Harga Buat Lesen Memandu Kereta Atau Motosikal 2026 Terkini

Memiliki lesen memandu bukan lagi sekadar satu keperluan tetapi juga satu kelebihan yang membolehkan individu bergerak bebas dan menjalankan aktiviti harian dengan lebih efisien. Sama ada untuk motosikal mahupun kereta, proses mendapatkan lesen memandu memerlukan komitmen, latihan yang berkesan dan pengetahuan mendalam tentang peraturan jalan raya. Di sinilah peranan utama Institut Memandu sebagai tempat terbaik untuk memulakan perjalanan tersebut.

Pembelajaran Dan Latihan Dapatkan Lesen Memandu

Pembelajaran dan latihan adalah dua elemen utama menentukan kejayaan seseorang calon dalam ujian memandu. Tanpa latihan mencukupi, peluang lulus ujian akan menjadi lebih sukar. Sebaliknya, latihan terancang dan berstruktur dapat membina keyakinan, meningkatkan kemahiran kendalian kenderaan serta memastikan calon memahami sepenuhnya peraturan lalu lintas.

Institut Memandu menyediakan program latihan lengkap, dirancang oleh tenaga pengajar berpengalaman dan berkompeten (cekap). Program ini bukan sahaja memberi penekanan kepada aspek teori tetapi juga latihan praktikal di jalan raya sebenar. Melalui pendekatan ini, calon akan lebih bersedia menghadapi ujian teori dan praktikal dengan yakin dan penuh persediaan.

Pembelajaran Teori: Asas Pengetahuan Asas Memandu

Langkah pertama dalam usaha mendapatkan lesen memandu ialah memahami aspek teori. Di Institut Memandu, sesi pembelajaran teori dilakukan dengan pendekatan interaktif dan mudah difahami. Calon didedahkan kepada peraturan jalan raya, tanda-tanda lalu lintas dan aspek keselamatan pemanduan. Modul ini disusun secara sistematik agar memudahkan calon menguasai segala ilmu diperlukan.

Selain itu, bahan pembelajaran disediakan juga merangkumi latihan soal yang sering keluar dalam ujian sebenar. Ini membolehkan calon membiasakan diri dengan format soalan dan meningkatkan peluang untuk lulus ujian teori pada percubaan pertama.

Latihan Praktikal: Membangunkan Kemahiran Kendalian Kenderaan

Di Institut Memandu, latihan ini dilakukan di kawasan latihan yang selamat dan terkawal serta di jalan raya sebenar. Calon akan diajar teknik menunggang motosikal atau memandu kereta oleh pengajar berpengalaman termasuk aspek kawalan kenderaan, penggunaan gear, penjajaran stereng serta pengendalian di situasi kecemasan.

Pengajar akan memberi maklum balas secara langsung, membetulkan kesilapan dan menambahbaik kemahiran pemanduan calon. Latihan ini meningkatkan keyakinan dan memastikan calon mampu mengendalikan kenderaan dengan baik dan selamat.

Kelayakan Umur Dan Harga Lesen Memandu

Individu yang sudah mencapai umur 16 tahun (melepasi usia tersebut mengikut tarikh lahir) dan ke atas boleh mendapatkan lesen motosikal B2 ataupun superbike BFull kuasa 500cc. Manakala bagi individu yang mahu mendapatkan lesen memandu kereta sama ada transmisi automatik ataupun manual hendaklah mencapai umur 17 tahun (melepasi usia tersebut mengikut tarikh lahir) dan ke atas.

Harga keseluruhan struktur kadar yuran pembelajaran dan latihan pemanduan serta harga pakej yang ditawarkan oleh Institut Memandu bagi mendapatkan lesen motosikal ataupun kereta adalah masih berbeza mengikut Institut Memandu di setiap negeri.

Disebabkan perbezaan harga yang ditawarkan oleh Institut Memandu, Editor kami tidak dapat memberikan maklumat harga keseluruhan struktur kadar yuran pembelajaran dan latihan pemanduan bagi mendapatkan lesen motosikal ataupun kereta secara tepat. Bagaimanapun, maklumat harga anggaran dapat disertakan berdasarkan tinjauan (survey) yang telah dibuat.

Kadar Bayaran Yuran Lesen Kereta Dan Motor

Berikut adalah anggaran kadar bayaran yuran keseluruhan untuk mengambil lesen kereta atau motosikal mengikut Kelas. Sebagai makluman, harga maksimum (harga munasabah) adalah tidak melebihi RM450 (lesen motosikal B2), RM1,100 (lesen motosikal B), RM1,300 (lesen kereta D) dan RM1,500 (lesen kereta DA).

Sekiranya Institut Memandu yang dikunjungi oleh anda menetapkan harga melebihi paras anggaran harga maksimum seperti dinyatakan atau tidak munasabah lebih baik anda membuat tinjauan harga di Institut Memandu lain yang mungkin lebih murah kadar bayarannya.

Memilih Institut Memandu yang berkualiti dan berpengalaman adalah faktor utama kejayaan. Sebuah institut yang profesional akan memastikan setiap calon mendapat latihan yang bersesuaian, berlandaskan piawaian keselamatan dan kecekapan. Mereka juga menawarkan pakej latihan yang fleksibel, sesuai dengan jadual harian individu serta menyediakan latihan ulang jika gagal pada percubaan pertama.

Info Berkaitan: Senarai Institut Memandu Seluruh Malaysia

Selain itu, kebanyakan institut memandu menawarkan latihan secara bersepadu bagi kategori motosikal dan kereta, memberi kemudahan kepada calon yang ingin memohon kedua-dua kategori dalam satu pakej latihan.

Kebanyakan Institut Memandu menerima bayaran secara ansuran untuk yuran pembelajaran dan latihan pemanduan mengikut peringkat. Bayaran juga boleh dibuat secara penuh (lump-sum). Manakala tarikh jadual pembelajaran dan latihan boleh dipilih (ditempah) oleh anda sendiri.

Anggaran Kadar Harga Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan

  1. Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 cc (B2) : RM350 hingga RM450
  2. Lesen Motosikal Melebihi 500 cc (B) : RM900 hingga RM1,100
  3. Lesen Kereta Transmisi Manual (D) : RM1,150 hingga RM1,300
  4. Lesen Kereta Transmisi Automatik (DA) : RM1,250 hingga RM1,500

Harga yang dikenakan mungkin melebihi harga paras anggaran kerana ia turut bergantung kepada kemudahan dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh setiap Institut Memandu.

Kelas Lesen Motosikal Dan Kereta

  • Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 cc : B2
  • Lesen Motosikal Melebihi 500 cc : B
  • Lesen Kereta Transmisi Manual : D
  • Lesen Kereta Transmisi Automatik : DA

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."