Keputusan Pemenang ABPBH 2025 Anugerah Bintang Popular BH 37

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) adalah salah satu acara anugerah berprestij dalam industri hiburan Malaysia yang sentiasa dinanti-nantikan setiap tahun oleh peminat dan penggiat seni tanah air. Setelah beberapa dekad diadakan, penganjuran ABPBH terus kekal relevan dan menjadi platform utama untuk mengiktiraf kecemerlangan bakat seni tempatan.

Pada tahun 2025 ini, penganjuran ABPBH kembali lagi dengan elemen baharu bagi menonjolkan keunikan dan kehebatan artis tempatan yang terus mengukir kejayaan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Sejarah Dan Evolusi ABPBH

Diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1987, ABPBH telah menjadi sebahagian daripada kalendar hiburan negara yang tidak pernah kehilangan daya tariknya. Ia berperanan sebagai platform untuk menghargai dan mengiktiraf pencapaian individu dalam industri seni termasuk bidang lakonan, nyanyian, pengacaraan serta pelbagai kategori lain yang mencerminkan bakat seni tanah air.

Seiring berjalannya waktu, penganjuran acara ini juga mengalami evolusi termasuk perubahan format pengundian yang bermula sejak tahun 2017. Kini, peminat dan pembaca BH boleh mengundi secara dalam talian (online) sepenuhnya sekali gus menjadikan proses pemilihan lebih mudah dan pantas.

Tema ABPBH 2025: SATU Keunggulan

Edisi ke-37 ABPBH ini membawa tema SATUKeunggulan yang menegaskan bahawa kejayaan dan keunggulan artis tempatan bukan sahaja diakui di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. Ia mengiktiraf usaha keras dan bakat yang tidak pernah putus asa walau dalam era digital yang penuh cabaran.

Tema ini turut menyemarakkan lagi semangat artis untuk terus berkarya dan menembusi pasaran global sekaligus memperkukuhkan kedudukan industri hiburan Malaysia di mata dunia.

calon pemenang abpbh 2025

Senarai Pemenang ABPBH 37

Pada tahun ini, ABPBH 37 memperlihatkan 16 kategori utama yang merangkumi pelbagai aspek seni dan hiburan. Antara kategori utama dipertandingkan dan senarai pemenangnya ialah, seperti berikut:

Pemenang Utama ABPBH

  • Bintang Paling Popular ABPBH 37: Ernie Zakri

Bintang Paling Popular ABPBH 37, pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah undian tertinggi dalam kategori utama disertai dengan penilaian juri yang berpengalaman.

Pemenang 16 Kategori Utama

  • Artis Baharu Lelaki Popular: Jazmy Juma
  • Artis Baharu Wanita Popular: Umai Umairah
  • Penyanyi Lelaki Popular: Hael Husaini
  • Penyanyi Wanita Popular: Ernie Zakri
  • Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: KRU
  • Aktor Filem Popular: Fattah Amin
  • Aktres Filem Popular: Sweet Qismina
  • Aktor Pembantu Filem Popular: Adam Lee
  • Aktres Pembantu Filem Popular: Heliza Helmi
  • Aktor TV Popular: Zahiril Adzim
  • Aktres TV Popular: Emma Maembong
  • Aktor Pembantu TV Popular: Nazim Othman
  • Aktres Pembantu TV Popular: Raja Azura
  • Penyampai Radio Popular: Haiza
  • Pengacara TV Popular: Fiza Sabjahan
  • Artis Komedi Popular: Joey Daud

Secara realistiknya, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) bukan bersandar kepada bakat semata-mata kerana pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam anugerah tersebut bergantung atau ditentukan sepenuhnya melalui undian seratus peratus yang dibuat oleh para pembaca akhbar Berita Harian serta peminat.

Pemenang 5 Kategori Ekstra

Selain kategori utama, terdapat juga lima kategori ekstra yang menambah warna dan kemeriahan anugerah ini pemenangnya ialah:

  • Gandingan Serasi Drama Popular: Shukri Yahaya & Anna Jobling
  • Gandingan Serasi Filem Popular: Iedil Dzuhrie Alaudin & Emma Maembong
  • Lagu Paling Boom Popular: Amir Masdi
  • Artis Kontroversi Popular: Fattah Amin
  • Seller Terpaling Popular: Dato’ Aliff Syukri 

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Selain itu, acara ini turut menyampaikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat kepada tokoh seni yang telah memberi sumbangan besar dalam memajukan industri hiburan tempatan. Penghargaan ini sebagai penghormatan dan pengiktirafan terhadap jasa dan dedikasi mereka.

  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Kumpulan Alleycats

Perincian Anugerah Bintang Popular BH 37

  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-37
  • Tarikh: 12 Disember 2025 (Jumaat).
  • Venue: Hotel Premiera Kuala Lumpur.
  • Masa: 9 Malam.
  • Siaran Langsung: TV3.
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Tonton (Anugerah) dan TikTok MBuzz (Karpet Merah).

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."