Permohonan Matrikulasi 2026-2027, Syarat Kelayakan & Panduan

Permohonan Matrikulasi 2026-2027, Syarat & Panduan. Perincian panduan dan cara permohonan program matrikulasi KPM 2026 serta senarai jurusan & syarat kelayakan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan pelbagai inisiatif strategik untuk memastikan pelajar mendapat peluang terbaik dalam menjejakkan kaki ke alam universiti dan dunia pekerjaan.

Salah satu inisiatif utama yang telah membuktikan keberkesanannya ialah Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (PMKPM). Ditubuhkan secara rasmi pada 10 Mac 1999, program ini bertujuan menyediakan platform persediaan kepada pelajar bumiputera melalui pendidikan peringkat matriculation yang berkualiti, bersepadu dan diiktiraf secara global dalam pendidikan antarabangsa.

Program Matrikulasi KPM

Penubuhan PMKPM berasaskan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertujuan mengukuhkan lagi usaha kerajaan bagi meningkatkan taraf pendidikan dan peluang pelajar bumiputera untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di Universiti Awam (UA).

Program ini dilaksanakan sebagai satu langkah strategik bagi membantu pelajar yang berpotensi tetapi memerlukan pendidikan lanjutan sebelum memasuki universiti, khususnya dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Ia juga selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Kelebihan Program Matrikulasi KPM

kelebihan matrikulasi

PMKPM tidak hanya menawarkan pendidikan berkualiti tetapi juga mempunyai beberapa keistimewaan utama yang menjadikannya pilihan utama pelajar bumiputera. Antaranya:

  1. Pengiktirafan Antarabangsa dan Tempatan
    Program ini diiktiraf oleh semua universiti awam dan swasta tempatan, membolehkan pelajar meneruskan pengajian ke peringkat ijazah pertama tanpa halangan. Lebih menarik lagi, 58 universiti terkemuka di luar negara termasuk 26 universiti dalam Top 100 QS World University Rankings turut mengiktiraf sijil ini, membuka peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kerjaya di peringkat antarabangsa.
  2. Pendidikan Menyeluruh dengan Pendekatan Holistik
    PMKPM menawarkan kurikulum tidak hanya berfokuskan akademik semata-mata tetapi turut menekankan pembangunan kemahiran insaniah melalui aktiviti kokurikulum dan ko-akademik. Pelajar berpeluang menyertai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, membina kepekaan budaya dan meningkatkan daya saing mereka.
  3. Pelajar Berpeluang Menyertai Perkhidmatan Awam
    Lulusan Program Matrikulasi berpeluang menerima Sijil Matrikulasi yang melayakkan mereka berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam pada Gred 5 dalam 21 skim perkhidmatan. Ini merupakan peluang untuk mereka memulakan kerjaya dalam sektor kerajaan dengan jaminan masa depan yang cerah.
  4. Yuran Pengajian dan Penginapan Ditanggung Kerajaan
    Salah satu keistimewaan utama PMKPM ialah yuran pengajian serta bayaran penginapan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Ini membantu meringankan beban kewangan pelajar serta memastikan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pembelajaran.
  5. Kemasukan di Kolej Matrikulasi dan Kolej MARA
    Program ini dilaksanakan di 15 buah kolej matrikulasi seluruh Malaysia dan dua kolej MARA, memastikan kemudahan akses kepada pelajar dari seluruh pelusuk negara.

Jurusan, Aliran dan Tempoh Pengajian Matrikulasi

PMKPM menawarkan pelbagai jurusan dan aliran yang bersesuaian dengan keperluan pasaran kerja dan minat pelajar. Antaranya:

  • Jurusan Sains
    Dua Semester: Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Teknologi
    Empat Semester: Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Teknologi
  • Jurusan Sains Komputer
    Dua Semester
  • Jurusan Kejuruteraan
    Asas Kejuruteraan, Kejuruteraan Awam, Elektrik & Elektronik, Mekanikal
  • Jurusan Perakaunan dan Perakaunan Profesional (JPPro)
    Dua Semester

lokasi jurusan matrikulasi

Tempoh pengajian biasanya adalah dua hingga empat semester, bergantung kepada jurusan dan aliran yang dipilih. Pendekatan ini memberi fleksibiliti kepada pelajar untuk menyesuaikan pengajian mengikut keperluan akademik dan kerjaya mereka.

