Ramadan merupakan bulan di mana umat Islam yang cukup syarat diwajibkan berpuasa. Namun, tidak semua dapat menunaikan kewajipan ini atas sebab-sebab tertentu seperti uzur, kehamilan, penyusuan atau keadaan kesihatan yang tidak membenarkan.
Fidyah Puasa Ramadan
Fidyah ialah denda atau bayaran dikenakan ke atas individu Islam yang memenuhi syarat wajib puasa tetapi tidak mampu menjalankan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu. Ia bertujuan membantu mereka menunaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT melalui pemberian kepada fakir miskin sebagai ganti bagi hari-hari puasa yang tertinggal.
Fidyah juga dikenakan kepada mereka yang sengaja melewatkan ganti puasa (qada’) tanpa sebab yang sah serta individu meninggal dunia sebelum sempat menggantikan puasanya.
Mengetahui kadar fidyah penting agar pembayaran dilakukan dengan adil dan mengikut syariat. Ia juga membantu umat Islam merancang kewangan mereka terutamanya apabila berhadapan keadaan memerlukan mereka membayar fidyah.
Selain itu, pelaksanaan fidyah yang betul dapat memastikan tanggungan ini disempurnakan dan tidak tertinggal sekali gus menghindarkan diri daripada bebanan dosa di akhirat kelak.

Kadar Bayaran Fidyah 2026 Mengikut Negeri Di Malaysia
Setiap negeri di Malaysia menetapkan kadar fidyah berdasarkan harga beras. Kadar ini sentiasa dikemas kini mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
Berikut adalah maklumat kadar fidyah terkini dan pautan pembayaran fidyah secara dalam talian (online) mengikut negeri.
| Negeri | Kadar Fidyah 2026 | Pautan Rasmi Pembayaran |
|---|---|---|
| Perlis | RM5 | MAIPs |
| Kedah | RM2 / RM4 | FidyahKedah |
| Pulau Pinang | RM1.75 | Fidyah Pulau Pinang |
| Perak | RM2.75 / RM4.40 / RM7.45 | eFidyah Perak |
| Selangor | RM2 / RM4.30 / RM6.30 | Zakat Selangor (Fidyah) |
| Negeri Sembilan | RM1.90 | MAINS – Fidyah |
| Melaka | RM2 | MAIM – Fidyah |
| Johor | RM1.75 / RM3 /RM5 | MAIJ – Fidyah |
| Pahang | RM1.75 | Fidyah Pahang |
| Terengganu | RM2.50 | MAIDAM Fidyah |
| Kelantan | RM2 | efidyah Kelantan |
| Sarawak | RM1.90 | Baitulmal Sarawak |
| Sabah | RM1.90 | Baitulmal Sabah |
| Wilayah Persekutuan | RM4 | PPZ MAIWP – Fidyah |

Sumber: Facebook Rasmi Jabatan Wakaf Zakat & Haji
Cara Bayar Fidyah Secara Online
Semua negeri di Malaysia kini menyediakan kemudahan pembayaran fidyah secara online melalui portal rasmi masing-masing. Ini memudahkan umat Islam membayar fidyah tanpa perlu berkunjung ke pejabat zakat atau institusi agama sekali gus memastikan proses pembayaran dilakukan dengan selamat dan tepat waktu.
Untuk mengetahui cara pembayaran online, anda boleh layari portal rasmi negeri masing-masing sepertimana tertera dalam ruangan di atas.
Persoalan Umum Berkaitan Fidyah
- Adakah fidyah wajib dijelaskan jika tidak mampu berpuasa?
Ya, fidyah wajib dibayar bagi mereka yang tidak mampu berpuasa atas sebab uzur, kehamilan atau penyusuan. - Bolehkah bayar fidyah terlebih dahulu?
Boleh, tetapi lebih baik bayar selepas berpuasa atau selepas mendapat maklumat tentang jumlah hari tertinggal. - Bagi yang meninggal dunia, bagaimana?
Waris adalah bertanggungjawab menunaikan fidyah bagi pihak yang meninggal dunia mengikut bilangan hari tertinggal.


