Penguasaan bahasa Inggeris menjadi satu keperluan utama bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat universiti di Malaysia. Oleh itu, pelajar-pelajar di negara ini perlu memberi perhatian serius terhadap penguasaan bahasa Inggeris mereka sebagai langkah awal bagi mencapai aspirasi pendidikan masing-masing.
Malaysian University English Test
Ujian MUET (Malaysian University English Test) diperkenalkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebagai satu usaha menyelaras tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi. MUET merupakan penilaian komprehensif yang menilai kecekapan pelajar dari segi kefasihan, kefahaman, penulisan dan kemahiran mendengar .
Keputusan atau result MUET menjadi salah satu syarat utama kemasukan ke universiti terutama bagi program-program yang memerlukan penguasaan bahasa Inggeris. Oleh itu, pelajar perlu mengambil serius persediaan menghadapi ujian ini agar dapat mencapai keputusan terbaik.
Tarikh Keputusan Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2026
Calon-calon MUET bagi sesi 2 tahun 2026 boleh membuat semakan serta mendapatkan keputusan MUET masing-masing lazimnya pada bulan Oktober.
- Tarikh: Oktober 2026.
- Masa: Jam 10 Pagi.
Panduan Semakan Keputusan MUET 2026 Sesi 2
Bagi calon-calon yang telah menduduki MUET sesi 2 Tahun 2026, maklumat penting yang perlu diketahui adalah semakan keputusan dan prosedur rayuan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima. Semakan keputusan MUET boleh dibuat melalui dua kaedah utama iaitu:
- Semakan Secara Online
Calon boleh melayari portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan https://mecea.mpm.edu.my/MUETR. Sistem ini biasanya diaktifkan sebaik sahaja keputusan diumumkan. Calon hanya perlu mengikuti arahan yang diberikan bagi mendapatkan keputusan masing-masing. - Semakan Melalui SMS
Calon boleh menyemak keputusan MUET melalui perkhidmatan SMS. Format penghantaran adalah seperti berikut:
- Taip: MUET (jarak) RESULT (jarak) No. Kad Pengenalan dan SMS ke 15888
- Contoh: MUET RESULT 211029084444 sms ke 15888
Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan
Sekiranya terdapat ketidakpuasan hati terhadap keputusan, calon dibenarkan untuk memohon rayuan semakan semula keputusan MUET. Maklumat lengkap tentang prosedur rayuan, tarikh tutup permohonan dan syarat-syarat lain boleh didapati di portal rasmi MPM menerusi pautan: https://mecea.mpm.edu.my/muet_ss
- Tarikh Buka: Oktober 2026 (10 Pagi).
- Tarikh Tutup: November 2026 (11:30 Malam).


