) - Harga Petrol RON97
Kekal Paras RM3.10 Seliter; (Tiada Perubahan) - Harga Diesel Semenanjung Malaysia
Naik 4 Sen Kepada Paras RM2.92 Seliter; (Perbandingan Minggu Lalu) - Harga Diesel Sabah, Sarawak & Labuan
Kekal Pada Paras RM2.15; (Subsidi)
| Tempoh | RON95 | RON97 | Diesel |
|---|---|---|---|
| 1 – 7 Januari | RM2.56 (RM1.99) | RM3.16 | RM2.94 (RM2.15) |
| 8 – 14 Januari | RM2.54 (RM1.99) | RM3.11 | RM2.89 (RM2.15) |
| 15 – 21 Januari | RM2.52 (RM1.99) | RM3.08 | RM2.84 (RM2.15) |
| 22 – 28 Januari | RM2.54 (RM1.99) | RM3.10 | RM2.84 (RM2.15) |
| 29 Jan – 4 Februari | RM2.54 (RM1.99) | RM3.10 | RM2.92 (RM2.15) |
Catatan Harga Minyak
- Harga dalam kurungan (RM1.99 – RON95 & RM2.15 – Diesel) adalah harga bersubsidi untuk bahan api di bawah Program BUDI95 dan Diesel bagi negeri Sarawak, Sabah & WP Labuan.
- Harga bagi seliter Petrol bukan dalam kurungan RON95 | RON97 dan Diesel merupakan harga pasaran semasa yang ditetapkan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
- Berkuat kuasa (efektif) bermula jam 12:01 awal pagi, Khamis 29 Januari 2026 hingga tarikh 4 Februari 2026 (Rabu), jam 11:59 malam.


