Dalam era globalisasi dan revolusi industri 4.0 yang semakin pesat, keperluan terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi menjadi semakin mendesak. Malaysia, sebagai sebuah negara beraspirasi untuk mencapai pembangunan ekonomi mampan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif pendidikan teknikal dan vokasional bagi melahirkan tenaga kerja mahir serta berdaya saing di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Salah satu inisiatif utama adalah Program Sijil dan Program Kemahiran di Kolej Vokasional menawarkan pelbagai jalur pendidikan yang menyasar ke arah melahirkan graduan berkemahiran, profesional dan bersedia menyertai pasaran pekerjaan.
Matlamat Program Sijil, Kemahiran di Kolej Vokasional
Program Sijil dan Kemahiran ditawarkan di kolej vokasional bertujuan melahirkan pelajar mempunyai pengetahuan akademik dan kemahiran praktikal yang sesuai dengan keperluan industri. Dengan menekankan aspek keberhasilan Outcome Based Education (OBE), program ini memastikan setiap graduan mampu mencapai tahap kompetensi tertentu selepas tamat pengajian. Ia memberi penekanan kepada aspek teori latihan praktikal serta pengalaman sebenar di lapangan.
Selain itu, program ini juga menumpukan kepada pembangunan karakter dan profesionalisme pelajar agar mereka mampu beradaptasi dengan cepat apabila memasuki alam pekerjaan. Dengan latihan bersepadu, graduan diharapkan mampu menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan industri tempatan dan meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa.
Skop Program dan Sistem Pengajian
Di Malaysia, terdapat 86 buah kolej vokasional yang menawarkan 35 program sijil berbeza memberi pilihan kepada pelajar berdasarkan minat dan bakat masing-masing. Sistem pengajian di kolej vokasional berasaskan semester di mana pelajar akan menjalani pengajian selama dua tahun merangkumi empat semester. Melalui sistem ini, pelajar berpeluang mengikuti pengajian secara berfokus dan terancang di samping menyesuaikan diri dengan keperluan pembelajaran semakin kompetitif.
Kurikulum yang digunakan dikenali sebagai Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) dibangunkan oleh panel akademik dan industri untuk memastikan kesesuaian dengan keperluan dunia pekerjaan. Ia juga menekankan pendidikan berasaskan keberhasilan (Outcome Based Education) bagi memastikan setiap pelajar mencapai tahap kompetensi tertentu yang telah ditetapkan. Dengan pendekatan ini, pelajar tidak hanya belajar teori tetapi juga mengaplikasikan ilmu dalam situasi sebenar yang relevan dengan industri.
Pengiktirafan dan Peluang Kerjaya
Salah satu keistimewaan utama Program Sijil di kolej vokasional adalah pengiktirafan di mana graduan yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan dua sijil iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pengiktirafan ini memperkukuhkan kedudukan graduan di mata majikan dan memberi peluang besar untuk mereka menyertai industri tanpa perlu melalui proses pengiktirafan semula.
Selain itu, bagi pelajar yang menamatkan pengajian dan memenuhi syarat kemasukan mereka berpeluang menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam program yang sama di kolej vokasional. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kompetensi dan kelayakan mereka sekaligus membuka lebih banyak pintu peluang kerjaya lebih baik di masa hadapan.
Program Kemahiran: Menyampaikan Kemahiran Tinggi untuk Industri
Selain program sijil akademik, kolej vokasional juga menawarkan Program Kemahiran yang bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir dan diiktiraf oleh industri. Program ini hanya ditawarkan di beberapa kolej vokasional terpilih dan menumpukan kepada latihan kemahiran praktikal intensif.
Terdapat dua kategori utama dalam program kemahiran ini:
- Program Kemahiran Penuh
Pengajian secara sepenuh masa di kolej vokasional yang menggabungkan pembelajaran teori dan praktikal berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Graduan daripada program ini boleh terus bekerja di industri berkaitan atau menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi seperti SKM. - Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
konsep pembelajaran yang menggabungkan latihan di kolej dan di industri secara bergilir. Pelajar akan belajar teori di kolej dan melaksanakan latihan praktikal di industri, memberi pengalaman sebenar dan menyeluruh kepada mereka. Sistem ini sangat relevan dan digunakan secara meluas kerana ia menyediakan peluang pekerjaan segera selepas tamat pengajian.
Program Sijil Vokasional Dan Program Kemahiran di Kolej Vokasional
Melalui program-program ini, pelajar bukan sahaja memperoleh sijil diiktiraf malah juga pengalaman praktikal yang amat berharga. Mereka dilatih untuk menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi mampu memenuhi kehendak industri dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Tambahan pula, peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma memberi kelebihan kompetitif yang signifikan.
Selain itu, program ini membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja berkemahiran di negara ini. Dengan menyediakan latihan yang relevan dan diiktiraf ia mampu mempercepatkan proses penghasilan tenaga kerja mahir yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara secara langsung.
Syarat Program Sijil Vokasional Malaysia
Syarat Umum
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
Syarat Khusus
Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi/Asas Sains Komputer
Syarat Program Kemahiran / Apprenticeship
Syarat Umum
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
Syarat Khusus
Murid menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira).
Tarikh Bila Permohonan Kolej Vokasional (KV) 2026
- Dibuka: 1 Ogos 2025
- Ditutup: 7 September 2025
Tarikh permohonan dibuka dan ditutup dinyatakan adalah tepat berdasarkan iklan permohonan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cara Buat Permohonan Online Kolej Vokasional 2026
Program Sijil dan Program Kemahiran di Kolej Vokasional merupakan pilihan tepat bagi pelajar yang ingin mengejar pendidikan berasaskan kemahiran praktikal sambil memperoleh pengiktirafan nasional dan antarabangsa. Ia bukan sahaja menyediakan landasan kerjaya yang cerah malah membuka peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Dengan pelbagai program ditawarkan, pelajar dapat memilih jalur yang sesuai dengan minat dan aspirasi mereka seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri dan ekonomi negara.
Pautan Sistem Borang Permohonan Kolej Vokasional
Sistem Permohonan Kolej Vokasional untuk kemasukan tahun 2026 akan dibuka dan diaktifkan bermula pada tarikh sepertimana dinyatakan.
- Permohonan Kolej Vokasional: https://spskt4.moe.gov.my
- Semakan Senarai Lokasi, Program, Kursus Dan Negeri: https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/lokasi_kv.cfm
Pemohon disarankan untuk memahami dan meneliti panduan serta merujuk maklumat sistem sebelum mengisi permohonan online. Penting untuk meluangkan masa memahami langkah-langkah permohonan bagi mengelakkan kesilapan yang boleh menyebabkan permohonan ditolak. Pastikan mengikuti arahan dan maklumat diberikan dalam sistem permohonan online untuk tindakan selanjutnya.
Maklumat Lanjut Tentang Permohonan
Jika anda menghadapi sebarang masalah atau mempunyai pertanyaan serta maklumat lanjut berkaitan Permohonan Kemasukan ke Kolej Vokasional 2026, sila layari judul pautan di bawah: