Keputusan Pemenang Juara Gegar Vaganza 12 (2026) Akhir

Konsert akhir Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) kini berada di kemuncaknya sambil menyaksikan suasana sudah mula terasa debaran dengan kehadiran enam finalis sudah bersiap sedia untuk berentap di pentas akhir di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Di bawah tema final, para peserta terdiri daripada lima penyanyi solo dan sebuah kumpulan ini bersedia untuk memberikan persaingan sengit bagi merebut gelaran juara Gegar Vaganza yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan.

Gegar Vaganza 2025-2026 Konsert Akhir

Seperti musim-musim sebelum ini, Konsert akhir Gegar Vaganza tampil dengan pendekatan profesional dan adil dalam menilai bakat-bakat peserta. Program realiti nyanyian ini tidak hanya bergantung kepada kehebatan persembahan semata-mata tetapi juga kepada sistem penilaian. Final GV12, semua peserta akan dinilai secara menyeluruh melalui sistem pemarkahan 100% oleh panel juri berpengalaman, berdasarkan kriteria sepertimana ditetapkan.

Konsert final Gegar Vaganza musim ke-12 dijadualkan berlangsung secara langsung pada 18 Januari 2026, hari Ahad, jam 9 malam di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Turut disiarkan melalui siaran langsung di saluran Astro Ria (104) serta platform penstriman rasmi AstroGo dan Sooka.my.

Hadiah Peserta Final Gegar Vaganza 12

Hadiah ditawarkan pada konsert akhir GV12 mampu memacu semangat finalis agar memberikan persembahan terbaik. Juara GV12 akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, satu jumlah yang besar dan mampu menjadi pendorong utama kepada peserta. Naib juara tidak kurang hebatnya, dengan hadiah RM50,000.

Manakala tempat ketiga pula menerima RM30,000. Tidak ketinggalan, tempat keempat hingga keenam juga tidak kurang nilai, masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000. Jumlah hadiah yang ditawarkan ini jelas menunjukkan komitmen pihak penganjur menghargai bakat dan usaha peserta serta memberi motivasi untuk mereka terus berkarya.

Senarai Lagu Finalis Gegar Vaganza 2026

Finalis yang bakal berentap di pentas akhir bersama lagu tugasan masing-masing adalah seperti  berikut.

Pusingan 1: Solo
PesertaLagu
Iskandar IsmailMadah Berhelah nyanyian asal Ziana Zain
MenduaJika Kalau Kau Cinta nyanyian asal Judika
Mark AdamFeeling Good nyanyian asal Cy Grant
Mell SakuraStill Into You nyanyian asal Paramore
NubhanCuba nyanyian asal Faizal Tahir
Ruri RepvblikHapus Aku nyanyian asal Nidji
Pusingan 2: Duet
PesertaPasangan DuetLagu
Iskandar IsmailJaclyn VictorSenja Nan Merah nyanyian asal Dato’ Awie & Ziana Zain
MenduaMarsha MilanBillie Jean nyanyian asal Michael Jackson
Mark AdamRossaSalahkah nyanyian asal Hafiz Suip & Rossa
Mell SakuraFadly PadiKasih Tak Sampai nyanyian asal Padi
NubhanAina AbdulSeluruh Cinta nyanyian asal Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Cakra Khan
Ruri RepvblikSunu Matta BandKetahuan nyanyian asal Matta Band
Pusingan 3: Battle
Pasangan BattleLagu
Mark AdamEvo nyanyian asal Joe Flizzow & SonaOne
Mendua
Ruri Repvblik
Iskandar IsmailCerita Kedai Kopi nyanyian asal DJ Fuzz & Malique feat. Salam
Mell Sakura
Nubhan

Senarai Kedudukan Pemenang & Juara Gegar Vaganza 12

Finalis telah melalui pelbagai cabaran dan mereka kini berada di puncak perjalanan sepanjang 12 minggu untuk memberikan yang terbaik. Setiap persembahan adalah peluang untuk mencuri tumpuan juri dan penonton dan lebih penting lagi iaitu merebut gelaran juara.

Siapa yang akan dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 12? Hanya waktu yang akan menentukan. Berikut adalah senarai kedudukan pemenang dan Juara Gegar Vaganza Musim 12 pada konsert akhir.

Kedudukan Pemenang Dan Hadiah
KedudukanPemenangHadiah
JuaraIskandar IsmailRM100,000
Naib JuaraMenduaRM50,000
Tempat Ke-3NubhanRM30,000
Tempat Ke-4Mark AdamRM20,000
Tempat Ke-5Mell SakuraRM15,000
Tempat Ke-6Ruri RepvblikRM10,000
Pemenang Anugerah Ikon Semangat No.1 CelcomDigi: Mark Adam
Pemenang Anugerah Adabi, Ada Beats: Iskandar Ismail

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."