Syarat Permohonan Program Matrikulasi

syarat permohonan matrikulasi

Sebelum melangkah ke syarat kelayakan khusus mengikut jurusan, calon perlu memenuhi syarat am yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Syarat am ini adalah asas utama yang wajib dipenuhi oleh semua pemohon tanpa mengira jurusan yang dipohon. Ia merangkumi:

  • Umur Tidak Melebihi 20 Tahun Semasa Permohonan
    Pemohon mestilah berumur tidak lebih dari 20 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Ini bertujuan memastikan pelajar yang memohon adalah dalam lingkungan umur yang sesuai untuk mengikuti program matrikulasi.
  • Warganegara Malaysia
    Hanya warganegara Malaysia sahaja dibenarkan memohon, bagi memastikan program ini memberi manfaat kepada rakyat tempatan dan menyokong agenda pembangunan pendidikan nasional.
  • Calon SPM Tahun Semasa
    Pemohon mestilah calon SPM yang sedang menduduki atau baru sahaja menduduki peperiksaan SPM pada tahun permohonan. Ini penting untuk memastikan maklumat akademik yang diberikan adalah terkini dan relevan.

Syarat Kelayakan Minimum Mengikut Jurusan

Selain syarat am, calon juga perlu memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan mengikut jurusan yang dipohon. Berikut adalah ringkasan syarat kelayakan bagi setiap jurusan utama:

Jurusan Sains

syarat jurusan sains matrikulasi

Gred minimum dalam SPM:

  • Bahasa Melayu: C
  • Bahasa Inggeris: C
  • Matematik: B
  • Matematik Tambahan: C
  • Kimia: C
  • Fizik/Biologi: C
  • Sejarah: Lulus

Syarat ini sesuai untuk pelajar yang berminat dalam bidang sains dan teknologi, dan ingin melanjutkan ke program berkaitan.

Jurusan Sains SES

Gred minimum:

  • Bahasa Melayu: C
  • Bahasa Inggeris: C
  • Matematik: C
  • Matematik Tambahan: Lulus
  • Kimia: Lulus
  • Fizik/Biologi/Sains Komputer: Lulus
  • Sejarah: Lulus

Jurusan ini menumpukan kepada pelajar yang berminat dalam bidang sains sosial dan ekonomi.

Jurusan Sains Komputer

syarat jurusan sains komputer matrikulasi

Gred minimum:

  • Bahasa Melayu: C
  • Bahasa Inggeris: C
  • Matematik: C
  • Matematik Tambahan: C
  • Sains Komputer: C

Mata pelajaran tambahan (salah satu dari berikut): Fizik/Kimia/Biologi/Sains/Sains Tambahan/Teknologi Kejuruteraan/Asas Kelestarian/Pertanian/Reka Cipta/Sains Sukan/Perniagaan/Prinsip Perakaunan/Grafik Komunikasi Teknikal/Tasawwur Islam/Pendidikan Syari’ah Islamiah/Lukisan Kejuruteraan/Ekonomi/Pengajian Kejuruteraan.

Jurusan Kejuruteraan

syarat jurusan kejuruteraan matrikulasi

Gred minimum:

  • Bahasa Melayu: C
  • Bahasa Inggeris: C
  • Matematik: B
  • Matematik Tambahan: C
  • Fizik: C
  • Kimia: Lulus
  • Sejarah: Lulus
  • Dan satu mata pelajaran pilihan dari senarai yang telah ditetapkan.

Jurusan Perakaunan

syarat jurusan perakaunan matrikulasi

Gred minimum:

  • Bahasa Melayu: C
  • Bahasa Inggeris: C
  • Matematik: C
  • Sejarah: Lulus
  • Dan tiga mata pelajaran pilihan dari senarai yang lengkap.

Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro)

syarat jurusan perakaunan profesional matrikulasi

Gred minimum:

  • Bahasa Melayu: C
  • Bahasa Inggeris: A (penting!)
  • Matematik Tambahan: C
  • Sejarah: Lulus

Dan tiga mata pelajaran pilihan dari senarai, dengan keperluan lulus dan, dalam beberapa kes, lulus ujian aptitude dan temu duga sebagai syarat tambahan.

permohonan matrikulasi 2026

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM 2026/2027

Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2026/27 dibuka mulai 10 November 2025 hingga 10 Februari 2026. Pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2025 boleh membuat permohonan secara online melalui laman web rasmi Aplikasi Permohonan Program Matrikulasi. Proses permohonan adalah PERCUMA dan pelajar tidak perlu memuat naik keputusan percubaan SPM.

Panduan Dan Cara Permohonan Matrikulasi Online

Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui Aplikasi Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:

maklumat lanjut matrikulasi

Kongsi Artikel