Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Perubahan ini mencerminkan usaha kerajaan memperkasakan sistem perkhidmatan awam selain menunjukkan komitmen kerajaan memastikan kebajikan pesara dan penjawat awam sentiasa terpelihara sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa.
Kenaikan Pencen 2026 SSPA
Pengumuman rasmi mengenai pelaksanaan SSPA dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia ketika ucapan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 pada 16 Ogos 2024. Sistem baharu ini dilihat sebagai satu langkah strategik kerajaan memperkenalkan pelarasan gaji dan pencen secara berfasa bagi memastikan perkhidmatan awam kekal kompetitif. Pelaksanaan SSPA ini dimulakan dengan Fasa 1 pada 1 Disember 2024, diikuti dengan Fasa 2 pada 1 Januari 2026.

Pelaksanaan pelarasan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238) yang memberi ruang kepada perkhidmatan awam menyesuaikan gaji dan pencen mengikut keadaan ekonomi dan kos sara hidup semasa. Melalui pendekatan ini, kerajaan berhasrat memastikan bahawa pencen diterima pesara tidak lagi tertakluk kepada kenaikan tahunan tetap 2% seperti sebelum ini tetapi mengikut pelarasan berdasarkan gaji terakhir penjawat awam semasa berkhidmat.

Perubahan Kenaikan Pencen
Sebelum pelaksanaan sistem baharu, pencen pesara dikira berdasarkan kadar tetap 2% tahunan bermula dari tahun 2013. Walau bagaimanapun, mulai 1 Januari 2025 kerajaan memansuhkan sistem tersebut dan menggantikannya dengan kaedah penyelarasan pencen lebih fleksibel.
Bagi pesara yang layak, amaun pencen mereka akan diselaraskan berdasarkan peratusan pelarasan gaji terakhir yang diterima sebelum bersara. Kaedah pengiraan ini membolehkan pencen disesuaikan secara langsung mengikut gaji akhir dan berbeza mengikut kumpulan perkhidmatan serta tempoh perkhidmatan.
Kaedah Pengiraannya
Sebagai contoh, pesara daripada kumpulan Pelaksana akan menikmati pelarasan sebanyak 8% pada Disember 2024, diikuti dengan kenaikan 7% pada Januari 2026. Manakala, pesara daripada kumpulan Pengurusan Tertinggi akan menerima kenaikan sebanyak 4% dalam tempoh yang sama.
Contoh pengiraan pencen baharu berdasarkan gaji akhir menunjukkan bahawa jika seorang pesara kumpulan Pelaksana mempunyai gaji akhir RM3,000, selepas pelarasan Fasa 1 dan Fasa 2, gaji akhir bersamaan akan meningkat kepada RM3,467. Tempoh perkhidmatan selama 30 tahun, pencen bulanan yang diterima akan dikira berdasarkan 60% daripada gaji akhir tersebut, iaitu RM2,080.20.
Kenaikan Pencen Pesara Dan Penjawat Awam
Kenaikan pencen 2026 manfaat kepada pesara yang bersara sebelum atau pada tarikh pelaksanaan malah turut melibatkan mereka yang menerima pencen terbitan, pencen hilang upaya dan pencen tanggungan. Mereka akan menikmati pencen lebih tinggi seiring dengan kenaikan gaji penjawat awam.
Selain itu, pelarasan ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan pesara dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Ia juga mencerminkan usaha kerajaan mengharmonikan sistem pencen lama dengan struktur gaji baharu sekaligus menjamin kebajikan pesara dalam jangka panjang.
Perlu diingatkan bahawa pelarasan ini adalah secara automatik dan tidak memerlukan permohonan daripada pesara. Oleh itu, pesara dan penjawat awam dinasihatkan sentiasa mengemas kini status perkhidmatan dan opsyen SSPA mereka bagi memastikan kelayakan dan jumlah pencen yang diterima tepat dan adil.

Kelayakan Dan Cara Pengiraan
Untuk layak menerima pelarasan pencen 2026, pesara mesti bersara sebelum atau pada 1 Januari 2026. Pesara yang menolak opsyen SSPA atau tidak lagi berkhidmat pada tarikh pelaksanaan tidak layak menerima kenaikan ini. Kelayakan juga termasuk penerima pencen terbitan, waris, pencen hilang upaya, pencen tanggungan serta elaun bersara dan elaun bersara terbitan.
Proses pengiraan bermula dengan menentukan gaji akhir bersamaan 2024 yang kemudian akan disesuaikan mengikut kumpulan perkhidmatan dan kadar kenaikan yang ditetapkan.
Sebagai contoh, kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Profesional akan menerima pelarasan sebanyak 8% dan 4% pada Disember 2024, diikuti dengan kenaikan 7% dan 4% pada Januari 2026. Pencen baharu akan dikira berdasarkan formula rasmi yang disediakan oleh JPA dan kalkulator dalam talian turut disediakan untuk memudahkan pengiraan secara tepat.
Aplikasi Kalkulator Online
- Kalkulator Persaraan Wajib
- Kalkulator Persaraan Pilihan
- Kalkulator Persaraan Atas Sebab Kesihatan
- Berkaitan: Semakan Amaun Pencen
Langkah-langkah Pengiraan Kenaikan Pencen SSPA
- Tentukan gaji akhir bersamaan 2024.
- Kira gaji selepas pelarasan Fasa 1 dan Fasa 2.
- Kira jumlah pencen berdasarkan formula;
Mengira Gaji Akhir Bersamaan 2024
- Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Profesional;
Jika Gaji Akhir/Bersamaan > RM3,000:
Gaji Bersamaan = Gaji Akhir + (Gaji Akhir × 8%)
Jika Gaji Akhir/Bersamaan < RM3,000:
Gaji Bersamaan = Gaji Akhir + RM240 - Kumpulan Pengurusan Tertinggi;
Gaji Bersamaan = Gaji Akhir + (Gaji Akhir × 4%)
Mengira Pencen Bulanan Baharu Disember 2024
Gunakan formula berikut;
[1/600 × Gaji akhir bersamaan 2024 × tempoh perkhidmatan]
- Contoh Pengiraan
Seorang pesara kumpulan Pelaksana dengan Gaji akhir RM3,000;
- Fasa 1
RM3,000 + 8% = RM3,240 - Fasa 2 (jika selepas semakan gaji dan pelarasan)
RM3,240 + 7% = RM3,467 - Jika tempoh perkhidmatan 30 tahun (maksimum):
Pencen Bulanan=60%×RM3,467=RM2,080.20
Sila rujuk kepada lampiran berkaitan penyelarasan Pencen SSPA di bawah bagi mendapatkan lebih kefahaman dan maklumat selengkapnya.

- Sumber Rujukan 1: Senarai Soalan Lazim Berkaitan Penyelarasan Pencen SSPA | KWAP
- Sumber Rujukan 2: Posting Facebook Rasmi Bahagian Pencen JPA


