Subsidi RON95: Lesen Memandu Expired Lebih 3 Tahun Tak Layak

Subsidi RON95: Lesen Memandu Expired Lebih 3 Tahun Tak Layak. Rakyat Malaysia tidak renew lesen memandu lebih tiga tahun tidak layak subsidi petrol RON95.

Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dilihat sebagai inisiatif untuk menyelaraskan pemberian subsidi dengan keperluan sebenar pengguna. Namun, syarat-syarat kelayakan dikenakan juga mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan rakyat. Antara intipati perbincangan ialah syarat bahawa rakyat Malaysia yang tidak memperbaharui lesen memandu selama lebih tiga tahun tidak layak menerima subsidi petrol RON95 secara automatik melalui program BUDI95.

Oleh itu, bagi membolehkan menikmati harga subsidi petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter, pemilik lesen memandu yang telah tamat tempoh (expired) lebih dari 3 tahun perlu memperbaharui (renew) lesen tersebut. Namun bagi memperbaharui lesen memandu tersebut, perlu menduduki semula Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu.

lesen memandu ron95

Renew Lesen Expired Lebih 3 Tahun Kena Duduki Ujian Semula

Bagi mereka yang gagal memperbaharui lesen memandu lebih tiga tahun, syarat untuk mengaktifkan semula lesen perlu menduduki semula Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu Bahagian 2 dan 3 (KPP02 dan KPP03). Ini adalah langkah penting untuk memastikan pemandu memahami perubahan undang-undang trafik selain ujian semula ini berfungsi sebagai penilaian semula keupayaan pemandu untuk memandu secara selamat di jalan raya.

Tindakan memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh lebih 3 tahun, membolehkan anda dapat menikmati manfaat program subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI95.

Status Lesen Memandu Syarat Kelayakan BUDI95

Status lesen memandu yang sah dan masih berkuatkuasa menjadi salah satu syarat untuk layak menikmati harga Petrol bersubsidi di bawah Program BUDI MADANI RON95. Oleh itu, sila pastikan lesen memandu anda masih berkuat kuasa kerana jika sebaliknya kelayakan anda akan disekat secara automatik melalui sistem Kementerian Kewangan.

Maklumat lengkap sila rujuk laporan berita perdana: Gagal perbaharui lesen memandu lebih tiga tahun, tak layak dapat subsidi RON95

jpj budi95

Kongsi Artikel