Semakan Keputusan STPM 2025-26 Ulangan Semester U1 U2

Calon-calon peperiksaan STPM ulangan Semester 1 (U1) dan Semester 2 (U2) Tahun 2025 boleh membuat penyemakan keputusan masing-masing bermula pada tarikh yang akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Tarikh Pengumuman Keputusan STPM Ulangan 2025

Berdasarkan rekod dan maklumat sebelumnya, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) biasanya akan mengumumkan keputusan keputusan bagi U1 dan U2 dijangka sama seperti tahun-tahun sebelumnya, iaitu sekitar awal bulan Mei.

Walaupun tarikh rasmi belum diumumkan pada masa artikel ini ditulis, calon-calon dinasihatkan agar sentiasa mengikuti pengumuman rasmi daripada MPM melalui laman web rasmi mereka.

Dikemaskini: Keputusan Peperiksaan Ulangan Semester 1 Dan 2 STPM 2025
ButiranTarikh
 Keputusan Peperiksaan Ulangan Semester 1 STPM 202520 Mei 2026 (10 Pagi)
 Keputusan Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 202521 Mei 2026 (10 Pagi)

keputusan peperiksaan ulangan semester 1 dan 2 stpm 2025

Cara Semakan Keputusan Ulangan STPM 2025

Calon-calon mempunyai dua kaedah utama untuk menyemak keputusan mereka iaitu secara dalam talian dan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) seperti berikut:

Semakan Secara Online

Calon boleh menyemak keputusan mereka melalui sistem aplikasi rasmi yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:

Semakan Melalui SMS

MPM turut menyediakan perkhidmatan semakan keputusan melalui SMS. Berikut adalah panduan penggunaannya:

  • Taip : STPM (jarak) RESULTU1 (jarak) No. K/P dan SMS ke 15888
  • Taip : STPM (jarak) RESULTU2 (jarak) No. K/P dan SMS ke 15888

Perlu diingatkan bahawa sistem aplikasi semakan akan mula diaktifkan dan dibuka mulai tarikh dan masa yang telah dinyatakan.

Maklumat Lanjut

Calon-calon digalakkan sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Segala maklumat penting termasuk tarikh pengumuman rasmi, panduan semakan serta maklumat lain boleh didapati.

Selain itu, calon juga boleh mengikuti media sosial rasmi MPM yang disediakan untuk memastikan mereka tidak terlepas sebarang maklumat penting ataupun pengumuman terbaharu.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."