Semakan Keputusan UPKK KAFA 2025-2026 Online, SMS

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) merupakan peperiksaan penting bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), peperiksaan ini menilai kemahiran dan kebolehan pelajar dalam aspek pembacaan, hafazan dan amalan hidup mengikut ajaran Islam.

Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain

UPKK menguji keupayaan murid dalam pelbagai aspek ilmu agama termasuk akidah, ibadah, akhlak, sirah dan jawi. Melalui ujian ini, guru dan ibu bapa dapat mengetahui tahap kefahaman dan amalan murid terhadap ajaran Islam.

Keputusan UPKK yang cemerlang sering kali menjadi salah satu syarat utama kepada pemilihan dan kemasukan murid ke sekolah menengah agama seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) mahupun Maahad Tahfiz.

Tarikh Pengumuman Keputusan UPKK 2025

Berdasarkan kepada maklumat dari tahun sebelumnya, JAKIM dijangka mengumumkan keputusan UPKK pada satu tarikh dalam bulan Februari 2026. Tarikh khusus pengumuman keputusan akan diumumkan oleh JAKIM pada masa terdekat.

Kemaskini Keputusan UPKK 2025 Dikeluarkan
PerkaraButiran
Tarikh25 Februari 2026
HariRabu
MasaPengumuman: 10 pagi
Semakan: bermula jam 12 tengah hari

pengumuman keputusan upkk 2026

Cara Semakan Keputusan UPKK 2025

Terdapat dua kaedah utama yang boleh digunakan untuk menyemak rumusan keputusan UPKK 2025 iaitu secara dalam talian dan melalui SMS. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:

Semakan Secara Online

Calon boleh mengakses portal rasmi Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) yang disediakan oleh JAKIM. Pastikan anda melayari laman web rasmi ini bermula pada tarikh 25 Februari 2026 jam 12 tengah hari.

  • Pautan: https://semakan.islam.gov.my
  • Ikuti arahan diberikan di laman tersebut bagi mendapatkan rumusan keputusan.
  • Keputusan boleh diperoleh dengan melengkapkan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran dalam ruangan diperlukan.

Contoh Paparan Rumusan Keputusan

9a result upkk 2026

Semakan Melalui SMS (Jika Tersedia)

Bagi mendapatkan keputusan melalui SMS, calon perlu menghantar SMS dengan format ditetapkan sekiranya perkhidmatan ini disediakan. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  • Taip: UPKK (jarak) No MYKID dan hantar SMS ke 15888
  • Taip: UPKK (jarak) No PengenalanKhas dan hantar SMS ke 15888

Slip Keputusan UPKK 2025

Calon-calon boleh mendapatkan Slip Keputusan Penuh UPKK 2025 daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada hari Khamis, 26 Februari 2026 mengikut ketetapan masa sepertimana dimaklumkan.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."